Aku bukan nak cerita betapa aku baik. Ataupun betapa geniusnya aku. Tak… Aku cuma nak share pengalaman aku termasuk dalam group2 dean's list ni. Ini reply pada confession yg pasal (bekas) budak bukan dean's list haritu.
Seriously, aku sedar aku punya dean's list tu semua, memang rezeki Allah nak campak je kat aku. Literally. Sebab apa? Aku tahulah sebab aku ni bukan takat pemalas, solat aku khusyuk dia ke laut bhai. Bila dah nak dekat result, baru gelabah cipan doa macam2 kat Allah.Masa kat exam hall, dalam kepala otak aku cuma nak cepat blah je dari dewan exam yg macam haram tu. Aku benci perasaan nerve-wrecking dewan exam tu. Hahhaha…sekarang, faham kenapa aku boleh letakkan diri aku kat viewpoint korang?
Ok. Sekarang, aku nak cerita perangai budak2 'pandai' senarai dekan ni.
Serius aku cakap. Pengalaman paling manis aku sepanjang alam degree ni, semuanya bapak skema giler. Pengalaman program itu ini. Jumpa orang itu ini. Belajar benda baru itu ini. Lecturer ingat aku tak payah cakap lah. Aku sangat besar hati bila lecturer ingat aku. Aku harap moga2 berkat ilmu aku dan diorang doakan aku. TAPI, takat tu je lah. Korang perasan tak aku punya pengalaman best gaban dengan kengkawan, gila2 buat macam2, tak de? Perasan kan?
Meh aku nak bagitahu. Budak senarai dekan memang tak banyak kawan yang seangkatan dengan diorang. Aku tak cakap semuanya perangai macam ni. Mungkin aku je lah kot. Atau mungkin kat u aku ni je lah kot (aku bukan IIUM student).
Yang korang tengok masa group assignment semua tu, itu je lah. Apa yang korang tengok tu, itulah depan dan belakang mata korang apa yang sebenarnya jadi dalam 'friendship' sek2 kami ni. Group konon2 pandai nak mampos ni.
Aku sebenarnya tak tahu nak letak diri aku kat mana. Result aku dekan. Tapi, perangai haram. Bila aku approach diorang yg bukan dekan tu, sedih korang tau! Diorang macam awkward nak terima aku. Macam inferior pon ada. Padahal aku takde pun nak cerita pasal kelas ke, assignment ke hape. Lek2 je buat lawak bodoh. Tapi, diorang macam…ntah la. Aku tengah nak main2, diorang pegi tanya pasal pelajaran. Ade ke patut? Lepastu yang awkward diorang sendiri jugak. Then tak pasal2 aku dengar diorang kata segan nak kawan sebab aku macam….entah. Pandai???… What the heck??? Ok. back to story. aku bukan nak marah yang ni.
Budak2 dekan ni, ada satu perangai. Ujub. Takbur. Walaupun tak riak – inipun mungkin sebab takut peers' perception. Diorang rasa diorang at a different level. Bila bercakap pasal kengkawan lain yg tak dekan tu, macam diorang ni dah pangkat lecturer. Diorang generalize kan semua budak x dekan tu perangai cam tu. (aku benci pemalas je.hahahha…)
Macam aku, satu hari tu, aku bosan, fed up, annoyed & irritated dengan perangai diorang yang ni. Apa aku buat? Aku lead group assignment aku, in which members tu aku pilih sendiri, budak2 bukan dekan yang aku kenal sangat rajin berusaha walaupun pointer diorang tak tinggi mana. Then, apa aku buat lagi? Aku lead & ajar sungguh2 cara2 nak buat assignment yg best kasi gempak. Hasilnya? Markah kitorang gempak beb! Terharu aku bila ingat muka diorang macam tak percaya markah tu yang diorang dapat. Diorang tak pernah dapat setinggi tu sebelum ni. N yang dekan2 tu pulak? Ha…ni aku nak cerita motif aku buat camtu.
Saje. Aku memang saje nak malukan diorang ni kasi sedar diri sikit, kasi ingat rumput di bumi. Nanti mati kat tanah jugak. (ok. mungkin indian & chinese tak la. ada yang cremated kan. sorry2) Dekan tak bawak ke mana. Diorang mase tengok marks tu, muka tak boleh bla. Hahhahahha….big laugh!
Last2, markah diorang ni, walaupun ada yang tinggi sikit dari group aku, tapi beza 2 markah je. Kata dekan…at least tinggalkan la group aku by 7 marks at least, kan? itupun, ada yangtak nak ngaku ego diorang, katelah sebab aku ada dalam group tu. wuddaaa??? Aku laser kan je balik mase tu.heheh… Banyak group dekan lain tu, lebih rendah dari group aku. Aku saje nak tunjuk, diorang yang rajin ni, kalau guide betul2, boleh je buat. Hahhahah…. Aku bangga sebab mampu tengok groupmates aku happy camtu. Dan bagi diorang that boost of confidence.
Ya. Bunyi dah macam aku yang riak pulak. Tapi, aku sebenarnya geram dan meluat. Sebab tu aku buat camtu. Dan sebab tu aku confess kat sini. Supaya yang dekan + menongkat langit tak jejak ke bumi tu, balik. Sedar. Yang membezakan result korang dengan diorang cuma rezeki Allah nak campak. Aku ulang. CAMPAK. Sebab bagus sangat ke korang (macam aku jugak) sampai its' really your doa that He granted? Not solely on His Grace to you?
Bukan korang tu bagus sangat pun. Ingat. Bagus mana pun, bila dah habis uni life, diorang ada bawak something more precious than us. Kawan2 dan kenangan first degree. Kita cuma angkut sijil dengan pointer. Dan InshaaAllah PTPTN convert ke scholarship. Sikit je lagi nak capai. (doakan aku ye. Kot2 ada yang nak pegi Mekah ke. Sampaikan doa aku kat sana. Tolong doakan aku)
Haih…bila difikir-fikir. Aku tahu sebab aku outcast. Dah fit kat group dekan tu, aku jadi kepala hantu. Nak join group biasa2, diorang tak mahu aku. Nasib badan…
– Budak Outcast
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
ooo mcm tu rupanya dari perspective golongan dean’s list ek. thanks sbb sudi kongsi. aku tak pernah tahu maybe sbb kwn2 aku (dan aku sendiri) bukannya dean’s list hahaha
Untungla.. Clever boy.. Clever boy ♍️
bukan dean list wak.. clever apanya
x apa.. bkn dean list pun boleh qualified msuk..
comel je Ariep DieZehn hahaha… Tula sy pon bru tau canne diorg tngk kita hahaha .Info y sngt berguna ??
Kat iium kitorang steady jer, at least kat kuliah ekonomi… Haha
dekan je pun. zzzz
Tu untungnya duk uia ni. Kita diajar xde diskriminasi antara pelajar pandai sgt2 & pelajar biasa2. Bila konvo, bezanya pointer above 3, and below 3. Lantak la ko dapat berapa pun. Nama ikut alphabet. So xkn malu la result teruk pun. University lain mmg la. Saiko budak2 pandai. Xdela pandai mana pun.
Fyi iium student tu nama wifi uia..
Fatihah Roslan
Arif Furqan Fuad
Dekan je pon. Kecoh la kau
Ashura Izwani Ahmad Tadjudin
Pernah kena ban dengan budak bukan dekan ke Intan ? Hahahaha! Tp betul la tu confession ni. Rileks sudah, takyah gelabah sgt Dean’s List haha ? Sbnrnya usaha kita ciput gila, tp Allah punya rahmat tu maha besar ?
Ashura Izwani Ahmad Tadjudin xda lah smpai kena banned..tp dr segi lirik mata tu ada kot..hihi
Hahahaha serius la, bapak ah, sabar jela.. Mudahan si dia yg melirik mata tu pun bakal berjaya kan, insyaAllah.. (Biar dia smangat tgk kmu haha) ? Stakat ni alhamdulillah classmates sy smua baik2, supportive and tak rasa awkward bila nk tnya sy kut. Ok la for now, Degree ni taktau apa kes, mudahan baik2 jela kan, saling support each other ?