Aku dan Christian Missionaries

Aku sekarang berada dalam gelap, bertemankan lampu study sambil layan viva la dida. Tadi aku ingat nak masak bihun kat dapur, tapi bila dengar bunyi loceng dan knock-knock rumah-rumah jiran, aku terus tutup lampu. Missionaries christian or pendakyah agama baru dah datang tu. Dan aku malas buka pintu.
Dulu masa aku first year, ada dua orang mat salleh, bermata biru, boleh speaking english dengan bahasa tempatan selalu bawa basikal keliling area universiti ni. Dan pernah juga datang rumah aku, masa tu tengah jemur kain bagi aku pamplet dan cakap kalau nak belajar english pergi la ke church ni.
Lepas aku pindah rumah baru pun, ada 2,3 jenis orang agama yang datang. Aku pula jenis mudah buka pintu,so boleh la layan dengar dorang punya explaination. Yang aku ingat, first pasal agama baru tu dia cakap pasal kuasa matahari, and siap nak minta ubatkan aku lagi dengan kuasa matahari. Yang pasal christian tu dia biasa ajak pergi church, ada makan-makan dan aktiviti hujung minggu. Tapi aku rasa yang christian ni 2 jenis sebab ada 2 church kat sini. Yang datang pun orang yang lain-lain.
Yang aku tak boleh lupa masa aku lepak dekat taman dekat bandar. Mula-mula mak cik tu tanya study apa, asal dari negara mana. Aku pun layan la. Lepas tu dia cakap pasal christianity, armagedon. Aku pun cakap la aku islam. Aku ada juga reply hujah-hujah sikit. Last-last, kena keliling dengan 6 orang missionaries. Tapi nasib bukan mat salleh tapi orang tempatan.Kalau tak gagap juga la. Dia tengok aku macam ada problem, dia suruh baca bible psalms cakap boleh tenangkan hati. Aku bawa keluar quran cakap saya lahir as a muslim, hidup sebagai muslim dan mati pun sebagai muslim. Dan lepas tu aku blah.
Pengalaman aku la kan,biasanya yang datang ke rumah 2 orang,lelaki dan perempuan. Kalau rumah tu perempuan yang perempuan akan approach nak bagi selesa kan. Dan mostly muka yang hensem-hensem dan lawa-lawa.
Pernah aku tak de dekat rumah dorang datang , siap tinggal note suruh take care sebab winter dah dekat, senang demam. Terharu jap.
Tak masuk lagi datang tiap-tiap minggu.Mula-mula aku layan tapi lepas aku tengok rumah orang lain dia tak pergi pun, aku rasa dorang dah fokus kat aku, so aku pun takut, terus tak buka.
Dan kalau dekat luar, ada je orang sini yang tak de agama tapi aku yang pakai tudung juga yang dorang tegur dulu. Takkan tak tahu kalau dah ada tudung tu sah la islam.
Memang murtadkan orang Islam lagi besar pahala eh, dari murtadkan orang agama lain?

– Baju kurung cotton

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *