Assalamualaikum, harap admin approve confession aku. Aku buntu sekarang.
Camne aku nak maafkan diri aku sendiri?
Aku hampir bunuh famili aku. Mak ayah abang kakak adik2 aku. Benda ni jadi dah dalam 10 thn lepas. Tapi sampai sekarang terbayang2 dosa aku.
Memang mak ayah abang kakak adik2 semua maafkan aku. Tapi aku yang tak boleh maafkan diri aku sekarang ni.
Asyik terbayang2 rumah aku terbakar. Api marak. Dengar suara menjerit2 mintak tolong. Masih aku ingat bau rumah hangus. Asap hitam berkepul2.
Mak ayah adik bradik tidur, tapi aku menjerit cakap ade api, semua bangun lari keluar.
Mujur semua bangun tidur time tu.
Aku masih igt, time kami anak beranak dalam kereta, nak lari dari rumah terbakar tu, mak aku jerit dkt aku,
"Dah kenapa pergi main api? Kenapa bakar rumah?"
Aku time tu, dah dengan rasa mnyesalnya dlm hati aku, aku jerit,
"Dah tinggal je la adik dlm rumah terbakar tu, biar mati rentungg!"
Lps tu kami berteduh dekat rumah atuk. 3 hari jugak mak aku tak tegur aku. Yang tegur aku time tu, nenek je.
Aku still ingat, kami sekeluarga sehelai sepinggang, pakai baju sama je. Kalau datang bantuan dari org kampung, kotak2 yang dipenuhi baju2, bahagia sgt. Even baju2 tu ade yang koyak situ, takde zip or butang. Sebab masa tu terasa sgtlah miskin.
Pastu atuk belikan beg2 sekolah secondhand utk kami adik bradik. Kasut putih pun tak berapa nak putih. Baju sekolah kuning2, takde zip. Alat2 tulis takyah cakap la. Ada pensil sebatang pun syukur alhamdulillah.
Tahun tu beraya, pakai baju rainbow. Aku merah mak hijau ayah biru kakak pink. Macam2 ah. Tudung senget benget. Kerongsang tak cukup.
Time hari guru, memang tak mampu bagi banyak kat cikgu. Bagi gula2 je kot. Pdahal before rumah aku terbakar tu, hidup kitorg senang gila kot.
Makan ketam, chicken chop every week. Setiap kali cuti msti jalan2. Kereta ada dua. Kalau 10 thn lepas, famili yang ade dua kereta, kira kaya weh.
Time tu memang aku kecik lagi. Tp aku rasa bersalah gila. Aku tak tahu nak compensate mcm mane kesalahan aku ni.
Aku main api. Aku bakar rumah. Aku buat mak ayah aku susah. Aku buat mak aku menangis. Aku buat abang aku cedera kena api dkt tgn, smpai skrg ada parut. Aku buat adik bradik susah. Nak belajar susah. Hilang dokumen2 semua. Lepas 3-4 tahun baru hidup kiteorg normal balik.
Time tu aku fikir, satu je cara nak compensate diri aku. Bahagia kan mak ayah aku. Dengan cara exam.
Aku dapat 5a, straight A pmr and spm. Mak ayah happy.
Tapi sekarang aku dkt uni, aku tak mampu dpt keputusan yang cemerlang. 4 flat ke anugerah dekan.
Aku rasa mak ayah aku sedih dgn performance aku dkt uni. Aku study mcm nak org gila, tapi still tak mampu dapat. Aku rasa aku tak mampu nak compensate kesilapan aku.
Diorg maafkan aku. Diorg cakap. Tapi sekarang ni, aku yang tak mampu nak maafkan diri aku. Aku asyik fikir yang aku takkan pernah dpt kemaafan yang sepenuhnya. Camne aku nak maafkan diri aku? Tolong aku. Bagi nasihat sikit dekat aku.
Tolong aku. Aku nak maafkan diri aku. Aku nak let go. Aku nak move on. Tapi aku tak mampu.
– Kin
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
orang cam ngan ang nie kena menikah secepat mungkin.. cari laki sabar dan pendengar setia.. kalo sebut rasa bersalah semua orang da rasa bersalah dalam hidup..
Reason(s) tak mampu ialah..?
ko sngja bakar rumah ke ko main2 api smpai TER bakar? ko blja pstu keje…pstu belikan rumah..time keje xde nye org intrview tanye psl dekan smua…
Aku yg baca ni pening dgn hang punya cita ni. Apa cita sebenaqnya?
btoi..mcm mana boleh terbakar?
Jangan tanya cheq ?
zaman kecik kan? ala rasanya abg2 aku pom sama kot time tu nasib baik la bahagian dapur je hahaha… gini jer ko blaja rajin kalo tak brapa rajin pom asalkan elok result .. pastu cari keja atau berniaga .. kumpul duit.. ko hadiahkan sebuah rumah kat fameli, keta, so semangat utk mengganti tu kena lebih kuat dr rasa bersalah… actually bg ibu dan ayah asalkan anaknya menjadi org dan anak bertanggungjwb pun rasanya dah sgt2 cukup.. pastikan bila mereka tua ko jaga dorang tau…. ada faham…
Benda tak sengaja. And it happened years ago. Sudah2 la memberi tekanan pada diri sendiri.
Disebalik sesuatu ada sesuatu redha sangka baik…
Allah turun kan ujian msti bersebab…
Yg pntg awk skrg study… Study jgn hard.. Tapi study smart… Banyak kan doa.. Solat tahajud.. Dhuha jgn lupa.. In syaa Allah.. Awk berjaya dunia akhirat..
knapa kau bakar rumah??
ada cara kau nak hilangkan rasa bersalah kau ni…cuba kau tanya parents kau, betul ke diorang maafkan kau…bukan tanya saja2, tapi deep question…macam ada sesetengah orang, hidup tak tenang, tapi bila fikir2 balik dia ada buat mak bapak terasa hati…aku pun tak tau nak terangkan camna deep question ni…kiranya macam kau tanya kesalahan kau yang paling besar yang kau pernah buat sampai mak ayah kau terasa hati dan tak boleh maafkan kau melainkan kau sungguh2 mintak maaf…wallahualam…
Rumah kiteorg pun hampir terbakar tapi alhamdulillah tak terbakar berkat jiran2 dtg tolong.. bila teringat benda tu kiteorg rasa lucu.. mungkin sebab ahli family kiteorg lucu2 kot..
Cuma mak la jadi alert kalau hidu asap2 ni.. kalau tido terus bgun… hihi
Lupakan kisah lama.. ceria la dgn cerita2 lucu..
Hidup ni sekejap je..
jgn disstress kang jadi penyakit..
Bersyukurlah semua ahli keluarga masih bernyawa.. :)
Nurul Asyiqin Abu Bakar
Ishhh cer bagi cter yg pendek2 hmm
Lain kli la baca hahah
Hahahahaha dah baca dah
Jgn jd gtu. Tak pasal ak kne kawin ngn kau nnti haha
Hahahahahah asal pulakk
Yela xsnggup tngok kau hidup sorg
Hahahahahha jom lah wehhh. Kau taknak ke
benda yg lepas jgn fi kenang..skrg teruskan usaha nbrlajar sungguh2…jadi anak yg soleh…n balas balik budi mak ayah n family..
Cara: buat/sediakan sebuah rumah hasil duit sendiri & berikan kpd org yg sgt memerlukan (dari kalangan ahli keluarga lebih baik). maklumkan kpd keluarga ttg usaha ini.
Adie
Andreani Joemg
Hmm maaf tanya. Pesaipa hang main api? Pempuan kot. Kami dulu pun nakai jugak main api tapi takdak la sampai terbakaq qumah. Keta hang yg dua bijik pun tebakaq ka apa? Hmm. Kalau ceni gaya hang kena la ganti balik rumah ka keta ka bg mak ayah rasa balik kesenangan yg dulu tu. Kalau tak, nak buat mcm mana. Kena la hang hidup dalam belenggu rasa bersalah ni sampai bila2. Mungkin mak ayah dah maafkan. Tapi kesusahan & keperitan hidup yg pernah dilalui tu mungkin boleh buat org trauma kehilangan barang berharga dan mungkin nyawa. Hmm
Xpe bro. Biasala tu kat uni mmg kita boleh jadi cam bangang sket. Yang penting teruskan usaha bila da melangkah ke alam pekerjaan nanti waktu tu la dunia sebenar bermula. Sentiasa berdoa dan jangan berhenti utk terus mara ke hadapan insyaAllah yang terbaik akan datang
Belajar elok2. Nanti belikan rumah baru utk mak ayah. Jgn push diri sgt, anggaplah tu takdir.. Lagi pun waktu kejadian masih kecil. Dan bukan disengajakan.. Be strong, maafkan diri sendiri.
Ingatkan kau pegang pisau nk kelar or tembak or racun. Main api jer.
Erm mencabar gk nk pikir sb aku n kawan aku pun penah main2 api gk terbakar umh sewa bapak aku….tapi nasib baik xde org kena gk la sedas dua hinggap kt belakang..xingat umur bape budak gk la lg…..yg jadi masalah bila kau xleh nk maafkan diri sendiri…..cuba lapangkan dada lg pun bukan kau x cuba sedaya upaya nk tebus kesilapan an…..insyallah famili kau dah betul2 maafkan kau terutama ibu kita ssndiri an…..ibu mana x syg anak.
Tak apa sis .bnyak cara boleh capai cita2 .tak semestinya kena bahagiakan melalui pointer 4 flat . terus belajar .kerja .berbakti semula pd ibu ayah .jika mampu beli rumah beli kereta .lakukan benda yg sama mcm mak ayah sis buat dlu .jgn ikut kan perasaan .benda tu dah lepas pun .sekarang fokus apa yg akan dtg . Bahagiakan mak ayah ada bnyak cara lg .sentiasa ambil berat . Kuatkan ikatan keluarga .kuatkan kasih sayang .lama2 perasaan serba salah terhapus dgn kasih syg yg benar2 tulus . trust apa yg aku cuba buat .
Sabar kin tuhan menduga kita dengan pelbagai cara, cuma kin yakin lah bahawa the heart is meant to be felt, not to be told.
Now this is the true confession.