Keluarga Berpecah Sejak Pemergian Ibu

Aku buntu untuk menceritakan kepada siapa,

Aku tidak yakin dengan kawan sekeliling, aku tidak mempunyai kawan yang rapat yang mana akan diceritakan semua perkara tentang kegembiraan dan kesedihan.

Hanya mampu disini sebagai anonymous sahaja.

Aku harap penceritaan ini dapat dijadikan iktibar kepada semua dan mungkin boleh juga bagi kata-kata untuk diri ini supaya dapat selamatkan keluarga ku semula.

Perginya Ibu itu membawa maksud, pemergian yang tidak akan kembali. Keadaan Keluargaku semakin hari semakin huru hara.

Ringkas latar belakang keluarga aku, ayah aku poligami, dan jumlah adik beradik kami lebih 10 orang.

Abang aku ada yang sakit mental, ada juga kena bipolar, ada juga depression.

Kedua-dua yang sakit mental ini ayah aku seringkali menyalahkan jauh daripada Allah, tidak mengikuti kuliah agama dan sebagainya.

Aku bersama adik beradik lain juga kesal dengan tindakan ayah aku ini, kadang kala terdapat kisah-kisah berkaitan mental ini aku beri link kepada ayah aku,

Kadang tu cerita jugak serba sikit berkaitan mental ini kepada ayah aku. Tetapi ayah aku tetap juga katakan jauh dari Allah.

Sekarang aku masih belajar di Universiti tempatan. Kadang aku tidak suka pulang ke rumah, sebabnya ayah aku akan berulang cakap benda sama.

Kadang diri ni nak bercerita tentang perkembangan diri nanti akan berpatah balik benda yang sama iaitu, “ada cuba berhubung dengan abang2” / “mereka membelakangi keluarga” / dan macam-macam lagi.

Kadang aku balik tu pun sebab mengenangkan adik yang tiada peneman sebabnya masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.

Abang aku berkahwin dengan seorang perempuan, jika tidak dapat sesuatu dia inginkan. Dia akan memberontak, bukan setakat dalam keluarga, tetapi di sosial media jugak.

Sekarang ni dia sudah mula memberontak sampai ke group sedara mara. Rumah yang isteri dia inginkan, sudah dapat.

Memang cantik sangat rumah tu, kalah rumah ayah aku. Mudah kata memang suka ikut trending sana sini, yang pada aku boleh betul orang kata “manusia tidak akan pernah rasa cukup”.

Ada je benda isteri dia minta. Banyangkan, dia balik rumah mentua banyak kali, tapi rumah kami boleh kira pakai jari je. Padahal rumah dua-dua tu tidak jauh mana pun, macam satu kawasan.

Kisah akak aku yang macam tawar hati ingin pulang ke rumah. Abang aku lagi sorang, amat jarang balik jenguk ayah aku walhal duduk tidak jauh dari rumah dan satu orang lagi memang terus hilang.

Dia ambil keputusan untuk keluar dari rumah supaya tiada lagi kene marah atau bebel dari abang2 mahupun ayahnya.

Abang sorang ni pula, langsung band terus. Balik pun tidak, kumpul family pun tidak join, majlis penting pun tidak hadir. Abang aku pun macam tu apatah lagi isterinya, langsung putus hubungan.

Mereka berdua ini ada kes tidak puas hati bersama mak aku satu lagi. Tidak tahu la siapa yang keras kepala, masing-masing tak nak berbaik semula.

Semua ini berlaku selepas pemergian ibuku. Sehingga kan aku fikir yang ibu ini adalah penyatuan. Tanpanya kami sukar untuk berkumpul.

Kadang ayah aku seru untuk kami berkumpul tetapi itupun kalau sahut, macam kira bertuah la kalau mereka muncul. Tidak kira la minta bantuan jagekan adik mahupun berkumpul.

Mungkin itu sahaja setakat ini perkongsian aku. Yang mana masih mempunyai keluarga yang rapat dan akrab, jagalah sebaiknya. Memang betul orang kata adik beradik ini bagaikan cincang air takkan putus.

Tapi kemesraan dan kemeriahan seperti dahulu sudah tiada. Mohon juga doa dari semua pembaca tentang keluarga aku ini yang dapat kembali bersama.

Minta maaf terambil masa kalian semua dan mungkin bahasa yang digunakan kurang sesuai. Maafkan diri ini.

– Si Fulan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *