Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Okey, macam best pulak confession kat iium ni walaupun aku bukan student sini. Tapi x apalah sebab dulu cita2 aku nak masuk u ni tapi xdapat.
Okey, aku nak cerita tentang diri aku (perempuan). Aku tak tahu kenapa dengan diri aku tapi aku jenis yang seperti ada dunia aku sendiri. Aku pun tidak la perasan sejak bila aku mula create dunia ni. Tapi dari kecik lagi sebenarnya aku suka cakap seorang, macam-macam situasi aku bayangkan. Aku bayangkn aku sebagai anak yatim , aku sebagai anak tunggal dan paling dasyat aku pernah baynkan aku adalah roh, jasad xwujud pun kat dunia ni. Nak senang umpamakan aku ni pelakon yang setiap cerita pegang watak berbeza. Yang xtahannya, aku amat menghayati watak aku ni. Pastu satu lagi aku punya ‘keistimewaan’ adalah bila aku bermimpi aku akan ingat mimpi tu sampai bila-bila. Mimpi aku pun mesti ada story sendiri.
Masa kecil aku diselamatkan kerana aku mempunyai ramai kawan. Aku asyik bermain sampai lama-lama aku dah x buat benda tu lagi sehinggalah aku ke alam matrik
Lama kelamaan bila masuk u, aku termasuk dalam golongan mereka yang diuji dengan persahabatan. Aku ‘ditikam’ oleh sahabat yang paling aku percaya. Sejak tu aku mengalami kemurungan. Aku refuse untuk bergaul dan bnyak habiskan masa di bilik. Aku berada di luar bilik jika hanya lapar dan ke kelas. Then, dunia aku yang aku tinggalkan dulu telah aku bina kembali. Setiap hari aku bahagiakan diri dengan dunia kayangan aku sendiri. Terus jadi ‘pelakon’ ciptaan aku sendiri. Tak cukup ngan itu, bila aku tidur, aku umpama menyambung balik dunia aku ke dalam mimpi. Benda ni makin buat aku bahagia, aku suka dalam dunia aku tu. Sebab bila aku kembali ke dunia nyata, aku akan menangis sebab rasa macam xnak hidup tapi aku arif sangat bunuh diri tu berdosa di sisi Islam.
Lama kelamaan aku makin bahagia dalam dunia sendiri. Paling teruk hingga satu tahap aku macam dah xboleh beza mana satu dunia reality, dunia mimpi dan dunia ciptaan aku. Aku macam kecelaruan identity untuk seketika. Yang ajaibnya lagi, aku xbagitau siapa2 pun tentang ni dan kawan sehousemate serumate aku memang xtau (Tapi xtau la kalau dorang boleh detect something wrong ngan aku). Aku berperang dengan diri sendiri. Aku tak tahu kenapa dengan aku dan aku tak tahu nak bercerita dengan siapa. Aku kadang-kadang nak je terus berjuang dalam dunia nyata tapi itulah. Aku ada buat research tentang hal aku ni tapi xjumpa. Aku ada jumpa tentang multiple personality disorder tapi aku rasa tu bukan ‘penyakit’ aku ni. Sebab aku sedar je sepanjang masa.
Siapa2 ada idea tak apa sebenarnya berlaku pada aku ni? And kalau ada cara untuk bantu aku keluar dari perkara ni, please aku mohon sangat. Jangan suggest aku jumpa psikiatrist or psikologist, mahal betul aku tengok bayaran sekali sesi . Sob Sob. Kaunselor? X payah cakap la berapa kali aku skip walaupun aku dah buat appointment. Hahaha. Bukan apa, bila depan kaunselor aku jadi blur xtau nak cite apa. Mungkin aku kena something belakang tabir kot.
Please help me.
– Aisyah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit