Aku Abalone (bukan nama sebenar). Aku terima segala kecaman, tapi aku sangat bersyukur jika ada yang sudi memberi nasihat dan doa untuk aku yang hina ini.
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum. Ya, aku lah isteri yang curang itu. Sedikit info, aku anak bongsu dari keluarga yang bercerai berai. Tak pernah duduk dengan ayah kandung dari lahir. Mak ayah dah meninggal 4 tahun lepas.
Aku orangnya garang, cepat marah, cepat lembut, kuat merajuk, suka dimanjakan dan selalu nakkan perhatian dari orang yang aku sayang. Tapi aku berdikari. Aku boleh buat apa je sendiri. Aku dah biasa hidup susah. Aku jenis kalau sayang, aku sayang sungguh sungguh.
Selama 9 tahun melayari bahtera perkahwinan katakan saja susah apa yang aku tak pernah lalui.
Pada mulanya aku bahagia, aku anggap dugaan dan ujian dalam perkahwinan. Aku hadap semua dengan senyuman dan sabar. Waktu tu suami aku banyak bantu kerja rumah. Boleh dikatakan aku cuma masak je, yang lain semua dia buat.
Sampai satu masa aku tak tahu bila semuanya berubah. Kata kawan aku, semua salah aku sebab aku terlalu manjakan dia dari awal. Semua benda aku nak buat. Aku kesian sebab dia kerja penat. Aku kerja tapi gaji kecik. Suami pun sama.
Tapi suami tak pandai cari side income. Dia cuma bergantung dengan gaji bulanan. Dalam masa bekerja aku jadi dropship, kadang kadang jual kuih, macam macam yang terlintas cara untuk dapatkan duit aku buat.
Sampai satu masa bisnes aku alhamdulillah dapat banyak sangat sambutan. Tapi aku penat sebab semua benda aku buat sorang. Aku prepare barang, aku cod, sebelum keluar cod aku kena masak untuk dia atau kalau aku tak sempat, aku jugak kena keluar tapau. Suami aku? Dia duduk je tanpa membantu.
Mula mula aku tak rasa apa apa lama lama hati aku sakit. Badan aku penat, duit yang aku cari bukan untuk aku sorang, tapi untuk kami sekeluarga termasuk anak anak. Ada duit lebih aku belanja jugak keluarga dia makan.
Aku memang sejenis yang suka belanja orang makan kalau aku ada duit. Itu satu kepuasan untuk aku.
Tapi dia seolah ego atau apa aku taktahu. Rumah bersepah dia marah, tak sempat masak dia marah, tapi kalau aku keluar cod sampai malam tak balik lagi dia takde call aku dekat mana, selamat ke aku. Sedih kadang kadang rasa hati ni.
Aku yang tadinya manja jadi kasar. Mulut aku jadi jahat. Aku balas setiap kata kata dia, aku melawan, aku menjawab. Hal rumah, anak, belanja rumah, belanja sekolah anak anak, bill bill semua banyak lebih pada aku. Dulu dia tolong kemas rumah, sekarang dah takde lagi.
Masa tu hidup aku cuma ada dia dan anak anak. Aku fokus pada keluarga kecik aku je. Pernah dia ugut aku, katanya ‘kau nak aku ceraikan kau ke?’ ‘kau tak tahan dengan aku kau boleh berambus cari jantan lain’. Kalau dia marah, semua maki hamun dia hamburkan dekat aku.
Paling dia suka sebut benda dalam kain mak dia. Korang faham la sendiri. Aku cukup benci bila dia maki aku. Ye dia tak pukul aku, tapi dia koyak rabakkan hati aku. (sejak sebelum kawin dia mmg suka maki, aku tak tahu macam mana aku boleh besabar dan kami kahwin)
Pernah satu hari aku nekad nak bercerai, aku cakap dekat dia aku taknak bergaduh, aku nak kita bercerai cara baik, lepaskan la aku cara baik, aku dah penat. Dia menangis, merayu mintak maaf. Dia sungguh kata tak boleh hidup tanpa aku. Dan aku terima, kami baik semula.
Ada juga perubahan dari dia. Alhamdulillah. Cuma sejak haritu aku perasan, rupanya hati aku dah tak sepenuhnya ada dia. Aku rasa tak bahagia. Aku tak pasti aku sayangkan dia lagi atau tak. Dia berubah pun sekejap je. Dia masih maki aku, masih biarkan aku buat semua sendiri.
Salah ke kalau aku tegur dia bila balik kerja, terus mandi, lepastu baru rehat. Dia selalu marah yang ni. Dia kata “Aku baru balik kerja nak rehat sekejap kau dah memekak.”. Aku tegur sebab kalau dia tak mandi terus, dia akan tertidur sambil main henfon sampai pagi esoknya.
Ya kami tak solat. Selain tu, bila dia dah balik kerja malam, siang kami dah sibuk bekerja, aku nak bermanja dengan dia. Aku nak peluk dia. Aku nak dia peluk aku, bergurau dengan aku, bercerita dengan aku. Aku nak bahagia dengan dia.
Tapi bila aku luah apa aku rasa, dia kata “busuk sangat ke aku ni?” ye bau busuk sebab dia perokok tegar. Badan dia bau rokok kuat sangat. Dia hisap rokok, hisap vape, minum ketum. Ketum bukan beli dengan orang, tapi masak sendiri dekat rumah.
Dia janji nak berhenti minum ketum, tapi sikit usaha pun aku tak nampak. Bila aku tegur, aku balik yang kena maki. Badan dia berpeluh, berminyak. Salah aku ke?
Benda ni berlarutan, diluah kena marah, last last aku pendam je. Berapa lama aku tak tahu. Aku dah tak tegur kalau dia balik kerja tak mandi, dia taknak cakap dengan aku pun aku dah tak kisah. Aku sendiri tak tahu apa ada dalam hati aku untuk dia.
Sampai satu kemuncak aku jadi isteri curang. Aku contact semula dengan ex aku waktu study dulu. Tak tahu kenapa terlalu pantas, perasaan sayang dah timbul. At first dia yang mula dulu tanya dah sayang dia belum, dah rindu dia belum.
Hati perempuan hina macam aku yang rapuh yang dahagakan kasih sayang lelaki ni cepat sangat jatuh sayang. Aku suka tengok dia layan isteri dan anak anak dia. Selalu post dekat media sosial. Setakat harini dia tak pernah tinggal aku. Sentiasa chat aku.
Nampak dia seorang suami dan ayah yang bertanggungjwab. Bahagia aku tengok isteri dia. Aku pernah tanya dia, macam mana dia boleh sayang aku sedangkan dia bahagia dengan isteri dia?
Dia kata dia sendiri tak tahu, tapi dia memang sayangkan aku. Antara percaya dengan tidak. Tapi aku senang bila dia ada. Aku boleh ketawa, aku boleh bergurau.
Suka aku tengok dia layan anak isteri dia. Senyuman dia bila mereka bergambar, bahagianya. Terdetik dalam hati aku, kenapa aku tak rasa yang sama ye? Aku pun pernah jadi isteri yang baik satu masa dulu. Aku pernah bagi segalanya dekat suami aku. Tapi kenapa aku tak bahagia?
Tapi untuk hari ini, aku penat dengan semua ni. Dekat rumah aku sakit dengan suami, dalam chat aku rasa bodoh sampai bila aku dengan dia nak buat dosa. Bila rasa rindu, berjumpa.
Aku tak bangga pun dengan apa aku buat. Aku sendiri benci dengan dosa aku. Takde kesudahan. Bahagia yang sementara. Aku tak suka apa yang aku lalui sekarang. Aku rindu aku yang dulu. Yang hidup aku hanya keluarga dan anak anak.
Ya aku dah sayangkan ex aku. Sehari tak chat, aku rindu. Tapi kalau dia bercuti dengan isteri dia, dia bahagia post gambar bersama. Aku ada sedikit rasa cemburu. Tapi untuk apa? Aku ni siapa?
Aku selalu stalk wife dia. Kesian aku rasa. Dia dapat suami yang romantik, dia ingat suami dia sayang dia sorang je, rupanya dekat belakang suami dia main cinta dengan perempuan lain.
Sedangkan aku, dapat suami yang suka maki, selalu bengis, tapi dia bukan kaki perempuan. Macam ni ye kehidupan?
Siapa pernah duduk tempat aku? Siapa pernah lalui apa aku lalui? Aku cuba cari tuhan. Aku solat walaupun tak penuh, aku pergi majlis agama, pergi masjid, aku pergi sorang sorang tapi masih jiwa aku kosong. Aku lah manusia paling hina dina.
Aku nak stop segala hubungan dengan ex aku. Aku nak tinggalkan dia sebelum dia tinggalkan aku. Sebab aku tahu lambat laun dia akan tinggalkan aku jugak. Aku takut dengan rasa kehilangan.
Aku dah hilang suami yang aku pernah sayang. Tapi aku tak nak bergaduh dengan ex aku. Aku benci dengan pergaduhan. Aku benci bermasam muka. Aku nak bahagia selagi allah bagi aku hidup. Aku nak tenang. Tolong lah aku.
Aku dah booking satu hotel hujung minggu ni. Aku cadang nak bawak anak jalan2 dalam masa sama aku nak luang masa dengan suami aku. Harapnya tak bergaduh lah.
Kalau Allah izinkan, aku nak perbetulkan semula hubungan aku dengan dia. Demi anak anak. Bukan senang hidup dalam keluarga yang bercerai. Kesian anak anak aku.
Aku cuba nak bermanja dengan dia, cuma ada sikit rasa kekok dalam hati aku. Aku takut tersalah tingkah, tersalah kata, habis aku kena maki nanti.
Entahlah. Aku rasa hati dengan fikiran aku tak seiring. Badan dan jasad tak bersatu.
– Ms Abalone (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Umm semoga dipermudahkan segala urusan dan niat baik sis utk berubah😊
kau cerita panjang panjang nk bgitahu yang kau layak curang ke betina
Nama hamba allah tapi komen biadap, doakan je yang baik-baik, tak salah pun.
knp dh nk kasar cmtu . nasihat elok2 tk boleh ke ? . sjenis cmni yg baik tk payah komen la . sjenis tkde adab
😍👍
Semoga dipermudahkan urusan awak.
Ada sedikit iras dengan kisah hidup saya. Beza nya suami saya sangat lah baik. Tak pernah tinggi suara, naik tangan lagi tak pernah. Cuma saya bodoh, sebab nafsu, saya main dengan jantan lain. Suami orang lagi. Suami saya pun dah dapat tahu. Skrg jiwa dan raga saya terseksa. Walaupun kami masih sebumbung tapi kehidupan seharian tak macam dulu. Saya rindu dimanja macam dulu. Semoga Allah lembutkan hati suami saya untuk terima saya macam dulu. Amin.
Hai Ms Abalone,sy pun pernah melalui apa yg awak lalui itu.Apapun alasan nya, curang itu satu bentuk pengkhianatan yg besar, banyak yg kita gadaikan, termasuk harga diri,maruah,agama,dan keluarga(dosa besar sis).
Nasihat sy,sis jaga solat 5 waktu, bertaubat,baca Al-Quran (sucikan jiwa).
Semua itu hanya tipu daya syaitan.
buatlah kerana Allah, kerana itu amal untuk kebahagian abadi di syurga. di gantikan lelah dgn keindahan dan damai selamanya