Aku Dibenci Crush

Aku percaya ramai antara kita pernah ada Crush, (dibaca sebagai krash, bukan kresh) ni bermaksud minat dalam diam. Atau senang cerita macam kita suka orang tu yang suka saja-saja tanpa sebab.

Ada 3 golongan, pertama adalah golongan yang berjaya menjadikan crush tersebut pasangan hidup, kedua adalah golongan yang mendapat lebih baik daripada crush mereka. Dan yang ketiga, crush tak dapat, pasangan pun tak dapat.

Aku antara golongan yang ketiga, jadi aku nak kongsikan kisah Crush aku di zaman sekolah dulu.

Crush aku ni bukan orang melayu tapi orang cina, dari tingkatan 1 sampai lah tingkatan 6 aku sekelas dengan dia.

Sebelum aku ada crush dengan dia, aku lagi suka pada orang melayu islam berbanding dia tapi semua berubah ketika aku berada di tingkatan 6.

Kisahnya bermula pada bulan Ramadan,

Satu hari di bulan Ramadan, ketika aku dan kawan aku sedang berpuasa. Crush aku ni kehausan dan mahu minum air, disebabkan dia tahu kita orang puasa.

Dia ambil keputusan untuk sembunyi bawah meja dan minum air. Semata-mata menghormati kita orang yang sedang berpuasa ini.

Aku perasan sebab dia duduk depan aku, jadi sejak dari hari itu, aku mula memandang ke arah dia, pandangan aku dari biasa menjadi pandangan cinta.

Setiap hari kat sekolah aku terasa gembira sebab adanya dia, inilah kali pertama aku betul-betul cintakan seseorang.

Aku tahu itu bukan crush semata, sebab perasaan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang ada waktu tingkatan 6. Hati aku bertambah kecewa bila dapat tahu dia tak suka dekat aku dan aku dapat rasakan dia benci dekat aku.

Maklumlah siapa tak benci, aku selalu toleh dekat dia senyap-senyap. Mana-mana perempuan dapat rasakan bila mana lelaki selalu toleh diam-diam.

Mungkin ini adalah Sixth Sense seorang perempuan, mereka dapat rasakan pandangan tajam dari seorang lelaki.

(Ini tekaan aku je, sebab aku pernah kena tegur dengan kawan aku perempuan bila aku pandang mereka dengan pandangan yang biasa tapi kerap (tanpa dimasukkan unsur jahat))

Ini bukan delusional semata ya, aku dapat tahu dari kawan aku yang lain dia tak suka kat aku pun walaupun aku belum pernah confess pada dia.

Jadi aku menangis, meratap lepas solat.

“Ya Allah, tolong lah jadikan lah dia jodoh aku. Ya Allah walaupun dia jodoh orang lain batalkan lah jodoh dia dengan fulan tersebut dan jadikan dia isteri aku”

Ada lagi benda bodoh aku aku buat, aku pergi dekat Ustaz lepas itu aku bagitahu hati aku sakit aku dah jatuh cinta dekat perempuan yang tak suka aku. Aku menangis depan ustaz hahahaha.

Selepas itu aku mula tukar doa,

“Ya Allah, siapa pun jodoh dia kau bagi lah dia jadi orang islam, kurnikanlah suami yang membawanya ke syurga”

Waktu ini aku redha, siapa pun jodoh dia aku terima, asalkan dia happy, asalkan jodoh dia adalah suami yang beriman kepada Allah. Semoga dia dapat memeluk islam dan dapat surga Allah.

Sekarang dah 10 tahun, aku belum kahwin.

Kadang-kadang muncul juga dia dalam ingatan aku, tapi aku dah tak nangis macam dulu. Ada juga hari aku doa dia dapat suami yang baik yang boleh bimbing dia ke islam, doa supaya dia dapat hidayah.

Sekarang ni aku masih menunggu dia lagi ke?

Tidak, aku sedar dia tak suka aku pun. Jadi aku tengah bina ekonomi nak beli rumah dahulu sebelum kahwin. Aku ok je kahwin walaupun bukan dengan dia.

Tapi kadang-kadang adalah juga bisikan datang, dia dah kahwin ke? Dah 29 ni rasanya dia dah ada boyfriend. Harap dapat bertemu dengan dia lagi, kali ini betul-betul nak confess ke kalau jumpa lagi?

Perasaan ini aku tepis kuat-kuat, asalkan dia dapat pasangan yang baik cukuplah bagi aku.

Cinta bagi aku ada 2

1. Level tertinggi adalah mencintai dan dicintai.

2. Level kedua adalah mencintai dan melihat orang yang dicintai tersebut bahagia.

Aku dekat level kedua ini, cukuplah hati aku bahagia asalkan dia bahagia dengan hidup dia. Cuma keinginan supaya dia jadi orang islam itu tinggi, aku nak dia bahagia dekat akhirat juga walaupun dia bahagia dengan lelaki lain.

Cinta aku sekarang lebih kepada

Si isteri tanya soalan pada suami: “Abang, kalau saya meninggal abang kahwin lain tak?”

Mostly suami akan jawab “Ya” dan isteri pun merajuk.

Tapi soalan aku lebih kurang macam ini, “adakah anda sebagai suami membenarkan isteri kahwin selepas anda tiada di dunia”

Jawapan saya: “Saya lebih rela tengok dia kahwin dengan lelaki lain daripada dia dibakar api neraka kerana dosa zina akibat tak dapat menahan nafsu”

P/s: aku tulis ni pun sebab tetiba tertengok Facebook profile dia. Jadi aku pun nak kongsi kisah aku yang masih lagi ada crush dengan dia.

BTW dia block aku dekat facebook, ini aku guna facebook lain dan ternampak nama dia naik dekat suggestion list terus teringat kisah crush aku.

– Daniel (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *