Aku gelap. Aku gemuk. – 2:45 AM

Aku gelap. Aku gemuk.

Aku gelap. Aku gemuk.

Dah baca title tuh kan? Sudah terang lagi bersuluh. Ye, aku memang tak cantik. Tapi aku bersyukur sangat dengan keadaan aku sekarang. Serius talk!

Sebelum tuh, mohon admin approve cerita nie. Nak share pengalaman hidup yang tak terluah dalam account facebook sendiri ni.

Aku takde lah macam sis lain yang pakat nak putih gebu gebas, muka nak flawless. Putih bak mutiara, kemerah merahan lepas pakai garnier sakura white. Serius jauhhh dari itu. Aku jugak bukan macam sis yang jaga badan, kurus macam model. Sanggup ikat perut tak makan nasi 2-3 minggu praktik diet atkins (ape ntah nama diet tu).

Aku biasa-biasa je. Kulit gelap. Badan gemuk.

Tapi…. Seriuss aku bersyukur!

Kenapa? Sebab kerana keadaan aku sekarang, hidup aku tenang gilaa. Aku jalan pegi mana-mana pun takde orang ganggu. Aku kesian jugak laa pada sis yang cantik-cantik nie. Asal naik public transport je mesti ada orang kacau dia. Mintak nombor laa. Flirting laa. Suit-suit (alaaa bunyi tikus tu). Yang kacau dia tuh pulak bangla. Seriau weyh. Fobia orang cantik nak naik public transport. Orang cantik nie pulak agak tinggi kos sara hidup dia. Macam-macam produk kecantikkan dia beli. Serum, toner, masker, krim siang, krim malam, moisturiser, losyen badan malam dan siang. Belum kau list lagi suppliment dia. Qu puteh, vitamin C, jus stem cell. Macam2. List makeup jangan sebut. Aku nie punya la jahil bab makup, sampai aku xleh beza eye liner dengan pen.

Maybe ada yang tanya, tak teringin ke nak cantik macam yang lain?

Gilaa tak teringin. Mesti lah nak. Tapi bila aku pikir balik kan, sanggup ke aku dilihat oleh mata2 liar di luar sana. Almaklumlah, manusia nie suka pandang yang cantik. Tapi nature aku memang x suka orang pandang-pandang aku. Aku tak selesa. Mungkin ade orang rise isu pasal kawin. Buruk-buruk macam nie siapa yang nak? Ohh, kalau yang nie aku x risau. Aku di bumi uia. Budak2 uia tengok agama daripada rupa.. Kan kann? Aku nie boleh laa bab agama.. Hahhaaa.. Okey gurau je.

Yang pasti, aku nak cakap kat sini. Aku bersyukur sangat dengan diri aku. Allah ciptakan aku dalam keadaan nie. Yang gelap. Gemuk tuh hmmmm boleh je kurus kann. Aku husnudzon. Allah ciptakan alu sebegini sebab Allah tahu aku xleh dipandang-pandang oleh mata liar. Allah nak jaga aku dari kena panahan mata orang. Pasal jodoh, eleehh watlek watpis. Kalau ade, hureyyy. Kalau xde xpe. Akhirat ada yang lebih baik.

So sekarang apa aku kena buat?

Aku beramal banyak2, so that aku dapat tempat yang lebih baik di akhirat sana. Cantik di mata Allah itu lagi penting. Sekian.

– #SisGelapGemuk

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *