Dengki Memakan Diri Sendiri

Dengki Memakan Diri Sendiri

Assalamualaikum, terima kasih kalau confession aku disiarkan oleh admin. Ni first time aku cerita masalah aku dekat IIUM Confession. Nama aku Sofia (bukan nama sebenar), umur 23 tahun dan dah berkahwin. Dekat sini aku nak cerita pasal kawan aku, nama dia Wan.

Wan ni perempuan, kawan baik aku sejak sekolah rendah. Tapi sejak-sejak aku berkahwin dia dah jarang lepak dengan aku, borak dengan aku dan macam-macam lagi lah. Tapi aku tak syak apa-apa lagi masa tu, mungkin dia sibuk sebab dia pun dah berkahwin. Awal daripada aku.

Aku perasan dia jadi “stranger” dengan aku sebelum aku kahwin. Sebulan sebelum kahwin dia okay je borak-borak dalam group, gelak macam biasa. Seminggu sebelum aku kahwin tu, dia banyak bluetick kan aku. And wedding aku pun dia tak datang. Sedangkan dia kawan baik aku. Tapi aku still diam je sebab aku masih berfikiran positive.

Masa bulan puasa pulak, aku ada whatsapp dia, tapi tak delivered. One tick. Profile picture semua takde. Lepas tu aku pelik la, takkan dia block aku kot kan. Lepas tu aku whatsapp kawan aku, nama dia Jemah. Aku tanya Jemah, Wan pakai nombor yang sama ke? Jemah kata ye, masih nombor yang sama. Aku pun bagitahu la Jemah yang aku ada hantar message dekat Wan, tapi tak sampai dekat dia.

Si Jemah pun whatsapp la Wan, bagitahu yang aku ada whatsapp dia. 10 minit lepas tu, Jemah bagitahu aku yang dia dah bagitahu Wan. And time tu jugak aku nampak profile picture Wan tiba-tiba ada. Aku pun buat andaian sendiri “Wan ni block aku ke?” Tapi aku diam je lagi and aku tak whatsapp Wan pun, mungkin sebab aku terasa hati. Tapi takpelah kan.

Hari raya Aidilfitri bulan lepas, hari raya pertama, aku ada wish selamat dekat group aku, Wan and Jemah. Panjang message selamat hari raya yang aku hantar. Tapi apakan daya, diorang Cuma read dan bluetick kan aku je. Masa tu aku pun relax lagi sebab tengah raya kan, happy jela satu hari. Lagipun mungkin dorang rasa takde buat salah kot dengan aku. Haha.

Kes jadi bertambah terus sejak seminggu yang lepas. Dia hide aku daripada tengok status whatsapp dia, tapi kami ada sorang kawan jugak nama dia Ain. Ain ni kawan baik aku jugak. Dan kawan biasa bagi Wan.

Setiap kali Wan post apa-apa, Ain akan bagitahu aku sebab apa yang Wan post tu semua macam tuju dekat aku. Aku tak marahkan Wan, cuma aku sedih kenapa dia jadi macam tu. Aku dah fikir dalam-dalam, aku tak pernah cakap apa-apa yang buatkan dia sakit hati, last aku berborak dengan dia pun sebulan sebelum kahwin.

Aku jemput dia datang wedding aku. Time tu semua okay. Jadi disebabkan aku rasa aku tak bersalah, tapi dilayan macam ni, aku tak sakit hati. Cuma aku kesian dekat dia. Apa yang dia post semua macam bukak aib dia sendiri. Macam cakap dengan cermin.

Paling teruk sekali, dia kutuk suami aku dan anak yang bakal aku lahirkan. Dia kata anak aku lahir nanti muka macam Bangla, sebab suami aku orang Kedah so hitam-hitam manis lah. Mungkin dekat mata dia suami aku macam Bangla. Dan aku perasan jugak, Wan tak boleh tengok orang lain senang daripada dia.

Dulu masa dia nak kenal dengan bakal suami aku, dia ada tanya suami aku kerja apa. Aku bagitahu la dia kerja sekian sekian. Dulu cita-cita Wan pun nak jadi macam suami aku jadi sekarang la, tapi apa kan daya, rezeki dia takde. Tak dapat diploma sebab pointer rendah. So dia ada SPM je.

Dan mungkin dekat situ jugak Wan dengki dengan aku sebab hidup aku senang sedikit daripada hidup dia. Suami Wan tua daripada kami, tapi masih dalam lingkungan bawah 30an. Suami aku pulak tua, 36 tahun. Tapi perbezaan umur bukan lah halangan.

Masa kenal suami dia dulu, suami dia tak kerja. Hanya lepak kedai mamak main game. Masa tu tak kahwin lagi. Jadi aku pun terkejut lah, umur dah 28 tapi masih tak ada kerja tapi nak kahwin? Tapi aku diamkan saja taknak Wan kecil hati dengan aku. Jadi 2018 dorang pun berkahwin. Aku happy tengok dorang. Yela kawan baik aku kan.

Tapi sekarang aku tak happy sangat, sebab dia buat aku macam ni. Aku rasa Wan tak pregnant lagi, sebab tu dia berani cakap anak aku macam-macam. Sebab aku yakin kalau dia tengah pregnant, dia takkan cakap macam tu sebab takut berbalik kepada anak dia. Aku sedih, sebab anak aku pun jadi mangsa sedangkan dia masih dalam perut aku.

Wan yang aku kenal dulu memang macam ni, tapi masa berkawan dengan dia aku selalu nasihatkan dia. Sebab dulu pun aku nampak yang dia memang takleh tengok kesenangan orang lain. Dan dia akan bagitahu aku la benda tu semua. Ajak aku membawang.

Tapi sekarang, dengan aku pun dia tak puas hati. Tapi takpelah. Aku tak kisah. Lagipun aku tak rugi pun kalau hilang dia. Dia cakap aku ni toxic, sedangkan aku tak pernah kutuk dia dekat sesiapa. Selama ni aku sayang dia, jaga hati dia semua sebab dia kawan baik aku. Tapi sekarang aku rasa dia yang toxic.

Aku taknak doa yang bukan-bukan la untuk dia. Cuma aku harap, satu hari nanti dia sedar la yang sebenarnya aku boleh hidup tanpa dia dalam hidup aku. Dan aku harap, dia dapat balasan atas apa yang dia dah buat.

Aku tahu Wan tu keras kepala, ego dan lain-lain. Tapi bila kena dekat batang hidung sendiri, dia akan senyap. Kalau kau baca ni Wan, aku doakan kau diberi hidayah Allah. Walaupun kau bertutup litup, tapi sayang, mulut dan hati kau sangat busuk. Sekian, Assalamualaikum.

– Sofia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit