Aku Ini Sakit Apa?

Hye Assalamulaikum pembaca semua. Nama aku Jelita. Umur pertengahan 20-an, asal dari Pantai Timur, sudah berkerja sebagai guru di Borneo dan baru saja berkahwin dalam tahun ni juga (2022)

Seperti tajuk di atas, aku cuma bercerita dan bertanya pada yang lebih arif.

Sebagai seorang Muslim, aku yakin dan percaya akan kewujudan benda2 ghaib. Cuma kadang aku masih rasa macam tak percaya. Jadi, minta nasihat dan pandangan daripada orang yang mungkin lebih arif dan berpengalaman.

Kisahnya bermula bila aku start berkerja di Borneo hampir 2 tahun yang lalu.

Ketika aku mula berkerja, memang aku masih solo dan jomblo happy. Sudah ada kekasih (suami aku sekarang) cumanya ketika tu tidaklah aku war warkan kepada semua orang tentang aku sudah berpunya.

Bila ditanya status bujang atau sudah berpunya aku cuma senyum saja sebagai jawapan. Yela. Kang kalau beria bagitau dah ada boyfriend tup2 putus tak ke malu muka.

So selalunya cikgu2 tempat aku berkerja faham dgn tindakan aku dan takde dah yang akan tanya tentang hal peribadi aku.

Nak dijadikan cerita dalam ramai2 guru di sekolah aku, ada sorang guru lelaki (sudah berkahwin dan mempunyai anak 3 orang) asyik lah mendampingi aku dan bertanya tentang hal peribadi aku. Dalam istilah tidak sopannya, menggatal.

Aku kadang selalu membalas soalan2 gatal nya dengan sengih dan ketawa kecil saja. Sepatah jawapan jarang aku balas.

Dia sering menganggu aku di tempat kerja seperti, selalu menenung aku, pura2 tergamam bila melihat aku, curi2 tangkap gambar aku dan lain2 yang membuatkan aku tidak selesa.

Ramai cikgu lain perasan bahawa aku tidak selesa dengan perlakuan cikgu lelaki tersebut yang aku namakan sebagai A. Tapi cikgu2 lain cuma berkata “cikgu A gurau saja tuu Jelita.

Biasa la, cikgu baru, muda, bujang dan cantik pula tu.” Jadi, selalunya aku akan anggap semua perlakuan cikgu A tu hanyalah gurauan walaupun bagi aku memang menggatal.

Pernah sekali aku bergaduh dengan boyfriend aku ketika itu lalu aku buang dp ws aku (biasalah kan perempuan kalau merajuk dan nak perhatian) jadi cikgu A ni akan ws tanya mana dp ws aku.

Aku akan balas pendek sahaja selalunya sebab malas melayan.

Kemudian, cikgu A hantar ss dalam gallery dia, muka2 aku yang selama ini aku buat sebagai dp picture di ws dan telegram. Katanya “baru nak save kalau ada gambar lagi. Boleh tengok kalau rindu.”

Sumpah ketika tu jijik dan takut ya terima ws sebegitu tapi cepat2 aku fikir “gurau kot, cikgu lain cakap memang dia jenis bergurau bodo begini.”

Kadang2 pernah malam2 cikgu A ni ws ajak dating la ajak keluar ke sana la ajak makan bersama la dan lain2. Pernah juga dia ws minta gambar sebab katanya rindu.

Dan aku selalunya akan seen dan abaikan saja permintaan bodoh dan aneh nya sebab taknak lah gaduh. Yela rakan sekerja, kita pula guru baru ketika itu, takkan dah buat hal di sekolah baru kan.

Jadi aku ambil keputusan untuk diamkan diri, cumanya aku inform juga pada family dan boyfriend ketika itu tentang tindakan cikgu tu terhadap aku.

Kemuncaknya adalah, aku baru kahwin dalam pertengahan tahun ini. Baru berapa bulan saja. Kemuncaknya adalah aku mula jatuh sakit.

Bermula pada Julai 2022, aku mula jadi tak normal. Suka marah2. Ketika di sekolah, rasa lesu dan malas. Start waktu asar, mengantuk dan lesu menjadi2. Lenguh di tengkuk dan belakang. Aku fikir aku yang tidak cukup rehat. Jadi aku abaikan.

Kemudian diikuti, aku berlaku keluar pendarahan. Darah aku mula2 keluar sikit2 saja. Bukan seperti darah haid , tapi darah aneh. Darah segar begitu. Tidak berketul pun dan warnanya merah darah bukan warna hitam kehitaman macam haid.

Aku anggap benda ni mungkin makan masa 4-6 hari saja kottt yela mungkin stress ke hormon ke (orang kata lepas kahwin hormon kacau) jadi aku tak fikir pelik2. Tapi bila berlarutan sampai 2 minggu aku tak sedap hati. Ketika itu belum sakit.

Kemudian, cuti sekolah sekejap jadi aku ambil kesempatan pulang ke semenanjung bertemu suami.

(Oh lupa maklumkan saya dan suami PJJ) Start dari situ saya mula alami sakit. Sakitnya di area rahim. Berdenyut, pedih dan sakit seakan2 period pain. Tapi lebih sakit dari senggugut.

Tak reti saya terangkan bagaimana sakitnya. Sakitnya selalu jadi bila waktu asar berlarutan sampai subuh. Sakitnya makin kuat ketika waktu tengah malam.

Kadang aku tertidur kemudian akan terjaga tepat jam 2.30 pagi sebab sakitnya menyerang mashaAllah tak mampu aku ungkapkan sakitnya bagaimana. Menangis berguling2 aku tapi sakit masih sama.

Akhirnya aku minta kepada rakan serumah untuk bawa aku ke kecemasan. Di kecemasan, aku meronta bagitahu doktor “saya sakit doktor. Tolong saya.”

Jadi dr buat scan la di bahagian abdomen. Tapi kata doktor tiada apa2 yang bengkak. Semua abdomen saya dalam keadaan baik.

Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dr buat keputusan untuk hantar saya ke pakar O&G supaya saya dapat di check dengan lebih mendalam oleh pakar bahagian wanita sendiri untuk mengesan punca saya sakit dan keluar darah.

Di bahagian pakar O&G, Dr telah lakukan ujian ultrasound, scan malah pap smear ke atas saya untuk mendapat kepastian kenapa saya sakit dan berdarah, tapi jawapan yang diterima,

“Tiada apa2 yang pelik. Rahim awak lembut dan cantik. Tidak ada luka dan tidak bengkak. Saya tidaktahu kenapa awak berdarah dan sakit sebab hasil ujian menunjukkan rahim awak sihat malah telur2 awak pun subur bersedia untuk disenyawakan.”

Jadi dr cuma bekalkan aku panadol as painkiller sahaja. Maka pulanglah aku ke rumah dalam keadaan kesakitan.

Keesokan harinya, kes yang sama terjadi lagi. Rahim aku berdenyut dan pedihhh seakan2 ditoreh/dicakar. Menangis berguling2. Tak tahan sangat, aku minta dibawa sekali lagi ke hospital. Bahagian emergency yang sama.

Melihat rekod rawatan aku yang sudah datang kemarin tapi tidak diketahui punca sakit, maka dr yang merawat aku ketika itu mengambil keputusan untuk melakukan ujian darah, air kencing untuk melihat apa puncanya.

Keputusan keluar; semuanya dalam keadaan baik. Ginjal okay, hati ok, usus ok. Tiada masalah. Jadi sekali lagi dr refer aku ke pakar xray pula untuk kesan masalah aku.

Selesai jalani xray, keputusan keluar “tiada masalah” Dr mula pening taktahu kenapa aku sakit dan berdarah. Jadi dr bekalkan lagi painkiller cuma kalini lebih tinggi dosnya dan lain jenis (morphine as painkiller)

Balik rumah dan berehat tapi masih sama. Tepat jam 2.30 am aku mula terjaga dari tidur secara mengejut dan menggelupur sendirian menangis kesakitan sehingga la subuh.

Dek kerana tidak tahan, aku nekad ke hospital pakar sakit puan swasta yang berhampiran rumah sewaku. Biarlah ratusan atau ribuan duit keluar asalkan aku tahu apa punca aku sakit sebegini teruk.

Cara ujian yang dilakukan oleh pakar swasta sama sahaja seperti yang aku lalui sebelum ini di hospital kerajaan.

Ujian darah, ujian air kencing, pap smear (3 kali aku melalui ujian pap smear), ultrasound dan juga scan. Tapi keputusan yang aku dapat cumalah “tiada apa masalah dengan rahim dan abdomen lain. Semua elok dan sihat.”

Lagi sekali dr bekalkan aku painkiller untuk kegunaan tahan sakit setiapkali sakit aku menyerang. Pulang lah aku dengan kesakitan dan kekecewaan kerana sudah habis duit hampir ribuan tapi keputusan tidak seperti yang ku sangka.

Sekiranya benarlah aku ni sihat seperti yang dikata pakar2 kita, mengapa aku sakit?

Mahu kata doktor2 ni salah dan tidak pandai, mustahil. Pakar kot bukan cikai2 cokia2… maka, aku ambil keputusan pulang ke semenanjung untuk mencuba rawatan Islam selepas menemui jalan buntu.

Dalam masa yang sama, darah aku keluar dengan banyaknya dan sakitku tidak berkurang langsung walau sebakul painkiller sudah ku telan.

Menangis2 aku menahan kesakitan. Sudahlah keluarga dan suami jauh beribu kilometre, sakit sendirian di tempat orang. Memang down sangat.

Macam panjang sangat pula confession aku, aku berhenti di sini dulu. Nanti aku sambung dengan part 2, cerita aku berjumpa dengan perawat Islam berbagai2 jenis.

Apapun, doakan aku ya supaya sentiasa sihatttt! Terima kasih sudi membaca!

– Jelita (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *