aku dan nasyid – 2:17 PM

aku dan nasyid – https://iiumc.com/forumv2/

assalamualaikum,jika admin post luahan ni,terima kasih banyak2. ni sekadar luahan hati di masa lapang la.(hmm lapang sangat).
first time nyanyi nasyid masa tadika,nyanyi lagu yang"tercipta satu lembaran sejarah,di tanah suci kota mekah" haa lagu tu. tu pun bukan nyanyi sangat pun,miming je lebih. huhu. dapat la hadiah bekas pensel gambar cerita princess pearl,ala cerita cina pasal puteri zaman dulu2 tu.

second time, darjah 6, lagu bisikan nurani,lagi satu kalau tak silap tanpamu,dua2 lagu inteam pasal time tu duk gila layan inteam. ke lagu si baju hijau eh??? lupa deh. tak menang pun. masa tu la first time bawak solo. haish dia punya nervous plus shaking jangan cakap la. masa tu nyanyi duk kaku je,takde gaya. budak yang crush dekat aku nyanyi sedap.(masa tu aku tak tau lagi cintan cintun ni eh,budak tu yg gatal tak bertempat. spoil betul).

masa sekolah menengah mencari jugak kot2 ada group nasyid,haram takde pun. nak tubuh dengan member2,masing2 malu. tendang satgi baru tau. jadi masuk sekolah menengah takde terlibat dengan nasyid. sobs2.

ditakdirkan masuk degree,ada pertandingan seni. nasyid ada la termasuk,so aku pun menawarkan diri untuk join group nasyid. masa tu first year. noob gile. ye la,kena buat gaya la apa la,baju bagai dengan mekap. haish serabut je. btw aku nyanyi tak sedap pun. macam katak,ong,ong,ong. stress weh masa tu. ye la,first year,apa la tau. urus masa pun terkial2 lagi.

second year,aku join lagi. daripada ahli yang asalnya berbelas orang,tinggal 3 je. huhu setia sungguh. jadi rekrut la ahli baru. aku join masa second year pun lambat sebenarnya atas sebab aku sakit masa diorang duk buat audition n pemilihan tu. masa tu junior2 best. bangang2 belaka. ketum sepanjang masa tak payah cakap la. rasa nak terajang sorang2 pun ada. masa mula2 dengan diorang aku awkward gila,bila dah nak dekat pertandingan n habis pertandingan baru rapat. masa tu pun tak menang. huhu.

sekarang aku dah third year,masih lagi join nasyid. junior yang serba bangang dan ketum masih lagi bersisa 3,4 orang. mereka ni la yg menceriakan hari2 kami di dalam team nasyid. sebenarnya aku ada terlintas jugak nak keluar dari team nasyid ni,tapi tanpa aku sedar,sebenarnya aku dah sayang gila dekat team ni walaupun tiap tahun orang bertukar ganti. rasa tiap tahun aku nak masuk tapi tahun depan aku habis study. rasa nak masuk lagi tahun depan tapi tu la,dah habis,nak buat guane ye dok?

so setakat tu je la cerita aku dan nasyid. btw,kalau korang baca post ni,doakan la kami menang nanti. huhu.

– jona

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *