Aku Isteri Yang Bodoh?

Nama aku Hawa (bukan nama sebenar) umur awal 30an. Suami aku Adam (bukan nama sebenar) pertengahan 30an. Kami dah berkahwin hampir 9 tahun. Dikurniakan 3 orang anak. 2 sedang bersekolah rendah. 1 belum bersekolah.

Aku berasal dari selatan. Dan bekerja di negeri aku lahir. Aku bekerja di syarikat swasta. Ibu ayah aku masih ada. Dan duduk di negeri yang sama. aku isteri yang bekerja. Suami aku berasal dari utara. Bekerja di negeri aku lahir. 

Cerita aku agak panjang. Aku bercerita bukan niat nak mengungkit apa-apa jasa aku pada suami. Cuma aku tertanya-tanya, aku isteri yang bodoh ke?

Cerita bermula lepas suami aku kantoi urine dekat tempat kerja. Suami aku seorang anggota. Dah berkhidmat hampir 17y. Suami aku sangkut urine sebab ketum. Waktu tu dia dalam kursus untuk kenaikan pangkat.

Lepas sebulan dia balik rumah dengan bawa baju2 dan barang2 dia sekali. Aku terkejut. Terkedu. Dalam hati aku mesti suami aku ada buat salah besar sampai kena hantar balik. Sedangkan kursus dia ada lagi 2 bulan. 

Suami aku ajak masuk bilik. Sebab anak2 ada time tu. Suami aku melutut mintak maaf. Menangis teresak esak. Dia bagitahu aku yang dia kantoi urine sebab ketum. Kemungkinan kena berhenti kerja. Allahuakbar time tu aku hilang kata-kata. Kepala aku berpusing. Teringat muka anak2. 

Aku diamkan diri buat sementara waktu. Time ni aku banyak salahkan diri aku. Aku tahu dia ambil ketum. Sebelum ni aku banyak kali dah marah, nasihat. Still sama. Aku rasa salah sebab aku sebagai isteri tak mampu nak ubah suami aku, tak mampu nak nasihatkan suami aku sampai berubah. 

Lepas 2-3 hari aku mula positif. Rezeki bukan dekat situ je. Inn shaa Allah ada rezeki lain yang Allah nak bagi. Aku yakin tu. Aku maafkan dia. Dia berjanji nak berhenti ketum.

Aku cari doktor pakar untuk rawat ketagihan ketum. Aku beli ubat dia. 1strip RM42 ye. Tiap kali beli ubat. Aku yang akan pergi beli. Dan semua duit aku. Sebab aku nak sangat dia berubah. Aku tak kisah. Biar aku tak ada duit tak apa. Janji ubat tu sentiasa ada untuk dia.

Suami aku mula berubah. Aku bersyukur sangat time ni. Allah tarik 1 nikmat dekat aku tapi Allah gantikan benda yang paling buat aku gembira. Suami aku mula solat. Pergi surau, masjid. Lepas solat dia akan mengaji. Tapiiiii… 

Semua perubahan tu hanya sekejap. Aku mula nampak perubahan dia. Aku diam2 beli strip urine test untuk ketum. Sebelum urine dia. Aku check fone dia dulu. Waktu ni awal pagi. Dia tidur time ni. Aku betul2 kecewa. Dah la kerja tak ada. Dia boleh pulak main judi. Layan video porn.

Aku kecewa sangat. Aku sedih. Aku terus kejut dia. Tanya kenapa buat semua ni. Dia nafikan. Kalau dah bukti depan mata. Celah mana nak nafikan lagi.

Aku terus suruh dia buat urine test. Allahuakbar positif wei. Benda ni lagi buat aku betul2 kecewa. Aku dah sehabis baik buat untuk dia berhenti ketagihan ketum. Aku menangis semahunya. 

Lepas 2 hari. Aku duduk berbincang dengan dia berdua. Aku luahkan semua yang aku rasa. Aku pendam. Mental aku bebetul burnout. Aku rasa sakit sangat. Hati aku sakit. Jiwa aku sakit.

2 jam aku bercakap luahkan semua. Dia cuma menangis dan mintak maaf. Last2 aku kalah dengan pujuk rayu dia. Silap aku time ni. Memang silap!! Aku maaf kan dia. Aku mintak dia berubah. 

Lepas 10 hari aku urine dia sekali lagi. Sebab aku still rasa tak sedap hati. Dia bagi aku alasan. Urine akan positif lagi. Sebab kesan dia sebulan. Aku Google wei semua maklumat pasal ketum. Tak sampai sebulan pon. Dia bagi juga urine dia. Still positif.

Aku tanya dia bila last dia minum. Dia cakap 2-3 hari. Allahuakbar. Still tak berubah. Punya lama aku luahkan perasaan haritu. Dia still ambil ketum. Aku check online banking dia. Still ada duit keluar untuk judi. 

Aku betul2 kecewa time ni. Aku fikir cerai jela. Aku betul2 sakit menahan perasaan ni. Pedih. Pedih sangat. Aku bawa diri. aku packing baju2 aku. Dia langsung tak tanya ek mana aku nak pergi.

Aku pergi rumah ibu ayah aku. Aku terpaksa cerita dekati dieorang. Sebab aku dah mula tak waras. Hampir nak cederakan diri aku. 1malam aku tidur sana. Ibu ayah aku cakap. Kalau kau betul2 dah nekad nak berpisah. Kau yang mintak dia keluar rumah tu. Lagipon tu rumah kau.

Kalau kau still nak dia. Kau stay rumah ibu ayah. Nanti dia cari kau. Ayah nasihatkan dia. Ibu ayah tak boleh campur. Ni urusan kau laki bini. Ibu ayah cuma boleh nasihat. Apa pon keputusan kau. Ibu ayah sokong kau. 

Sebab aku terlalu marah dekat dia. Dengan anak 1st day sekolah dia buat tak tahu. Dengan tak tanya aku nak pergi mana. Tanya hal anak2. Aku suruh dia keluar dari rumah tu. Untuk makluman korang. Rumah yang kami duduk ni. Rumah nama aku. 

Seharian aku duduk termenung. Kenangkan jasa aku. Tak cukup baik ke aku. Aku banyak tolong dia. Tak pernah berkira dengan dia. 

Rumah ni aku bayar guna duit peruntukan isteri. Rumah kami duduk ni sewa beli under kerajaan negeri. Murah sewa dia. Lagi 10y inn shaa Allah jadi hak milik kekal. Aku apply rumah ni dari aku bujang.

Sebelum aku kenal suami aku. Duit peruntukan aku bayar duit rumah, bil api air. Tu pon kadang -ve duitnya. Kiranya nafkah duit untuk aku memang tak ada la. 

Suami aku gaji bulan2 lepas tolak segala hutang dia. Termasuk hutang LpSSA , peruntukan aku dan mak dia. Tinggal 2k.

Tiap kali gaji dia akan bagi aku 800 untuk duit barang dapur termasuk susu Pampers anak untuk sebulan dan duit sekolah anak2. Duit lebih dia aku tak pernah tanya dia buat apa dan mintak. Sebab aku bekerja. Aku ada duit aku sendiri.

Kadang2 duit barang basah aku beli guna duit aku. Tiap hari aku tak pernah miss sediakan makanan untuk dia. Aku selalu masak. Kalau tak masak aku beli makanan dari luar. Guna duit aku. Aku tak claim dekat dia. 

Duit kereta aku bayar. Insurans kereta aku settelkan. Maintenance kereta pon aku. If kereta aku ada problem apa2 Aku sendiri pergi bengkel. 

Kalau pergi berjalan/bercuti atau balik kampung dia. Semua duit aku. Aku tak pernah kisah semua tu. Bagi aku janji anak2 aku happy. Aku pon happy boleh berjalan sana sini. Duit bil api air segala jenis cukai rumah dia tu pon aku yang bayar. Rumah tu kami tak duduk. Hanya balik sekali sekala.

Roadtax moto dia pon aku yang bayar. Duit yuran sekolah anak. Baju sekolah. Baju raya. Semua duit aku. Kelengkapan raya. Duit raya. Semua aku yang keluarkan duit. Tak cukup baik ke lagi aku? Atau aku isteri yang bodoh?

4 tahun lepas. Suami aku pernah terbabit dalam kemalangan. Keadaan waktu dia time tu teruk. Tangan kanan patah. Kaki kiri patah. Kaki kanan tissu koyak. Tulang pinggul beralih. Lama dia terbaring. Aku urusan dia. Time dekat hospital hari2 aku pergi sana. Cuci berak dia.

Sebulan lepas duduk hospital. Aku jaga dia dekat rumah. Sebelum pergi kerja. Aku sediakan makanan/minuman untuk dia sebelah katil dia. Balik kerja aku kemas semua kencing dia. Makan minum dia. Time tu masa aku dengan anak2 memang tak ada. Kesian anak2 aku time ni.

Alhamdulillah aku ada ibu ayah yang banyak membantu aku. Jaga anak2 aku. dia nak balik kampung. Aku hantar dia ke utara sana. Siang aku gerak ke utara. Malam tu juga aku balik selatan sebab tuntutan kerja jadi Aku tak boleh stay lama dekat kampung. Anak2 aku jaga. 

Bila aku ingat semua ni. Apa la salah aku pada dia. Susah ke dia nak berubah. Susah sangat ke permintaan aku ni. Tinggalkan benda2 haram. Kemungkaran. Dah berapa hari dia tinggalkan rumah. Dia langsung tak ada tanya khabar anak2. Kesian anak2 hari2 tanya ayah Dieorang. 

Suami aku cakap dekat mak dia. Aku yang nak berpisah. Dia tak fikir ke kenapa aku cakap macam tu? Salah aku juga ke?

Bila jadi macam ni. Aku banyak fikir. Aku dah tolong dia macam2. Dah buat macam sehabis baik. Kenapa dia layan aku macam ni. 

Sekarang ni aku berdoa Allah tunjukkan aku jalan yang betul. Apa2 pon berlaku. Aku cuba berlapang dada. Sekarang ni aku cuma fikir anak2. Besarkan anak2.

Terima kasih sudi baca luahan hati aku. Doakan aku kuat hadapi ujian dan dugaan ni. Assalamualaikum..

– Hawa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. awak bodoh sekiranya masih tidak bercerai dengan dia. Cerai lah. banyak sangat negatif suami tu. sedih memang akan sedih. tapi lebih baik awak hidup dengan anak anak daripada tanggung tak guna tu

  2. Sebenarnya dari awal perkahwinan pun dah tersilap…. Dari mula lagi anda sudah ambil alih tugas suami … Fitrah manusialah bila semua dapat cara mudah, mereka Tak Reti nak appreciate. Perkara ini akan berterusan dari tak ada anak, sampai ada ramai anak. Malah dibiarkan sehinnga ada ramai cucu!! Berhentilah dari terus berada dalam perkahwinan yamg toxic ini. Cukuplah mengalami kesengsaraan … mula dari sekarang…sayangi diri sendiri, anak2, ibu bapa dan orang2 yang Tahu Menghargai. Selamat Berjuang! Semoga Allah Sentiasa Menolong Anda!

  3. Tanggong biawak hidup. Org lelaki asyik nak ngajar isteri ikut ckp dia tapi tak cermin diri. Kirim salam jer. Ostad2 d minta bagi nasihat pd sang2 suami byk bertanggongjawab. Jgn ambil kesempatan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *