Perkenalkan, aku Bunga Manggis, 28, aku pernah menulis luahan sebelum ini berkenaan pengalaman buruk pertama kali bekerja selepas balik dari Mesir.
Tujuan aku post luahan ini untuk meminta nasihat daripada generasi X dan generasi sebelumnya bagaimana mencari solusi agar lebih kuat mental.
Lahir sebagai bongsu lelaki, aku memang dimanjakan ibu, tapi disebabkan itu, aku jadi mudah kecil hati dengan adik beradik lain bila ditegur kesalahan walaupun hal yang kecil seperti sikap aku yang lambat, suka buat hal sendiri, cepat merajuk. Tiba-tiba menghilangkan diri,
Tapi bapa sangat garang, pernah kena libas dengan tali pinggang, rotan, penyangkut baju, paip getah, tabung buluh dll. Paling teruk pernah kena lempang di muka sampai lebam-lebam.
Tapi bila masuk alam pekerjaan, aku jadi cepat melenting. Baru bekerja dua bulan sudah berhenti. Tak boleh ditegur oleh pengetua. Tak boleh ditegur oleh ibu bapa murid. Hatta anak murid tegur pun terus koyak dan berhenti kerja.
Sekarang ni, aku menganggur. Mengharap duit dari kakak-kakak. Waktu-waktu macam ini jadi pekerja sambilan di rumah kebajikan. Tapi itu pun aku jadi malas datang awal, tak semangat langsung nak tolong-tolong. Cuci-cuci tandas.
Pengerusi rumah baru tegur pejabat bersepah-sepah (tempat aku menginap). Aku pula dalam hati menyumpah seranah sebab tempat yang aku duduk ini dari awal masuk memang bersepah nak mati macam reban ayam.
Bila difikirkan balik, teguran kecil pun aku sampai jadi anxiety tak boleh jumpa orang, tak boleh tidur malam. Lepas itu aku akan pasang lagu kuat-kuat supaya hilangkan debar.
Macam mana aku nak teruskan hidup di dunia luar yang lebih mencabar dan sampai bila aku nak hidup seperti ini. Bila aku dah tak boleh jumpa orang, orang akan lagi aim aku bermasalah dan sombong.
Sampai bila aku nak mengharap duit dari keluarga aku padahal parents sudah tak bekerja. Dan sekarang ini aku rasakan zaman kerja dua kali ganda lebih tertekan berbanding zaman belajar dahulu.
Walhal zaman belajar dulu pun pernah ambil ubat anti-psychotic sebab tertekan dengan keadaan orang sekeliling yang suka judge, tanpa mempedulikan kesihatan mental seseorang.
Ahli bilik aku dulu pun kalau balik saja memang mencarut-carut, memaki hamun, ada saja perkara yang tak kena.
Di Mesir, aku selalu pindah randah rumah lebih 10x sebab tak tahan ditegur dengan ahli rumah. Aku pernah dipukul teruk sebab tak mahu terima teguran ahli rumah aku sampai mulut aku darah-darah.
Ada ahli rumah campak kerusi, tengking aku sebab dengar lagu (bagi pelajar hadis haram).
Pernah aku terambil sebungkus maggi di dapur, sebab ahli rumah lain kata boleh ambil, lepas tu aku kena tegur waktu mesyuarat ahli rumah dengan empunya maggi. Sekarang dia sudah dapat PhD dalam bidang Hadis.
Aku selalu nak ambil pisau tikam diri aku sendiri, tapi sebab keluarga yang setia ada di sisi beri semangat dekat aku supaya cepat habiskan belajar. Bunuh diri juga haram dalam Islam,
Aku benci diri aku sendiri yang lemah mental. Aku tidak tahu apa fungsi bapa aku pukul, tengking, marah aku hari-hari supaya aku kuat. Tambahan ibu aku sekarang diuji dengan sakit kronik membuatkan mental aku seperti orang tua bongkok berjalan tanpa bertongkat.
Hakikatnya, aku sangat lemah daya tahan menerima teguran, cacian, umpatan, fitnah orang dan aku tidak tahu sampai bila aku harus jadi begini?
Aku tak tinggal solat, tak tinggal zikir, tak pernah buat maksiat, tapi aku penat dengan jiwa aku yang sensitif lagi halus padahal aku hanya manusia biasa yang hanya inginkan seorang kawan baik dan kasih sayang dari teman hidup, bukan harta benda sangat.
– Bunga Manggis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Encik ada childhood trauma dgn ayah encik… kena jumpa pakar.. under subconscious mind encik ada luka yg terpendam dan dlm lubuk hati encik yg paling dlm kena maafkan ayah encik… kalau encik berani utk berdepan dgn ayah encik tntg perbuatan dia yg lepas “kenapa buat encik sebegitu sbgai anak kecil?” encik kena kumpul kekuaatan utk sembuhkan luka batin encik waktu kecil.
Saya pun mudah terasa. Kadang2 orang cakap sikit saja, tapi saya terasa sampai berhari2, fikir benda tu sampai hari2, sampai terganggu hidup. Memang tak best, tak produktif, tapi nak buat macam mana, memang saya dah jenis macam ni dari dulu. Tapi saya jenis yang pendam, jadi orang tak tau yang saya sangat terasa.
Apa yang saya buat adalah saya belajar kawal perasaan saya. Kawal diri untuk tak overthinking. Kawal diri untuk tak buat keputusan melulu yang merugikan diri. Semua ni tak mudah, tapi ini saja yang saya boleh buat sebab saya tak boleh kawal mulut san perbuatan orang lain.
Bila kita jadi adult, kita kena belajar untuk jangan bertindak ikut perasaan sampai merugikan diri. Saya pun kerap berada dalam situasi yang saya rasa nak hantar notis berhenti kerja 24-jam, tapi saya tak pernah berhenti mengejut macam tu. Sebab sebagai adult, saya sedar yang saya tak mampu bayar 2 bulan gaji sebagai bayaran untuk notis 24 jam, dan saya sedar yang saya tak boleh mengganggur sebab nanti susah nak cari kerja dan ada bil yang perlu di bayar. This is adult responsibilities. Not fun, but we can’t have everything we want.
Jadi, belajarlah untuk sabar. Belajar untuk jauhkan diri dari perkara2 atau orang2 yang toksik. Belajar untuk berfikir sebelum mengambil tindakan
Awak dgn saya sama..sakit mental pun sama.. Dah buat semua benda solat, zikir, dan lain lain lagi tapi tetap sama.. Mungkin ini adalah ujian untuk kita di dunia kerana Allah tahu kita mampu menghadapinya dan saya tahu kita kuat menghadapinya dan semoga sesiapa yang menghadapi perkara sama.. Semoga kau kuat menghadapinya dan kekal lah hidup sehingga kau dijemput ilahi dengan cara husnul khatimah :)
semoga Allah melapangkan hatimu wahai saudara,
dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.
amin ya rabbal alamin
Buat confessor,dah pernah cuba jumpa psikologist?
Psikologist selalu dpt bantu mcm mana awak nk manage emosi negatif. Sebenarnya benda ni boleh dilatih, tp confessor perlu tekun dan sabar ikut step2 yg diberi.
Selain cuba dengar lagu nak hilangkan anxiety, apa kata confessor cuba terapi melukis/painting/menulis diari.org yg berjiwa halus dan sensitif ni, perlu outlet yg halus juga bagi terapi diri.
Confessor tak salah bila memiliki character halus begini.Malah ianya sebenarnya kekuatan buat awak.
Mst awak ni seorang empati tinggi.
Saya doakan semoga Allah mudahkan urusan confessor dan beri jalan keluar yg terbaik.
Pada pendapat saya, perlakuan awk itu ada kaitan dgn kisah lampau yg selalu dipukul oleh ayah awk dsb.. mngkin ‘minda di luar sedar’ awk berkata yg diri awak x berguna dan tidak disukai oleh semua orang.. jika perlu, pergilah berjumpa pakar psikatri yg profesional, sbelom perkara yg lebih buruk terjadi.. kita tentu pernah terbaca ada yg sanggup membunuh ahli kluarga (termasuk ibu bapa sendiri), di luar kawalan, atau spt ada ‘suara’ yg membisik kpd nya utk melakukannya (minta dijauhkan Allah).. org spt awk mngkin tidak boleh bekerja dgn org lain, krn terlalu ‘sensitif’, jadi seeloknya bekerja di bidang yg awak suka spt membuat hobi yg boleh mendatangkan hasil, spt melukis atau buat kraftangan dsb.., ataupon klaw awak minat bertani, menangkap ikan atau pelihara binatang ternak spt ayam, kambing dsb.. jgn pandang rendah dgn pkerjaan spt ini, krn jika dibuat dgn bersungguh2, dpat menghasilkan income yg bnyak juga.. atau, klaw awak minat dgn komputer, mngkin bole jd content creator, atau berniaga dlm talian.. cuba berbincang dgn kluarga awak utk dpt ‘support’ dr mrk.. ingatlah, Allah tidak mensia2ksn hamba-Nya dan org yg paling baik ialah yg dpt memberi msnfaat kpd org lain.. jgn lupa doa sekslu n minta ahli kluarga awk juga mendoakn awak.. inshaa Allah, sya doakn awak akn berjaya di dunia & akhirat.. aamiin