Hi assalamualaikum. Aku Felicia (bukan nama sebenar). Aku sekarang berumur awal 20an. Aku nak ceritakan pasal kisah aku dan family aku.
Ibu dan ayah kandung aku bercerai semasa aku kecil lagi. Aku rasa masa aku 5 tahun tak silap lepas adik aku yang bongsu lahir. Aku ada 3 orang adik beradik. Aku anak sulung.
Aku tak tahu sebab apa ibu dan ayah aku bercerai. Smpai sekarang ibu aku tak bercerita pasal tu.
Lepas ibu dan ayah cerai, adik aku yang kedua beza 2 tahun dari aku diberikan kepada makcik dan pakcik aku. Sebab diorang takde anak. Makcik aku baru je keguguran. Masa adik aku di ambil aku berumur 5 tahun adik aku 3 tahun.
Ak still ingat lagi waktu hari pertama dia di ambil. Kitorang dua nangis. Yelah sedih kot. Tapi makcik pakcik aku tak tinggal jauh pun. Satu daerah juga. Waktu cuti sekolah aku memang selalu ke rumah diaorang. Diaorang pun anggap aku macam anak diorang ak panggil diaorang mama dan papa.
Sejujurnya, lepas ibu dan ayah kandung aku bercerai. Aku banyak kena pukul dan herdik oleh ibu. Aku pernah kena pijak, hentak ke dinding. Aku juga pernah kena halau keluar dari rumah waktu tengah malam. Waktu tu aku 5 tahun.
Aku sayang ibu. Tapi dalam masa yang sama aku takut dengan ibu. Nasib baik la kitorang tinggal kat rumah nenek (mak ibu). Sebab waktu tu kewangan ibu belum stabil (ibu bekerja) aku tak pasti kalau ayah kandung aku ada bagi duit ke tak.
Tapi sampai sekarang yang aku tau dia takde pun bagi sesen pun duit kat anak anak dia. Jumpa pun tak pernah. Lost contact. Anak dia besar dah sekarang. Dia tak pernah nak tau pasal anak dia ke.
Kalau aku kena pukul oleh ibu nenek la yang slalu tenangkan ibu. Kecil lagi aku time tu tapi kena pukul begitu. Adik adik aku alhamdulillah tak dipukul macam aku. Mungkin sebab diaorang masih kecil lagi.
Takpe aku sanggup kena pukul asalkan adik aku tak kena pukul. Ak rasa ibu aku stress, tu sebab dia lepaskan marah dia kat aku. Walaupun kesalahan aku kecil ibu tetap pukul aku teruk. Hanger rotan aku selalu sembunyikan sebab takut klau ibu marah ibu akan pukul aku dengan tu.
Ibu kahwin dengan abah tiri masa aku 8 tahun tak silap. Aku tak tau apa apa lagi waktu tu. Aku ingat lagi makcik aku ada bgtau kat aku sambil senyum, “nanti elicia dapat ayah baru” aku just tak faham waktu tu. Sedangkan ayah kandung aku dulu aku tak rasa pun aku dapat kasih sayang dri dia. Aku tak rasa pun aku rapat dengan dia.
Satu je aku ingat kenangan aku dengan dia. Waktu tu dia ada halau aku keluar dari kereta. Dia berhentikan kereta kat tepi jalan suruh aku keluar. Aku keluar la tapi aku buka pintu depan tempat ibu aku nangis dekat ibu waktu tu ibu gendong adik kedua aku. Means aku time tu, 2 tahun lebih kurang.
Waktu perkahwinan ibu dengan ayah tiri aku tu. Aku dan adik aku rasa gembira la. Yelah kitorang tak pernah jalan2 jauh ibu tak pernah bawa. Mngkin ibu sibuk kerja. Kitorang panggil dia abah.
Mungkin dah tertulis aku dan adik aku tak akan dapat rasa kasih sayang sorang ayah. Abah kitorang baik tapi kalau dia marah dia tak layan langsung kitorang. Dia mentally abuse kitorang. Dia akan hempas barang. Hempas pintu. Dan perli kitorang. Ibu? Ibu diam je.
Abah tak pernah pukul kitorang tapi bila dia marah kitorang takut sngat. Kecil lagi kot kitorang waktu tu. Mentally abuse tu berlanjutan smpai la sekarang. Tapi waktu dia marah je dia begitu. Abah terlalu sensitif benda kecil pun dia bole marah sampai berhari2.
Kadang sebab kitorang cakap “tak tahu” bila dia tanya benda yang dia cari pun dia bole marah gila. Padahal waktu aku cuci pinggan. Takkan la aku nak cari dulu benda yang dia cari tu bukan dia nak sekarang pun.
Waktu dia tanya tu dia sedang makan. Benda yang dia cari tu pun cas torchlight je. Bukan penting sangat pun time tu. Sebab tu je dia marah dia cakap aku kurang ajar. Kalau dia marah sorang, semua kena sampai ibu aku pun dia tak layan. Pelik kan? Ya sampai sekarang aku dan adik aku rasa tak selasa dengn dia.
Dia kerja biasa je. Ibu aku lagi banyak gaji dari dia. Sekarang aku melanjutkan pelajaran di IPTA terbaik malaysia. Aku jadi pelajar cemerlang upsr pt3 spm matriks setiap sem aku dapat dekan.
Ak tertanya ayah kandung aku tak pernah nak ambil tahu ke pasal anak anaknya. Sampai sekarang dia tak cari kitorang. Oh, btw kitorang dah ada rumah sendiri. Tapi tak jauh pun dari rumah nenek kitorang. Sebab kitorang rumah sndri la abah suka2 hentak pintu kuat kalau marah.
Kalau abah marah, ibu akan bercakap dengan kami “kenapa kau buat macam tu nak” kadang aku rasa sedih gila kesian dengan ibu dapat suami macam abah.
Kadang abah marah sebab perkara kecil aku nak pertahankan diri tapi tak tercakap sebab aku tau tu buat abah lagi marah. Nanti dia cakap kitorang kurang ajar. Kdang aku pun rasa kasihan dngn abah. Dia takde anak. Kitorang je la anak dia. Kalau kitorang benci dia sapa nak jaga dia waktu tua nanti.
Kadang bagi aku family aku ada 3 beranak je. Aku ibu dan adik aku. Aku belajar semua guna duit ibu je. Makan pakai duit ibu. Semua duit ibu. Aku rasa kitorang bole je hidup tanpa abah.
Kalau abah kerja jauh aku dan adikku lagi happy. Tapi bila dia balik je mesti ada satu hari dia takkan puas hati. Benda kecil je pun contohnya kunci rumah tak letak atas meja, nasi tak masak, banyak lagi la benda kecil. Marah bukan sehari dua. Kadang sampai seminggu tak bercakap. Hentak2 barang jee.
Aku rasa ibu pun ada rasa kasihan dengan anak anaknya. Tak pe bu kitorang dah biasa. Kitorang tak dapat rasa kasih sayang dari sorang lelaki yang bergelar ayah pun takpe. Bagi kitorang ibu pun dah cukup.
Kepada yang baca ni doakan kitorang. Adik aku pt3 tahun ni semoga dia dapat keputusan cemerlang. Semoga kitorang kuat harungi semua ni.
Kepada yang ada broken family harap kita bersama2 tabah. Kau tak keseorangan. Banyak lagi family broken di dunia ni cuma kita berdiam diri tak suka cerita hal masing2 takut terbuka aib keluarga. Rasanya tu je la kot aku nak confess. Bye..
– Felicia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit