Aku di psiko mimpi

Sebelum tu, aku bukan student uia, tapi aku sronok join group ni.hehe
Tahun pertama dekat uni, mesti kena attend kokurikulum 1 atau kami panggil briged siswa.
Jadi kami akan bercamping dalam hutan dan akan buat beberapa aktiviti survival termasuk
mendaki gunung.
Jadi , bermulalah cerita yg agak mistik aneh misteri dan angker ni hehehehe.
Pada malam kedua kami dalam hutan, kami dipecahkan dalam group masing2 untuk jungle night walk.
Setiap group akan dilepaskan dengan jarak 1 jam, jadi group kami (semua perempuan) berlepas dalam
pukul 2 lebih pagi. Jadi, setiap group dibekalkan 1 lampu suluh dan 1 peta untuk sampai ke check point.
Check point tu kami dikehendaki untuk masuk ke rumah usang untuk cari barang checkpoint.
Nak sampai ke situ, perlulah melalui jalan dalam hutan yang of course tak ada source of light dan sunyi.
Since, semua tak nak duduk depan sebab tak nak pegang lampu suluh, aku volunter untuk pegang lampu suluh,
daripada aku duduk belakang sekali baik aku duduk depan hehe.
Jadi, kami pun berlepas ikut arah peta, aku di depan dan yang pegang peta jadi orang nombor dua.
Masuk je dalam hutan, keadaan memang sangat2 gelap, anggaran dalam 7-8 orang group kami, jalan dalam
barisan,gelap segelapnya dengan bunyi2 unggas,cengkerik. Sampailah ke satu tempat ni
dimana ada satu pokok besar yang tumbang, yang memang kena tunduk untuk lalu bawah pokok tu sebab takda
jalan lain. Jadi, sebagai org yg pegang lampu suluh, aku pun berhenti dan pusing belakang untuk suluh
sorang2 melepasi pokok tumbang tu. Aku pun berhenti dan berpusing untuk suluh, tiba-tiba, aku pun tak sengaja tersuluh
sesuatu makhluk yang berada di tepi kami, suluhan hanya sekali imbas tapi nampak jelas susuk tubuh
seseorang baju putih rambut panjang tengah berdiri. Ya tuhan, terpercik rasa darah dekat muka tapi aku
diamkan aje tak nak yang lain gabra, nanti lebih kecoh jadinya. Makhluk tu masih ada dekat tepi tu memerhati, sebab aku sorang je yang pusing belakang menghadap kawan2, menyuluhi depa ni untuk lalu bawak pokok tumbang.tapi dalam hati ni tuhan saja yg tahu betapa takutnya aku,aku diam sediam2nya. jadi lepas da setel kami bergerak ke check point kami.
Selepas dari tu, tak ada apa2 yg aneh lagi berlaku sampailah balik ke uni.
Perkara ni berlarutan sampai aku tahun dua.
Aku ada sikit masalah untuk tidur malam dan senang terjaga, tapi sejak balik dari camping tu, lagi susah
aku nak tidur. Bila nk tidur je terkejut, terjaga, mcm ada yang kejutkan aku. Masih ingat lagi, aku terkejut dari tidur sebab
ada tangan sejuk pegang kaki aku , masyaallah berderau darah masa tu,sedangkan semua da tido dan bilik
gelap. Yassin atas dada aku masih kemas aku peluk, Siapa yang kejutkan aku? tak cukup dengan itu, nama aku selalu dipanggil-panggil, sedangkan tak ada siapa yg
memanggil. Mimpi pelik2 dan takut tu jgn cakaplah, sampaikan aku webcam dengan kawan aku pun, ade sesuatu
yang enterframe sekali di belakang, cuma aku tak nampak. Perkara mcm ni tak boleh biarkan, jadi aku balik kampung untuk berubat.
Makcik yang ubatkan aku dapat teka semua dengan betul tanpa perlu aku cerita, aku masuk hutan pergi camping semua
dia tahu dulu, dan katanya ada yang ikut aku balik, tapi disebabkan dia tak dapat masuk dalam badan dia cuma kacau
aku saja dan dia ada di situ masa aku tengah berubat, huhu.. makcik tu yang pucat meremang bulu roma, aku tak de
rase ape2. Alhamdulillah, sejak dari itu gangguan slow2 hilang.
Walaupun masa camping tu, mcm2 doa dan pendinding aku da baca siap bawak yassin dalam poket,tapi makhluk begini
ada dimana2.. dan kita lebih kuat dari dia, percaya dengan bantuan Allah,insyaallah okey.
Sebenanya, banyak lagi gangguan lain yang aku penah lalui masa praktikal di rumah sewa, siap main2 suis lampu lagi
dan main baling2 batu, huhu.. nanti2 la ye sambung.
hehehehe

– Cik Sari

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *