Bismillahirrahmanirrahim..Selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sollohu Alaihiwassalam..
Salam aleik buat semua pembaca dan admin.Terima kasih banyak kerana sudah menyiarkan cerita saya yang lepas, ‘ALLAH sayang kita’. Dalam cerita tu,saya ada kongsi bagaimana saya berubah drastik dari cara pemakaian yang tidak cukup kain ke pemakaian yang patuh syariah.
Kali ini saya nak berkongsi pulak dugaan yang saya lalui lepas berubah,iaitu seringkali dicop atau dipanggil (dengan nada mengejek) sebagai ustazah.Saya tau ramai hawa yang pernah alami dugaan ni seperti saya. Sampaikan ada yang tidak tahan dengan ejekan sanggup kembali memakai pakaian ‘adik-adik’..ALLAHU ALLAH..
Panggilan ustazah dengan nada ejekan kerapkali jadi halwa telinga,tak kira lah dari orang sekeliling atau saudara terdekat.Tapi saya cuma tersenyum dan hati bersuara ‘alhamdulillah’,lepas tu pujuk hati biarlah orang berkata selagi mereka boleh berkata,aku mencari redha ALLAH bukan redha dari manusia.
Ujian bukan hanya dari segi ejekan, malah juga pujukan. Saya baru ja melangsungkan perkahwinan bulan 7 haritu (hari raya ke4). Masa saya menyarungkan busana pengantin kebadan,makcik saya (saya mintak dia teman saya di butik) suruh tailor kecikkan lagi dibahagian pinggang baju pengantin tu di bahagian pinggang,tapi saya tolak dengan cara elok.Saya kata pinggang dah kecik dah ni,satgi tak boleh bernafas pulak sambil sengih2.Saya nak elak dia terasa. Lepas tu pulak,masa saya tengah lilit shawl,sekali lagi makcik ‘menguji’ saya untuk menaikkan sedikit labuh shawl dari atas pinggang (tetapi masih dibawah paras dada,saya selalu memakai shawl labuhnya lebih dari paras pinggang) atas alasan jika labuh shawl terlalu labuh,nanti tak nampak lace yang gemerlap dibahagian pinggang. Tapi sekali lagi saya menolak.Tapi alhamdulillah makcik saya faham.
Sebelom ni saya kena hadiri kursus 20 hari kat tempat kerja. Kat sana saya ja yang bertudung labuh. Dekat sana ada yang panggil saya ustazah dengan nada elok, tapi ada yang sebaliknya. Ada yang siap buat andaian lagi, dia tu dulu sekolah agama kot,tu yg pakai macam tu, tak rimas ka dia pakai macam tu,dan macam2 lagi.Tapi saya tak kisah pun sebab saya suka orang ‘kaji’ sejarah hidup saya.Terasa macam retis pulak.hehe..
Alhamdulillah walaupun dah banyak saya alami,tapi saya tetap pakai pakaian yang tutup aurat,bukan balut aurat.Cukup lah dulu saya dah merasa pakai pakaian tak cukup kain.
Saya doakan kaum hawa yang masih pakai pakaian macam zaman jahiliah saya dulu tu supaya lepas ni ALLAH buka pintu hati kalian untuk terbuka hati pakai pakaian ikut syariah,sebab kalau dah mula pakai memang akan jatuh hati. Lama lama nanti kalau tak pakai memang akan rasa tak selesa.
Bagi kaum hawa yang dah tutup aurat dengan sempurna tu jangan la terlalu ‘dabik dada’ dan rendahkan orang lain yg masih berpakaian belom sempurna.Nasihat mereka.Mungkin mereka tak ubah terus,tapi in sya ALLAH akan tinggal sedikit kesan dihati mereka ni.aamiin..
Last sekali untuk kaum hawa yang selalu hadapi situasi macam saya ni,sabarlah kalian melebihi segalanya. Ingat yang kita mencari redha ALLAH bukan redha manusia.Sabar..
Sekian.
Dari hawa untuk hawa.
– Hawa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit