Bertahan Atau Lepaskan?

Salam semua. Terima kasih admin post luahan saya.

Saya Ros. Berusia awal 40an. Dulu saya pernah bujang selepas almarhum suami saya meninggal akibat kemalangan. Ada 2 anak dengan almarhum suami.

Setelah lebih 3 tahun hidup bujang, saya berkahwin dengan saya namakan Limau, menjadi isteri kedua tanpa izin isteri pertama.

Limau berjaya yakinkan saya bahawa semua akan baik saja.

Jadi yang kedua selama hampir 5 tahun ni sangat menguji keimanan saya lebih lagi bila isteri dan keluarga Limau tidak terima saya sebagai ahli keluarga.

Satu hari saya dan Limau bergaduh kerana saya luahkan bahawa saya ingin kehidupan normal, diterima oleh keluarga,

Memandangkan saya sudah pun hampir 5 tahun jadi isteri Limau dan sudah ada anak bersama Limau.

Disebabkan pergaduhan tu, Limau hampir ceraikan saya dan ingin kembali hidup tenang tanpa perlu gilir isteri katanya.

Saya sendiri masih sayangkan Limau. Saya tak sanggup di gelar janda jika Limau ceraikan saya diusia sebegini.

Sehingga hari ni dah lebih sebulan saya cuba pujuk Limau untuk tak ceraikan saya. Tapi Limau langsung tidak balik rumah saya dan hanya sesekali balas mesej saya.

Entah kenapa saya rasa Limau sebenarnya ada calon isteri lain untuk gantikan saya kerana saya pernah nampak Limau tersenyum-senyum ketika ber”whatsapp” dengan seseorang.

Limau tak mungkin akan tinggalkan isteri pertama dia, sudah tentu Limau akan tinggalkan saya.

Keadaan ni buat saya hampir sakit mental. Saya tak tahu apa perlu saya lakukan.

Saya harap pembaca tidak mengecam saya dengan status isteri kedua. Saya cuma perlukan nasihat untuk terus bertahan atau lepaskan. Tolong saya.

– Ros (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Saya tak nak kecam tentang jadi isteri kedua tanpa izin isteri pertama, tapi apa yg saya boleh nasihatkan, better cerai je lah dgn Limau tu. Nampak sangat dia dah tak sayang awak. Dia yakinkan awak dulu kononnya boleh bahagia, tapi cara dia sangat bacul sbb nikah tanpa restu isteri pertama. Dan sekarang, dia seolah-olah dah bosan dengan awak.

    Memang sakit awal2, tapi percayalah, lepas cerai awak fokus diri awak dan anak2. Awak akan move on eventually. Lupakan Limau yg hanya mempergunakan awak dan family dia. Tak perlu terhegeh hegeh menagih cinta dan simpati pd yg dah tawar hati. Limau tu pun bukannya baik sgt. Kalau dia baik, dia takkan abaikan isterinya tak kira isteri nombor berapa.

    Dan jangan lupa berdoa jika awak dijodohkan lagi, doa Allah jodohkan awak dgn lelaki yg soleh dan bertanggungjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *