aku dan sarung kaki

(Aku dan sarung kaki)

Assalamualaikum..pertama nak ucap terima kasih sudi terima cerita saya.
Ceritanya saya (seorang perempuan) dahulu seorang yang agak sambil lewa dalam bab agama (bukanlah jahil, saya tahu tapi tanpa sedar tak buat). Kadang2 saya tak kisah pun pakaian saya menonjol atau tidak, janji cantik pada pandangan mata saya. Keluarga saya pula bukanlah dari kalangan orang2 yang 'thiqah' . Bagi kami, aurat itu sudah cukup pakai tudung, itupun depan orang luar sahaja. Depan ipar duai kami tak kisah pun. Alhamdulillah, semenjak akhir2 ini saya mula sedar perlahan-lahan. Saya akan jaga setiap pemakaian saya. Bila ada abang ipar dan sepupu sepapat kat rumah, baju sentiasa berlengan panjang dan bertudung. Mula2 saya terasa kekok memandangkan hanya saya seorang saja begitu, kakak2 pula pandang pelik. Tapi sekarang alhamdulillah, mereka mula mengikut apa yang saya lakukan. Kami adik beradik perempuan sudah mula menutup aurat bila di depan ipar duai dan saudara mara. Yang jadi masalah ialah, kami tidak memakai sarung kaki di depan adik beradik ipar. Tambah2 bila berkumpul sewaktu hari raya. Sarung kaki saya hanya pakai bila saya melangkah keluar dari rumah. Dah lama saya fikirkan benda ni. Persoalan saya, adakah ia menjadi satu DOSA tidak memakai sarung kaki di depan ipar duai memandangkan saya terasa agak janggal untuk pakai bila berada di dalam rumah sendiri. Ada yang kata boleh, ada yang kata dosa besar. Apa yang patut saya lakukan.

– muslimah

CREATE A POST

One comment

  1. Pakai saja stokin. :) Lagi2 bila awak pun sudah tahu kaki itu aurat. Semenjak tahu kaki perempuan itu aurat, saya pun mula pakai stokin apabila diluar, dikampung, dirumah mertua, dan dirumah sendiri bila tetamu/saudara mara datang. In syaa ALLAH tak susah. Lebih selesa dan terjaga. Sebab memang ada jenis lelaki yg suka pandang2 kaki perempuan, naik rimas jadinya. Stokin pula elakkan yg jarang/skin colour. Pakai je yg mens stokin tu. In syaa Allah lebih tenang dan selesa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *