Aku pernah hantar confesion tahun lepas di sini. Boleh baca kat link sini : https://iiumc.com/aku-emak-
Akhirnya SPM bertulis start semalam. Ini bermakna lagi 2 minggu lebih, akan tamat persekolahan anak tiri kedua aku (Reen). Haritu aku dah 2-3 kali cakap, lepas SPM pergi duduk rumah mak dia.
Kalau nak kerja ke apa ke, pergi duduk sana. Tapi 2-3 kali tu juga dia cakap tanak dan tarik muka. Aku berkeras juga suruh pergi. Laki aku?
Hanya diam sahaja. Ada sekali tu, laki aku cakap kalau tanak duduk sana, belajar betul-betul. Sambung belajar. Eh? Rasanya tiada dalam perbincangan atau mana-mana perjanjian pun berkenaan perkara itu.
Ada satu malam tu, aku bincang dengan laki aku. Masa tu aku tengah naik angin dengan anak tiri aku. Aku minta dia hantar Reen balik duduk dengan mak dia lepas SPM ni. Dia hanya jawab iya.
Sebenarnya ini bukan kali pertama permintaan aku. Tapi dah banyak kali. Nanti alasan dia, dia dah suruh tapi dah budak-budak tanak. Nak buat macam mana? Huhu.
Habis macam mana kalau aku tanak jaga pulak? Dia memang tak pernah nak fikir soal hati dan perasaan aku.
Lepas confesion haritu, lepas baca komen-komen tu. Aku cuba berdamai dengan takdir. Time nak keluar exam ni, aku peluk dia sambil bagi pesanan.
Aku cuba kurangkan sifat pemarah aku. Tapi ada masanya aku hamburkan juga kemarahan aku.
Bila cakap sekali tak boleh nak ubah, cakap berkali-kali pun tak mahu ubah. Habis aku nak buat macam mana lagi? Kadang kalau dah marah sangat, aku nangis sendirian.
Begini agaknya takdir aku?
Kadang aku rasa kesian dengan dia. Kadang aku rasa nak biarlah dia terus duduk dengan aku. Tapi kadang perasaan aku bertukar. Aku nak dia jangan tinggal dengan aku.
Start bulan 5 ni, aku nak kena hadap anak tiri yang sulung plak (sekarang duduk asrama, tapi akan intern di area rumah aku).
Perangai dorang ni pun sama je. Ke aku yang tak memahami perangai remaja begitu?
Ya, aku pun pernah jadi remaja. Tapi aku start dari kecil, memang telah diajar untuk tolong mak ayah (kami bukan orang senang)
Aku geram dengan perangai laki aku. Banyak perkara semua dia letak atas bahu aku. Hal anak-anak dia hampir semua aku yang uruskan.
Kalau aku tegur perangai anak, barulah dia akan tegur dan marah sama. Kalau aku tak mulakan, memang jarang sangat dia nak tegur dulu.
Aku masak sorang-sorang kat dapur, takde pun dia nak panggil anak dia. Dia dan anak-anak dok sibuk main handphone. Geram aku. Sebab tu aku nak suruh dia hantar anak dia duduk dengan mak dia.
Biar mak dia yang ajar anak-anak dia pulak macam mana. Salahkah permintaan aku?
Aku rasa laki aku macam tak nak hantar anak duduk dengan mak dorang. Sampai sekarang ni pun, tiada sebarang keputusan. Tiada perbincangan lanjut.
Kan ini jalan yang aku pilih dulu? Aku pun tak tahu macam mana nak berdamai dengan takdir. Aku serah segalanya pada Tuhan.
– Kemboja tanpa nama (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit