Aku Hanya Isteri Atas Nama Tanggungjawab II

Untuk part I, (https://iiumc.com/tak-tahu-di-mana-silapnya/).

Terima kasih kepada semua yang memberi komen dan pandangan sama ada yang negatif atau positif pada post aku sebelum ini.

Oleh kerana ramai yang tanya beberapa soalan. Jadi ada baiknya aku menjawab di sini.

Kenapa baru sekarang?

Dulu aku tak ada keberanian dan kekuatan tapi bila sebulan yang lalu waktu aku meluahkan perasaan, suami hanya jawab aku adalah tanggungjawab dia. Itu sahaja.

Jadi aku merasakan patut lah dia tidak pernah peduli perasaan dan keinginan aku. Kerana dia hanya jalankan tanggungjawab dan aku perlu taat kepadanya.

Sejak itu aku rasa seperti tidak ada nilai dan kasih sayang. Aku jadi semakin berani.

Ada anak tak?

Ye aku mempunyai 4 orang anak umur 20, 16, 14 dan 5, hubungan anak² dengan abah dia tidak berapa baik. Atas sebab yang sama aku lalui. Tiada kasih sayang dalam hubungan.

Yang sulung lelaki, tidak berapa nampak masalah dia. Tapi 2 anak perempuan aku sangat² nampak yang mereka takut dan tidak menyukai abah dia.

Paling jelas, bila kami sedang menonton televisyen, dengar saja abah dia balik masing² lari masuk bilik. Bila di tanya kenapa?

Mereka jawab, “abah tak faham dia”. Apa dia buat dan tengok akan jadi banyak persoalan.

Yang no 2 selalu tanya kenapa mama pilih abah kenapa mama kahwin dengan abah. Yang no 3 pula suruh kami berpisah dan kahwin dengan orang lain. Yang no 4 masih kecil dan belum memahami.

Dulu awal kahwin aku teringin pergi SOGO Kl tu.

Baru² ni kami lalu depan Sogo tu and aku cakap aku dulu teringin nak pergi sini. Sampai dah tak ada hati nak pergi. Kalau sekarang nak tak bawak pergi sini. Dia cuma gelengkan kepala.

Bukan SOGO saja, dia tak pernah bawak kami jalan² mall, alasannya dalam tu sama saja. Jadi anak² pun tak pernah merasa masuk mall.

Cuma pergi tesco dan giant saja tu pun sebab beli barang dapur.

Oleh kerana dia tak suka pergi tempat² macam tu, jadi kami terpaksa ikut cara dia.

Di pendekkan cerita minggu lepas kaki aku sakit dan aku pergi klinik di temani anak no 2.

Balik dari klinik sikit pun dia tak tanya kaki aku ok ke, doktor cakap apa ke? Tak ada! Sikit pun tak tanya. Aku saja yang beriya beritahu yang kaki aku itu ini dan doktor suruh buat test darah.

Dia cuma jawab sapu lah minyak.

Nampak tak yang dia tak peduli pun dengan aku. Aku sedih kot. Kenapa aku tak suruh dia hantar? Sebab sebelum ni aku sakit pinggang. Susah nak jalan.

Aku suruh hantar ke klinik and dia jawab dia bagi duit dan pergi sendiri boleh tak?

Pada yang suruh aku berdoa, ye sebelum ni pun aku selalu doa lepas solat agar di lembutkan hati suami aku. Tapi sekarang aku tak harap untuk dia berubah. Sebab aku sudah tidak ada hati lagi padanya

Solat istikharah semua tu InshaAllah aku masih dalam proses istikharah setiap malam. Aku nak Allah bantu aku buat keputusan yang betul.

4/2/2022 ni adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 21. Aku plan nak luahkan sekali lagi semua perasaan aku selama hidup dengan dia. Hanya ingin meluah bukan niat untuk dia berubah.

Kalau pun dia memujuk dan berjanji untuk berubah. Hati aku sudah mati untuknya.

Pilihan aku memang untuk lepaskan dan tinggalkan. Kerana aku rasa aku sudah penat nak hidup macam ni dan hati ku sudah hilang. Biarlah dia cari orang lain yang boleh hidup dengan cara dia.

Doakan aku di beri kekuatan dan di mudahkan segala urusan aku nanti.

Adakah keputusan yang aku buat ini betul atau sebaliknya.

Sekian, terima kasih..

– Aida (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *