Aku Harap Aku Cantik

Assalamualaikum. Umur saya dah 50an.

‘Aku Harap Aku Cantik’. Tajuk tu betul. Cantik maksud saya, sesuai dengan seorang wanita yang 50an.

Masa muda saya rasa saya okey ja. Kalau lelaki yang puji, mungkin nak mengurat kot.

Tapi, kawan perempuan yang kata saya cantik. Betul la tu kot. Atau sebab dia kawan saya. Entah lah. Masa muda, kan.

Kenapa saya rasa saya nak cantik sekarang? Sebab, masa dah mamah wajah saya.

Rupa rupanya, stress yang saya alami lebih 20 tahun usia perkahwinan duluu, turut menjadikan wajah saya begini.

Dulu, saya terikut ikut kata hati. Kalau Allah tak jaga, mungkin saya gila meroyan dek penangan dugaan dari suami.

Memang, ada perempuan yang tetap cantik walaupun menderita atau hidup susah. Ini adalah rezekinya.

Saya pula lain. Derita saya nampak di muka. Keruh dan kusam. Mungkin juga sebab saya takde ilmu.

Hari ini, hubungan dengan suami semakin baik. Masa mungkin tambahkan sifat sabar dia.

Tapi, orang selalu tegur, M nampak muda macam dulu. Tak berubah.

Betul. Mungkin genetik dia kot sebab kakak dan adik perempuan dia pun awet muda.

Dan saya? Rasa rendah diri menebal sebab macam tak sepadan dengan suami.

Dan saya rasa, suami bersikap dingin dengan saya juga kerana penampilan saya.

Bukan kah, ada ramai perempuan yang lebih muda dan cantik di luar sana.

Perempuan muda di luar sana, jagalah diri. Urus stress dengan betul. Carilah ilmu. Jangan biarkan diri robek.

Waktu tua, semua muncul. Penyakit, gemuk, muka kusam, semua datang.

Itu aje nak cakap.

Kalau masa bisa diputar. Sayang masa terus beredar.

Umur menuju mati, saya cuba dekati llahi.

– Mala (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *