Aku dan Rezeki Yang Tak Dijangka II

Untuk part I, (https://iiumc.com/rezeki-yang-tidak-dijangka/).

Assalammualaikum. Semoga baik baik sahaja para pembaca sekalian. Dipermudahkan apa jua urusan dunia dan akhirat.

Terima kasih yang sudi membaca tulisan saya sebelum ni. Saya baca semua komen komen pembaca. Moga yang mendoakan, yang berkongsi cerita yang sama, mendapat kebaikan dunia dan akhirat.. Aamiin.

Saya anak Peneroka yang berhijrah ke bandar ketika usia belum cukup pon 18 tahun masa tu. Ketika rakan rakan sebaya melanjutkan pelajaran.. bekerja bagi remaja macam saya dalam persekitaran yang jauh berbeza dengan kehidupan sebelum ni, di bandar pulak, memang sangat sangatlah mencabar.

Terpaksa sesuaikan diri tinggal di rumah sewa. Belajar masak sebab ada giliran masak, walaupon mak saya berniaga kedai makan.. saya tak pandai masak lauk2 biasa, sebab selalunya makan tengahhari mak dah hantar siap2, balik sekolah tinggal makan saja. Tahu masak nasi ayam dan mee bandung je.

Memang first day giliran saya masak, saya call mak macam mana nak masak nasi, macam mana nak masak sardin! Lucu betul.. tapi saya sangat bersyukur, permulaan itulah pengetahuan masak memasak saya bermula.

Belajar naik bas kali pertama, siap takut nak tekan loceng, makanya sesatlah kita. Dari Central Market satu KL saya round semata mata nak cari Metrojaya untuk pick up bas ke Bangi. Nak cucuk duit gaji pertama kat ATM pon tak tahu. Nasiblah dapat seorang bff yang baik. Banyak tolong saya, rezeki jugakan.

Dengan keadaan diri sendiri yang tak banyak bersosial dengan rakan rakan sebaya. Kemana mana sentiasa dengan emak sampai cikgu pon gelarkan saya anak emak.

Tup tup kerja… kena berhadapan dengan macam macam orang. Duduk rumah sewa pon dengan kakak yang lebih dewasa. Oleh kerana tempat kerja jauh.. syarikat sediakan bas untuk berulang alik. Jam 6 dah kena bangun bersiap, kena awal sebab bas akan gerak tepat jam 7 pagi.

Mula mula saya sampai tempat saya kena bertugas tu, saya rasa terkejut. Di kelilingi kebun getah asalnya, jalan semua masih tak berturap.. batu kerikil, dan banyak lagi bangunan yang masih dalam pembinaan. Pekerja pekerja binaan punya ramai, saya rasa dok felda tu dah kg ceruk dah, rupanya tempat nak kerja ni pon lebih kurang saja. Dan paling saya terkejut KERJA NI ADA NIGHT DUTY!

Yang ni memang saya tak tabah, bila tahu tu saya terus call abah,menangis nangis nak berhenti kerja. Jawapan abah.. dulu nak gi kerja sana nangis2, skang keje dulu 3 bulan kalau rasa tak sesuai baru abah bagi balik. Terima kasih abah.. ketegasan abah, sampai sekarang rezeki ni masih milik akak.

Kerana abah jugaklah, saya dewasa disini. Merasa segala kemudahan yang ada. Menimba banyak ilmu kehidupan selain ilmu2 duniawi. Maklumlahkan kerja di institusi pendidikan tinggi awam, tempat segala khazanah ilmu. Memang banyak sangat yang saya dapat. Saya tak rasa rezeki ini akan saya dapat jika saya kerja ditempat lain.

Mak selalu cakap, untung awak kerja situ. Tak semua orang dapat peluang. Walaupon cuma kerja biasa biasa, tapi persekitaran tu mempengaruhi sahsiah dan kehidupan sebagai remaja yng menginjak dewasa masa tu. Bukan semata mata gaji sahaja yang saya dapt, tapi lebih dari itu… alhamdulillah. Hadap sajalah night duty tu. Alah bisa tegal biasakan.

Kat tempat kerja jugaklah saya pernah dapat peluang berniaga, buka gerai nasi ayam dan mee bandung dengan housemate. Masa tu.. memang seronok.. sebab teringat masa masa indah tolong mak dan abah niaga. Gigih pagi pagi sebelum gi kerja.. gi pasar beli barang. Petang lepas balik kerja berkejar2 masak sebelum buka gerai jam 8 malam.

Masa zaman saya bekerja, internet dah ada. Kira saya ni generasi yang merasalah perkembangan teknologi internet ni dari PC besar gedabak…sampailah zaman flat screen sekarang. Telefon bimbit pon mcm tu. Dari sim card prepaid harga RM200 sekeping.. zaman sekarang RM10 dah boleh dapat. Dan no telefon tu masih kekal saya gunakan hingga sekarang.

Jadinya umur muda muda zaman orang tak berapa kenal internet, kita dah kenal yahoo mesengger, dah ada email adress. Masa tu saya mula kenal blog, so tau jugalah bab html dan coding semua tu. Sekarang jangan tanya ye, blog pon lama tak update. Nama pon dah makcik… banyak dah lupa hahaha. Blog pon dah makin canggihkan sekarang, tak pakai dah semua tu.

Rezeki tak dijangka saya pada masa bekerja adalah ilmu yang bermanafaat, pengalaman hidup yang sangat bermakna. Ya Allah terima kasih. Jika saya tak tunggu 3 bulan sebagaimana disarankan arwah abah, mungkin tiadalah saya seperti hari ini.

Selain dari itu, saya ada juga pengalaman tak naik gred sebab penilaian rendah dari bos. Lama tertunggak. Saya tak ambik kisah pon mulanya.. sebab sedar tak berapa perform masa bertugas kat dept tu. Lama tertunggak hampir 5 tahun.

Bila saya dapat bos baru… beliau bersungguh2 usahakan supaya saya dapat juga naik gred. Alhamdulillah.. saya naik gred dengan tunggakan gaji yang agak banyak. Tepat pada masa saya sangat memerlukannya untuk urusan mak yang sakit!

Allahhuakbar, masa nikan… saya rasa nak sujud tak payah bangun. Bersyukur sangat sangat.

Jodoh sampai ketika usia saya 25 tahun. Berkenalan dengan suami akibat tersalah hantar email.

Kenal jarak jauh.. berutus email dan surat. Jumpa bertemu muka ketika usia perkenalan cecah tahun ke-3. Saya pon tak sangka.. kenal pon main main saja. Yang saya kenal betul betul tu adalah 2-3 orang tapi yang tak pernah jumpa bertahun tahun nilah yang jadi jodoh.

Suami walaupon graduan universiti, kerja biasa biasa saja, kerana zaman tu zaman kegawatan. Susah nak dapat kerja. Dari kerja di pusat penjualan kereta terkenal, hinggalah manager di salah sebuah syarikat perniagaan 24jam sebelum beberapa tahun selepas tu diterima bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Masa ni kami menyewa dirumah flat kos rendah RM400 sebulan.

4 bulan kahwin, baru ada tv (letak atas kotak, balut dengan kertas bunga) dan peti ais. Rumah kami cuma ada 1 biji katil, satu almari yang kakak rumah sewa bagi, dapat anak sulung baru kami beli satu lagi katil.

Kenderaan kami proton iswara secondhand, motor kriss beli guna loan company. Masak pon guna rice cooker hadiah kahwin, masa ni saya bersyukur sangat keluar kerja dalam usia muda. Saya belajar masak kat rumah sewa, so adalah sikit2 ilmu masak tu setakat nak masak untuk suamikan.

Bayangkan kalau duduk dengan mak abah lagi, sah sah tahu masak mee bandung ngan nasi ayam je. Tak mampu lagi nak beli tong gas masa bulan pertama kahwin. Simpanan banyak dah guna untuk urusan kahwin, urusan sewa dan deposit rumah pon banyak dah guna duit.

Tapi kami happy hapyy je. Lama jugaklah kami duduk menyewa. Niat kami selagi tak dapat rumah sendiri memang tak mahu pindah. Dari pakai kereta second, kami mampu beli kereta sendiri masa anak sulung umur setahun lebih.

Rezeki anak, masa ni juga kami dapat peluang beli rumah. Yang ini bukan sahaja rezeki tak dijangka.. malah lebih dari itu… mungkin rezeki terpijak dari langit… Allahhuakbar. Sampai saat nikan,bila saya teringat bab beli rumah nikan.. sebak, sedih, bersyukur sangat2.

Bertambah tambah keyakinan saya tentang soal rezeki ni. Sebab masa beli rumah tu kami memang tak ada simpanan langsung. Duit gaji cukup bulan habis.

Tapi dah nak jadi rezeki… semua dapat diselesaikan dari proses tengok rumah, proses loan (agak mencabar yang ni) sampailah sain SNP, ambik kunci dan basuh rumah, semua dapat diuruskan walaupon berliku dan ranjau.

Masa ni memang tak cukup duit sebab suami sambung belajar di selatan, kami PJJ selama setahun, suami dijohor, saya dan anak2 disini. Sumber kewangan sangatlah terhad. Saya dan suami sama sama ikat perut. Saya pulak tengah mengandungkan anak kedua masa ni.

Masa ni saya ada join satu skim ni, ala2 mcm skim cepat kaya tapi saya ni tak tahu .Masa tu dalam 3k jugaklah melabur. Tapikan saya rasa sangat Allah bantu saya masa ni, bila balik modal skim tu terlingkup dan suami pon dah habis belajar masa tu.

Mungkin Allah nak jaga sumber rezeki sayakan, skim tu melingkup so saya tak sempat nak makan hasil untung melabur. Dapat duit modal je. Kira zaman susah tak ada duit tu, dapatlah bernafas sikit tampung mana yang perlu dengan duit tu.

Pernah makan nasi lemak RM1, 1 bungkus kongsi dengan anak sulung umur 4 tahun. Usung anak anak time kerja malam. Alhamdulillah dapat pengasuh yang baik jaga anak anak,dan tak ada anak anak sakit teruk teruk. Pernah juga duit cuma tinggal rm2, sementara nak dapat gaji. Tapi alhamdulillah… sentiasa ada rezeki dan jalan keluar.

Saya jenis yang susah nak minta duit mak abah, tapi masa tu mak abah macam faham faham je keadaan kami. Banyak derang bantu. Adik beradik pon sama.

Masa bersalinkan yang kedua… adik perempuan saya yang temankan saya, adik lelaki tolong hantar ke hospital, dan azankan dia. Masih saya ingat, pagi 25/Jan/2007, jam 4 pagi saya sakit. Hantar anak sulung pada pengasuh, dengan dia mengamuk2 nangis kena kejut tak puas tidur. Siap kena maki dengan jiran, sebab ganggu dia nak tidur kot masa tu.

Saya drive sendiri pergi ambik semua duit gaji saya dan adik perempuan yang tinggal sekali dgn saya masa tu. Lepas tu pergi ke sebuah hospital swasta. Buta buta kena reject, alasannya saya tak pernah check up kat situ. Logic jugaklahkan, sebab tu S.O.P derang.

Saya pulak, stress sangat kot, minggu sebelum tu hampir warded sebab darah naik masa check up bulanan. Drivelah balik rumah semula… adik siap buatkan nasi goreng. Dah siap makan semua… perut kembali memulas. Terus adik lelaki saya hantar ke hospital. Pagi tu tak pergi dengan adik sebab mampu drive lagi dan hospital swasta tu dekat saja dgn rumah.

Masa baby jaundies, mak abah dan abang long serta kak long yang uruskan. Keluarga belah suami pon banyak bantu.

Dua rezeki besar buat kami sekeluarga ialah beli rumah dan suami dapat jadi kakitangan kerajaan setelah 7 kali temuduga jawatan yang sama.

Ingin saya katakan disini. Rezeki ni, sebenarnya Allah dah tulis bahagian kita. Kadang kadang tu kita tak cari dan tak pernah mimpi pon akan dapatkan benda tu, tup tup Allah lorongkan jalan. Ada je bantuan. Ada je peluang dan kita rebut peluang tu. Kadang.. ada je peluang tu, tapi kita dah jadi tak nampak atau silap percaturan..terlepas mcm tu jekan.

Paling utama solat 5 waktu, puasa, bayar zakat. Sedekah utamakan orang orang yang yang patut terima sedekah. Jaga amanah dalam bekerja, jaga tanggungjawab kita pada keluarga. Sebab ini semua adalah punca keberkatan dan murahnya rezeki yang kita tak sangka.

Kadang kadang hidup kita ni tak ada apa yang kita tak dapat, tapi kita sering rasa tak cukup, tak bahagia. Pandanglah mak ayah kita..dah tertunai ke tanggungjawab kita sebagai anak pada mereka? Pandang pasangan, anak anak, tempat kerja kita… kita penuhi ke tidak amanah yang digalaskan atas bahu kita?

Sebab Allah dah janji..setiap kita hambanya ini ada rezeki masing masing. Benda baik ke benda buruk ke.. ada hikmahnya. Usaha…usaha..usaha dan tawakal.

Alhamdulillah, sekarang Fasa kritikal untuk ekonomi dah lepas, masuk pula fasa mengigil bab parenting hehehe. Nak didik anak anak pon tak mudah sebenarnya, rezeki yang tak ternilai darinya, rezeki yang hadir dengan amanah dan tanggungjawab yang sangat besar.

Impian ibu bapakan nak anak2 berkualiti seimbang dunia akhiratnya. Anak dahlah 2 ketul saja. Doa sangat hari hari moga derang jadi anak yang soleh..muslim yang hebat. Aminnn.

Terima kasih Allah, kau kurniakan aku ibu bapa yang gigih, berdisiplin dan sabar mendidik kami adik beradik. Mereka tunjukkan contoh tauladan baik2 untuk kami anak2nya.

Tak dapat saya nafikan.. apa yang saya ada hari ini adalah berkat didikan dan doa mak serta abah 100%. Keberkatan rezeki yang mereka cari untuk disuap ke dalam mulut kami, antara pesan mak abah yang selalu saya pegang amanah, jujur, jangan ambil hak orang, hormat para guru. Berbakti pada semua selagi mampu.

Walaupon mereka dah pulang ke alam abadi, segala nasihat mereka akan saya semat dan laksanakan. Ya Allah, tempatkan mereka dalam taman taman syurga, ampunilah dosa2 mereka..terimalah segala amalan mereka dan tempatkan lah mereka dikalangan para solihin dan ambia.

Saya orang biasa biasa, tak ada amalan atau perbuatan istimewa pon, tapi cuba nak jadi lebih baik. Moga Allah Redha atas setiap perbuatan dan langkah kaki ni, yang dulu dan masa akan datang.

Alhamdulillah.. usah dihitung rezeki dilangit… sedangkan yang ditangan masih belum habis dimakan.. macam tulahkan.

– Makcik Kola Bear (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *