Marriage Scam

Sekadar awareness kot untuk para wanita yang sedang mencari jodoh di luar sana. Kisah ni berlaku realiti pada diri aku.. 

Aku seorang janda ada anak, sebelum ni aku pernah jatuh cinta dengan seorang lelaki duda ada anak di platform aplikasi cari jodoh. 

Aku pun kahwin dengan dia. Awal-awal perkahwinan aku dapat rasa dia tak cintakan aku sangat. Sampailah satu saat aku rasa dipergunakan… 

Dipendekkan cerita aku dapat tahu dia tak bagi nafkah kat anak-anak dia dah lama. Alasan dia tak mampu dan dia ada petik macam kata-kata ustaz mana aku tak ingat, dia cakap wajib utamakan diri sendiri dulu baru bagi pada anak-anak.

Tapi aku rasa dia sebenarnya masih boleh je bagi at least dalam 50-100 ringgit dulu tiap-tiap bulan untuk anak-anak dia. Sekurangnya nampak la effort dia. Ini takk.. 

Aku cari kerja untuk bantu kewangan dia… Aku pun dah ada anak dengan dia… So total anak dia semakin bertambah… Aku banyak gaduh dengan dia isu kewangan…

Aku dapat tau ex wife dia maki hamun dia sampai block dia sebab dia tak bagi nafkah anak walau satu sen. Dah 5 tahun sekarang ni dia tak bagi nafkah anak-anak dia… Semua yuran sekolah anak-anak dia keluarga ex wife dia la tanggung…

Macam aku ni, yuran taska anak aku yang tanggung sendiri. Dia tak mampu bagi banyak, aku dah letih gaduh dengan dia bab duit. Baik aku usaha sendiri je bayar yuran taska/sekolah anak aku. 

Dah lama kahwin dengan dia banyak sangat isu kami kerap gaduh.. Aku rasa takleh go dah… Kami cerai cara baik… 

Aku bawak diri ke negeri asal aku… Dia masih di takuk lama… Aku pun dah ada sedikit kemajuan dalam hidup… Tapi dia aku dapat tahu dia memburu perempuan lain… Mungkin untuk mencari mangsa baru. 

Firasat aku ternyata betul bila ada seorang perempuan DM aku di IG.. Dia beritahu aku ingin menyelidik latar belakang bekas suami aku untuk kawan baiknya.. Perempuan ni musykil jumpa lelaki ni di fb bersama dua orang perempuan yang berbeza imej dan personaliti. 

Rupanya lelaki ni pernah cerai dua kali dan dia tidak jujur dengan kawan baik perempuan yang mesej aku tu. Aku namakan perempuan tu Linda.

Kawan baik Linda ni mesej aku untuk selidik pasal bekas suami aku tu sebab katanya Linda dah mula sayang pada bekas suami aku… 

Aku tanyakan apa ex husband aku cakap punca penceraian dia… Rupanya ex husband aku cakap dia cerai dengan aku sebab kewangan dan juga sebab aku ada sakit mental.

Aku tanya kawan Linda tu ada ke bukti surat dari doktor yang aku ada sakit mental? Kawan tu cakap takde sebab tu lah dia nak tanya aku sendiri. 

Okay aku tanya kawan Linda ni, ada tak ex husband aku bagitau yang dia ada dua bekas isteri? Kawan Linda cakap tak ada pun bagitau. Dia dapat tau pun sebab cari kat fb. So aku cakap kat kawan Linda, “nampak tak, ni pun dia tak jujur, so nak expect apa lagi?”

Terus kawan Linda tu luahkan la, dia cakap dia taknak kawan baik dia terjebak dengan lelaki macam ni.. Yang nampak baik tapi penipu… Aku tanya Linda tu keje apa, dan macam mana rupa dia… Rupanya Linda ni keje bagus… Rupa pun lawa, badan masih cantik…

Dan aku dapat tahu ex husband aku sebenarnya ramai lagi perempuan lain yang dia tengah kenal dan kawan. Tapi aku hairan macam mana perempuan ni cepat jatuh cinta. Adakah sama cara dan teknik macam aku kena dulu?

Aku cite hal sebenar pada dia. Paling aku takleh brain, nafkah anak-anak dia tak mampu nak bagi, ada hati nak kahwin lagi?

Ke dia memang dah plan nak ambik duit bini je dengan menggunakan kehebatan dan kemahiran manis mulut dia macam aku kena dulu?

Entahlah, aku dah bagitau hal sebenar. Aku cakap kat kawan Linda tu kalau Linda tu masih nak kahwin dengan bekas laki aku, terserah lah pada dia…

Aku pun dah takde hati langsung kat dia walaupun baru je ex laki aku tu pujuk rayu nak get back balik dengan aku… Nampak tak, kalau aku ni gila kenapa nak get back balik? Situ pun dah tak masuk akal.. 

Cuma aku ada pesan kat kawan Linda tu untuk bagitau kat Linda if jadi kahwin, please remind husband to be dia untuk bayar nafkah semua anak-anak dia dan hutang ex wife dan anak-anak dia… Kalau nak hidup tu berkat..

Kalau tak sampai mati pun takkan berkat hidup tak pulangkan semula hak bekas-bekas isteri dan anak-anak dia… 

Aku terfikir adakah ini teknik marriage scam yang terbaru?

Aku ni pun dah trauma nak kahwin lagi. Memang sekarang aku fokus pada kehidupan aku, anak-anak aku, kerjaya aku, pelajaran aku dan ibadah je buat masa ni… 

Semoga wanita di luar sana berhati-hati dengan lelaki… Aku pun ada kisah tentang perempuan yang terkena minyak pengasih/dagu dari seorang lelaki duda.

Moral of the story, nampak baik belum tentu baik dari semua sudut… Selidik dulu…. Jaga hubungan dengan allah dan jaga hubungan dengan manusia. Nafkah anak, hutang ex wife tu semua hak dan hubungan sesama manusia… 

Yang benar,

Wanita Yang Mahu Jadi Seperti Rabiatul Adawiyah.

– Rabiatul Adawiyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *