Rasa Yang Kembali

Hi Semua. Assalamualaikum dan selamat menyambut bulan Ramadhan. Sebelum ni, aku pernah confess beberapa kali dengan cerita yang pelbagai. Aku memang random begitu hahahaha. Adalah satu dua yang sangat personal & benar-benar dari hati.

Cuma confession kali ni, kita santai-santai je lah. Aku cuma nak kongsi happy news. Ada 3 happy news sebenarnya.

(Aku tak share kat kawan-kawan rapat & family aku pun benda ni. Diorang tak tahu sangat pun aku ‘sakit’ – maybe one or two got wind of it, tapi aku sentiasa menidakkan & berlakon sempurna.

Aku risau yang diorang risaukan aku. I hate getting sympathy. So…hehe. Ruang anonymous ni je tempat aku betul-betul jujur)

So, first news is, I’m healing, guys! Dah beberapa bulan aku masuk dalam fasa healing ni. Pencetusnya, mesti korang tak sangka dari mana.

Allah Maha Kaya, pencetus kesembuhan aku sampai tahap begitu steep graf nya ni, cumalah kerana satu video klip pendek wawancara M. Nasir.

Dalam klip video tu, beliau disuruh cerita flashback pasal ‘kesusahan hidup’ beliau dulu-dulu masa baru nak naik. Lepastu, dia macam buat muka petak & tanya balik apa bendanya tu dan dia kata “saya tak faham”.

Rupa-rupanya, M.Nasir nak kata yang masa lalu beliau cumalah satu alur hidup yang telah Allah tentukan buatnya pada masa itu. Dia cuma laluinya sahaja.

Basically, what he wanted to say was, itulah kehidupan. Susah, senang, duka, bahagia atau apa pun ia, itu sekadar alur hidup kita yang telah ditentukan ketika itu dan kita sekadar sedang menjalaninya.

Baru terjentik dalam hati aku, eh betul lah. Things happened. That’s just how life is. Apa yang kita hadap waktu ini memang dah tertulis.

Why should I lament on things that’s just like a drifted leave in the river? Perlu ke kita gigih sangat nak tahan daun tu dari bergerak? Tak. Kita biarkan berlalu sebab itulah alurnya.

Semoga, M. Nasir & hos tu dirahmati Allah atas sebab ini. Aku rasa, bukan aku seorang je kot yang terjentik hati atas jawapan bijak beliau.

Mungkin juga kesembuhan ini atas doa ikhlas commentors di confession aku sebelum ini. Terima kasih, semua. Semoga yang baik-baik juga untuk anda semua.

Berita baik kedua ialah… Jeng jeng jeng… Aku dah move on dari cinta pertama aku. Yang benar-benar erti move on. Tak tersisa sedikit pun kecuali yang baik-baik sahaja. Aku ambil sebagai kenangan manis di usia muda. It’s a prove that I’ve been young, once.

Aku masih rasa berterima kasih kerana dia dah set the bar high untuk aku tahu makna lelaki yang baik itu apa. Tak, aku tak lagi cari bayangan dia.

Aku cuma dapati traits manusia-manusia yang elok budi pekerti ni memang ada persamaannya. Baik lelaki mahupun perempuan. And I’ve been surrounded by these loving people all my life!

Aku patutnya lebih bersyukur & hargai mereka ini semua. Bukan lagi hanya berpaksikan A semata-mata. Thank you, Allah.

Dan A, terima kasih mengajarkan saya makna cinta pertama. Semoga isteri dan keluarga awak adalah cinta terakhir awak sehingga syurga. Aamiin.

Berita ketiga, I think I’ve fallen in love again. Hahahahahha. I’m happy for a fact that I’m no longer numb! Aku dah mampu ada perasaan ini semula.

Aku sampai ingat aku ni asexual dah, sebab semuanya dah tertumpah buat A seorang. Rupanya, hati aku mampu berbunga semula.

Rasa hati aku kembali kembang mekar buat seketul Lan.

Kisahnya, Lan ni dulu satu kolej kediaman. Kami sama batch. Dia ni memang dalam radar aku sebab agak ada rupa. Aktif juga dalam aktiviti kolej kediaman. Cuma, itulah, aku belum sembuh ketika itu. Sekadar memuji satu sosok lelaki yang elok kejadiannya.

Kami tak sama circle sebab course lain-lain walaupun satu school. Kadang-kadang je sama kelas sebab subjek teras universiti.

Circle aku geng budak-budak nerd yang aktif persatuan course. Circle dia geng budak-budak cool yang balance belajar sambil hidup nikmati zaman uni.

Haritu, dia tanya dalam group kolej kediaman batch kami pasal contact beberapa lectures dan subjek-subjek course aku. Rasanya, dia nak sambung belajar kot.

Kebetulan, aku tengah spring cleaning. Aku terus suruh PM tepi sebab masih aku simpan slides, notes & buku-buku course aku elok-elok.

Aku pun memang niat nak sedekahkan tapi tak tahu pada siapa aku nak entrust semua tu. Ngam2 pulak dia bertanya dalam group.

Masa aku save nombor dia tu, nampaklah muka dia. Nah…datang rasa infatuation yang menderu-deru tak tahu dari mana. Sempat aku risik, oh…single lagi. Hahahahah. Boleh teruskan crush tanpa rasa bersalah.

Bila dia berikan alamat penghantaran, lagi sekali aku kagum. Wah…dah jadi abang askar berpangkalan di Perak. Pangkat dah Leftenan. Boleh eh, graduate business admin jadi askar? Entahlah, aku mana tahu hal askar-askar ni.

Gais, aku takkan pursue dia. Sekadar seronok melayan perasaan je.

Sebabnya kan …aku sangatlah tak tahu nak mula dari mana je dengan dia ni. Circle tak sama dulu.

Geng dia pun dulu pernah ada sejarah buat gerakan anti aku tanpa aku tahu hujung pangkal cerita (katanya sebab aku menyombong. Lah… aku memang tak berapa bertegur dengan lelaki. Tepuk dahi sampai merah padam dahi masa aku dengar tu.)

Hatta nama orang yang memulakan gerakan tersebut pun aku tak pernah bertegur sapa. Kawan dia jugak orang tu pun.

Taklah, aku tak berdendam pun. Cuma nak bagitau betapa jauh jaraknya kami ini.

Pulak tu kan, aku aware yang aku sedang dalam fasa healing. Ada turun-naik emosi dan kadang, dibanjiri perasaan euphoric. Aku sangsi, ini betul infatuation atau sebab aku tengah euphoric.

Dan hakikatnya, aku sangat happy sebab aku ada rasa ini kembali je. Aku sampai tak ingat bila terakhir kali aku crush dengan lelaki selepas A dalam hidup aku. Ghisau kadang kat diri sendiri kot-kot dah ter’pelangi’ ke kan. Syukurnya tidak.

Cuma tu lah, kalau Lan approach aku dan ajak ke arah serius, aku takkan menolak. Hahhahaha. Apa salahnya kan. Dah masuk 30 dah kami ni. Mungkin dia boleh ajar aku untuk bercinta lagi. Haritu dia pun kantoi stalk IG aku. ehehehehe

Korang doakan saja yang baik-baik ya! Semoga semua yang baik-baik dan manis-manis sahaja dalam hidup korang. Semoga yang sedang berjuang, disembuhkan. Yang sedang sembuh, semoga kita terus ke hadapan. Yang telah bebas, terus mendoakan.

Sekian, salam sayang.

– V (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *