aku dan ujian

Assalamualaikum.. First thanks if admin approved confession saya..terpanggil untuk luahkan apa yang terbuku dalam hati ini setelah sekian lama memendam rasa..ya orang lain nampak saya happy but they dont know apa yang saya rasa dalam hati..tahun ni umur saya akan masuk 22tahun..that means dah 22tahun sudah saya tak berjumpa dengan ayah kandung saya..oh lupa saya membesar dalam keluarga angkat yang merupakan ibu saudara saya sendiri dan merupakan anak bongsu dalam keluarga ini..saya ditatang bagai minyak yang penuh..alhamdulillah.. Tapi ada juga ketika saya memikirkan ayah kandung saya yang entah ke mana (menghilangkan diri ketika saya masih belum lahir) sejujurnya saya rindu walaupun saya tak pernah kenal siapa dia..sehingga kini dia tidak pernah pun cuba untuk mencari saya..
Ujian saya tak berakhir di situ sahaja..setelah saya memasuki alam persekolahan..saya berkenalan dengan seorang jejaka yang betul2 mengambil berat tentang diri ini saya namakan dia AM..tetapi Allah nak uji..Allah tarik balik nikmat tu..AM disahkan mempunyai kanser paru2..Allah sahaja yang tahu perasaan saya waktu itu..masuk bulan ke8 perhubungan kami AM meninggalkan saya kembali ke rahmatullah ketika menjalani rawatan di Indonesia..Allah masa itu gelap seketika rasa dunia..nasib baik keluarga angkat saya berusaha mengembirakan saya kembali dan sentiasa berada disamping..dan tahun ni dah 5 tahun awak pergi AM..saya xpernah lupakan awak..doakan saya kuat..saya tidak tahu sampai bila saya dapat bertahan..maaf saya tak pandai mengolah situasi kepada bntuk penulisan..dan maaf terlalu panjang..sekadar meluahkan apa yang terpendam..ayah..kakak rindu ayah..kakak janji kakak akan cari ayah..AM tenanglah awak kat sana..al-Fatihah..

– ms pumpkin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *