Aku Dirasuk Malam Ramadan

Ini bukan cerita aku nak reka, lagipun aku selalu nampak beberapa cerita lebih kurang macam aku, tapi mimpi sahaja. Aku punya kisah apa yang aku mimpi, benda itu jadi realiti.

*Mimpi*

Masa aku tidur, aku selalu mimpi ada lelaki ikut aku. Hari yang lain, aku mimpi, dia paksa aku untuk suka dia. Hari yang lain, aku mimpi tengok-tengok dia dah kahwin ngan aku.

Muka laki itu macam muka suami aku. Bila aku bangun pagi, badan aku selalu penat macam orang tak tidur.

Ada juga aku mimpi, kawan aku suruh aku naik roller coaster tinggi giler wei pastu aku jatuh kot. Lepastu bila aku sedar dari tidur, aku minta tolong suami aku, aku tak boleh bangunkan badan, aku rasa ada benda berat kat tulang belakang.

Bukan itu jer, seingat aku, dah 2 kali aku terbangun dari tidur suami aku kahwin lain dan aku rasa benda itu betul-betul berlaku.

Setiap kali berlaku, aku cakap kat suami aku, “sayang, confused sangat apa yang berlaku.”

Bila masuk dalam dunia tidur, aku rasa itulah kehidupan sebenar aku, bercakap, bersembang, bergaduh dengan lelaki yang sama dengan suami aku atau orang lain, sampai dah gaduh teruk, baru aku boleh keluar dalam tidur itu.

Masa aku mula-mula kahwin, aku cakap ngan suami aku, “abang, jom baca doa tidur sama-sama sekali ngan syahadah, sayang sampai sekarang teringat, ayat malam terakhir mama sebelum meninggal, dia cakap bacakan mama syahadah, manatahu ini malam terakhir.”

Tapi bacaan kami yang rutin ini, ada jer mimpi laki tu.

Mungkin tak cukup kot, mimpi aku masih ada, aku ajak suami aku, doa tidur, syahadah, 3 kul, ayat kursi, tiup kat tapak tangan dan sapu seluruh badan setiap malam.

Kadang ada kadang tak ada mimpi itu. Kami buntu nak buat apa, doa apa lagi kami perlu baca.

Dalam dunia realiti, aku selalu serabut sangat terutamanya dengan suami aku. Aku selalu cari gaduh ngan dia. Dalam kepala otak aku, kan senang kalau boleh bercerai.

Padahal suami aku ini cuba sedaya upaya layan aku macam Queen setiap hari.

Ada satu hari masa sembang dengan suami aku, aku gurau-gurau ngan dia masa pillow talk, “abang, jom la g mahkamah besok”. Laki aku ni dia malas nak layan. Dia tidur tau. Hahaha….

Mimpi teruk-teruk sentiasa berulang-ulang. Dah 2 hari, aku guna sabun bidara Jamu Ratu (aku bukan nak promote tau), adik aku cakap, jangan masuk sabun mandi ini dalam bilik air.

Aku mandi lah macam biasa, sebelum nak tidur, aku cakap kat suami aku, “abang, sayang nak menangis ini, tapi bukan sayang nak menangis”.

Suami: Ok… ok… faham.

Aku: Betul abang, sayang rasa kepala serabut ini, pastu aku menangis.

Pastu aku cekik suami aku dan ‘separuh aku’ cakap, “ini bukan sayang, tolong sayang, abang.” ‘separuh aku’ dah mula mengamuk dan menjerit marah. Suami aku bawa pergi ruang tamu.

Masa aku kena keadaan ini, aku rasa benda merapu yang cakap, aku tahu dia yang cakap, bukan aku. Bila aku dapat control diri aku, aku jadi diri aku. Kira macam 50-aku, 50-jin tu.

Aku: “Arggggh…” menjerit & cubaan cekik suami, aku sampai membeliakkan mata aku yang sepet ini. Aku benci engkau, Aku benci engkau, aku suka dia, aku nak dia.

Suami: Macam mana ko masuk dalam badan dia, ko ni dari mana, ko ni Islam ke tak?

Aku: Aku ikut adik dia dari hutan sampai rumah, dalam rumah ini aku nampak kakak dia, aku terpikat la… Separuh aku, “abang, pasang ayat Al-Quran cepat”, separuh aku, “aku ada dengar la, tak heran pun aku.”

Separuh aku, “Ya Allah tolong, abang tolong”, bacaan doa berlaku dan aku muntah-muntah.

Suami: Ko keluarlah dalam badan dia.

Aku: Tak nak lah aku, aku dah suka kat dia, ko yang menyibuk, aku benci ko. Bagilah aku kat dia sambil gelak cara hantu tu, ko belah la, ko keluar la dari rumah ini.

Bini ko ini, aku selalu buat dia tak jadi baca al quran. Dia nak buka, pastu dia penat, pastu tak jadi. Kerja aku lah itu. Tapi dia ni pun satu, baca juga satu dua ayat, tu aku benci.

Suami: Sambil baca buku zikir pagi & petang, sambil itu, tepuk-tepuk aku dengan minyak angin bidara.

Sambil itu suruh aku makan kurma, pasang bukhur, suruh aku baca sekali. Aku yang reti baca ayat al-quran, tak boleh nak sebut. Suami aku suruh ikut satu-satu perkataan.

Aku: Busuklah bau tu (bukhur)!!! Ko nak keluarkan aku ke? Hehehehe… ko tak akan jumpa aku duduk mana, aku pandai sorok, aku hebatlah.

Separuh aku, “aku tak nak kat engkau, Ya Allah tolonglah, aku tak nak ada kena mengena dunia ghaib. Ya Allah tolong. Abang sayang dah penat sangat ini.” Sekejap aku cakap, sekejap dia cakap, aku sedar benda itu.

Abang cuba sentuh tulang belakang yang selalu sakit ini. Aku pun buek, buek muntah, mcam buih laut kat tepi persisiran pantai.

Selepas itu, aku rasa ada benda pijak jantung aku. “Abang, benda itu kat sini (dada). Sambil itu, suami aku bacakan doa sambil sentuh dada aku sampai aku boleh bernafas macam normal semula. Aku boleh rasa diri aku adalah diri aku sepenuhnya.

Tamat…

Ok sebelum tamat, aku pernah kena kes yang macam ini sebelum kahwin. Dulu-dulu aku betul-betul takut. Bila first time benda ini berlaku, aku kena rasuk, aku betul-betul confused, aku ke ni…

Tapi benda itu yang cakap, aku kena ada dengan dia (jin), klau tak aku separuh manusia, separuh jin.

Aku tak boleh control diri aku langsung pun masa kena rasuk. Bila aku dah sedar, aku cakap aku nak simpan, sebab aku pun tak tahu aku ini apa. Ke aku gila.

Bila kejadiaan ini berlaku kali kedua, aku tak takut macam dulu. Aku bercakap dengan dia sendiri, memang aku tak nak, aku betul-betul reject jin asyik ni.

Benda ini pun slowly keluar sebab aku tegas aku tak nak. Selepas itu, otak aku betul-betul kosong dah serabut.

Alhamdulilah.

Aku nak cakap lagi ini, sebelum aku nak kahwin & nak ada pasangan, aku selalu rasa tak layak nak kahwin, aku selalu bergaduh dengan bakal suami aku. Masalah itu mcam radio tau kat otak aku, mengulang-ulangi kesalahan bakal suami aku.

Aku rasa la kan (ni perspektif aku), salah sorang pasangan ini kena hati batu bila bergaduh tambah lagi dengan pasangan terkena Jin asyik tanpa sedar ini.

Aku setuju bila ada jin asyik tanpa sedar ini buat jodoh lambat sbb banyak masalah aku sedar dari aku, aku suka minta putus sampai orang itu stress.

Dengan suami aku pun sama, mula-mula ok, bila dia nk serious aku tetiba jadi serabut, aku sibuk cari jalan tak jadilah, tak bersedialah.

Aku pergi berubat sebelum kahwin dan akhirnya aku kahwin. Korang jangan risau, minta jer kat Allah jodoh terbaik. Bila masa terbaik,

InshaAllah kahwin.

Dunia ini penuh dengan ujian. Moga ujian hidup kita semua, diberikan oleh Allah untuk dilihatkan apa hikmah/ kebaikan untuk kita.

Selamat berpuasa.

– Isteri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *