Aku Disondol Suami Orang

Assalamualaikum. Terima kasih admin sudi publish cerita ni.

Cerita ni terjadi lebih kurang sebulan yang lepas bila seorang laki yang aku kenal selama ni mula buat confession kat aku.

A ialah lelaki yang aku kenal 3 tahun lepas. Kiranya dia ni lelaki yang aku suka, cinta pandang pertama.

Tapi cuma masa tu, aku tak tahu yang A dah berkahwin.

Aku tahu A laki orang selepas dia add aku dekat Facebook. Aku pun approve sebab orang yang kita suka kan?

Disebabkan kami satu tempat kerja, aku layan A macam orang lain. Cuma aku hormat kan dia sebab jawatan dia lagi besar dari aku dan dia suami orang.

Walaupun kami suka each other, tapi aku tak pernah luahkan isi hati aku kat dia sebab aku faham status dia sebagai suami orang dan dia pun sama.

Cuma pada satu hari, terjadi lah kisah yang aku tak ingini terjadi.

Atas sebab teguran hye je, si A mula rasa gelisah sebab aku approach dia.

Dia jadi nervous dan mula goda aku kat Instagram dan WhatsApp. Aku reply pun atas alasan hormat aku pada dia. memang tak lebih daripada tu.

Cuma aku tak expect dengan kebaikan aku kat dia, dia mula ambil kesempatan dengan aku, dan mula melebihi batas.

Dia gunakan alasan kesian yang jadi kat dia untuk gunakan aku.

Dia mula pegang tangan aku, cium pipi aku. Benda tu terjadi lepas kenaifan aku untuk tenangkan dia.

Tak sangka si A akan buat benda camtu dekat aku sedangkan aku hormat dia sebagai suami orang.

Sejak daripada kejadian tu, si A kerap tanya pasal status kami berdua.

Jujur aku cakap, walaupun aku suka dia, nak rosakkan rumah tangga dia, bukan lah cara aku.

Aku minta dia lupakan aku dan fikir tentang keluarga dia sahaja. Tapi A still tak dapat lupakan aku.

Bila terserempak pun dekat pejabat, aku akan buat macam tak kenal selepas kejadian hari tu.

Tapi sampai bila aku nak mengelak? Patut ke aku berpindah ke tempat lain?

– Alita (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Cepat2 blah la nak kalau kau nak hidup kau aman dan dirahmati Allah. Belum pape ko dah dicium2 tu maknanya ko hanya jd pemuas nafsu sbnrnya.

  2. Mangkuk la, Sama2 gatai,merenyam…yg hang cari pasai dgn laki org tu pasai apa…dah tau dah dia tu laki org,duk menggedik ja…pastu salahkan laki org tu…kalau sorang x jadi benda ni…2 x 5…bertaubat seblm terlambat…minta maaf dgn kata2 ku ini sekiranya tersentap..kalau x kata x qheti..tq

  3. saya berpendapat kalau betul dia sukakan awak, dan ikhlas nak kat awak bukan sebb nk jadikan awak pemuas nafsu dia, suruh dia masuk meminang jumpa mak bapak awak, awak kawin jadi isteri no.2 dia. itu nasihat sesuai dgn penyelesaian agama, tapi jangan jadikan lesen utk berzina sbelum kawin pulak…ok?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *