Sinar Ramadan Ku

Hi aku CAHAYA, 30an, ibu kepada sepasang cahaya mata dan ini cerita SINAR RAMADHAN KU.

Pengenalan awal, aku bekerja dekat selatan tanah air. Office memang 100% bumiputera. Jadinya, setiap hari jumaat akan buat majlis bacaan Yaasin dan lepas habis tu akan jadi sesi perjumpaan dengan Big Boss. Masa ni la waktunya big boss akan heart to heart dengan semua staf bawahan.

Begitulah jumaat silih berganti sepanjang 5 tahun aku kerja situ. Masuk tahun ke 6, awal tahun 2019 masih segar diingatan. Pejabat aku kerja ni dapat arahan dari ibu pejabat untuk pertukaran/kenaikan pangkat 2nd boss kepada big boss aku.

Pada awalnya kedatangan 2nd boss baru ni OKEY sahaja. Tiada perubahan drastik pun dia buat, hanya sambung kerja 2nd boss lama.

Sedikit pengenalan 2nd boss baru ni, dia lelaki, 40an dan warak orangnya dari pemerhatian aku. Solat sunat dhuha tak tinggal dan waktu zohor mesti ke masjid sebelah office. Alhamdulillah… Sejuk perut ibu dia.

Tiba-tiba!!

Ramadhan tiba…

Ramadhan tiba…

Ramadhan tiba…

Haaa macam lagu Opick tu… Tiba-tiba, buat julung kali nya setelah 5 kali aku tempuh Ramadhan dan Syawal ditempat aku cari rezeki ni,

Boleh pula 2nd boss yang warak ni usulkan kepada big boss untuk buat Kumpulan Tadarus Al-Quran yang melibatkan semua staf sepanjang Ramadhan 2019…. big boss setuju dan arahkan list nama by group dibuat ASAP. Masa tu 2 minggu sebelum nak puasa.

Lepas usul diluluskan, esoknya 2nd boss test seorang demi seorang staf lelaki, dan ada sorang staf perempuan yang pandai mengaji test geng gigirl untuk tengok tahap setiap orang macam mana supaya senang agih group dan setiap group ada la ketua macam tu nak semak semak bacaan kan…

Nama pun Tadarus, semak bacaan la bila baca bersama-sama.

Okey aku kan masa test bacaan geng gigirl sorang demi sorang, aku terus buat buat sibuk dengan kerja. Tiba-tiba memanjang je aku call client sana sini sambil sibuk filling memo la, surat la….

Seharian aku berperangai membongak buat buat sibuk ni sampai aku terlepas dari kena test…. Astaghfirullah al Azim…. Bila diingat balik perangai aku time ni rasa macam nak lempang je muka sendiri.

Lusanya pula, list nama by group pun terpampang dekat notice board. Macam nak meletup dada aku baca nama aku dalam group sekian sekian dengan si polan.

Si polan itu adalah staf perempuan yang pandai mengaji dan dialah yang bantu 2nd boss test geng gigirl Mengaji yang aku elak elak dengan sengaja tu… Aduhaiiiii lah dah nasib badan. Okey, staf perempuan ni aku gelarkan KAK M, dia 15 tahun tua dari aku.

Kak M ni dia pun sebenarnya sama warak dengan 2nd boss aku. Cuma ada sedikit lorat la tapi. Banyak la khabar angin bertiupan selama aku kerja situ Kak M ni dia suka menyampai nyampai berita,

Jadinya aku risau masa ni berita aku tak pandai mengaji jadi topik buletin utama pejabat pula…. Aku syak Kak M memang sengaja pilih aku duduk dalam group dia. Mengelak lah lagi an. Hahahaha

Lepas dah reda rasa nak meletup dada terus terbit penyesalan…. Dulu mak ayah hantar kelas mengaji FREE aku ponteng, sekolah agama petang tak pergi atas faktor pendapatan keluarga tak mampu bayar tambang bas walaupun tahun 90an masa tu semua murah kan.

Habis dah ayah gaji kecik, Mak suri rumah, adik bersusun paku… Hmmmmm. Aku bernasib baik dan bersyukur aku kenal huruf jawi, boleh baca walau merangkak… Cuma Al Quran kan ada baris pada ayat itu yang aku tak pandai.

Bacaan dalam solat yang 13 rukun tu semua?? Haaaa mesti ada yang terdetik kan bila aku cakap aku tak pandai Mengaji. Yang ini semua kuasa Allah SWT, dekat sekolah rendah aku bukan lah bijak pandai tapi aku seorang fast learner dan jenis menghafal…

Dekat sini aku guna kebolehan ini dengan faktor usia muda senang ingat kan, aku follow betul2 apa Ustazah ajar bab solat. Alhamdulillah selesai bab ini. Mengaji Al Quran je failed. Sedih!!

Berbekalkan rasa penyesalan, aku balik kerja ajak suami pergi kedai buku cari Al-Quran yang ada terjemahan dan rumi per kata tu.

Sebab mustahil dalam berbaki 2 minggu suami mampu ajar dan aku lancar membaca. Suami cakap mungkin ini masanya aku belajar Mengaji semula dari basic.

Ya, suami aku ingatkan lama dah bila dia tahu kelemahan aku yang satu ni, tapi sering aku sambil lewa. Berganda ganda rasa penyesalan aku. Aku tak salah kan suami. Yelah, nak berubah ni kena diri sendiri juga yang bergerak kan.

Menjelang hari Tadarus berdebar debar rasa. Mengigil pun ada pegang petunjuk Al Quran tu. Tapi lagi sekali Allah SWT Maha berkuasa, menutup aib hambaNya yang hina dan lemah ini. Masa part aku mengaji tu Kak M tekun mendengar satu persatu,

Aku follow betul betul ayat rumi perkata tu, panjang pendek entah kemana tak boleh nak detect kalau tengok yang rumi tu. Mana sabdu, mana dengung aku tak tahu. Baca je semahu aku. Kak M hanya mengangguk sahaja.

Ahli lain, dorang pun ada gagap, ada lancar, tapi semua tengok Al Quran betul, dorang boleh Mengaji la kiranya banding kan aku. Sejuru habis je baca dan group bersurai… Kak M tarik aku ke tepi jauh dari semua orang.

‘CAHAYA…. Esok akak nak bagi hadiah kat kau…. Tunggu ya…. “

Esok tu masuk kerja ada 1 bungkusan cantik dah macam birthday present pula atas meja kerja aku. Nak kata birthday aku, lambat lagi. Aku pun buka, dengan terkesimanya dalam tu ada buku Marilah Membaca Iqra’ 1-6 ikhlas dari Kak M untuk CAHAYA with love.

Nota ringkas buat aku.

2024 fast forward lah terus dah panjang sangat. Maaf ya semua.

Ramadhan 2024 lagi sekali group Tadarus dibuat, seperti tahun sebelum sebelum ni. Dah jadi acara wajib tahunan office aku dah sejak 2nd boss usulkan tahun 2019. Jadi masa covid melanda kan kena PKP, bila kena WFH pun buat juga Tadarus secara online.

Bertitik tolak dari pemberian Iqra’ dari Kak M, dengan rasa malu dengan diri sendiri dan rasa ingin berubah dengan izin Allah SWT aku cari guru Mengaji online aku belajar semula secara talaqqi online dengan Ustazah tu.

Aku mula dari zero…. Alif Ba Ta dan seterusnya, aku belajar kenal sifat huruf hijaiyah, aku belajar tajwid : fathah, dhommah, tanda tasydid dan semua asas tu dengan Iqra’ pemberian Kak M.

Manis betul rasa masa tu, aku isi masa terluang masa PKP Covid19 dengan belajar Mengaji Iqra’ sampai aku lancar naik Al-Quran, aku beli Al Quran Al Karim dengan panduan Waqaf dan Ibtida’ cetakan Telaga Biru hadiah buat diriku bila Ustazah kata dah boleh naik Quran.

Aku bangga dengan diri aku walaupun proses pelajar tua macam aku ni amek masa sedikit lah, lambat pickup….

Aku bersyukur Allah Maha Baik, mencampakkan kesedaran untuk mencari Ilmu membaca Al Quran ni dengan menghadirkan watak 2nd Boss Warak dan Kak M sebagai pencetus kepada semua ini. Takdir Allah dalam hidup aku, walaupun lambat dah 30an baru nak sedar.

Sekarang, hikmah dari semua ini anak aku sepasang ni aku dah hantar kelas Mengaji seawal mungkin. Cukup masa tak pakai pampers dan petah bercakap aku dah hantar Mengaji.

Si kakak, dalam tahun ni InsyaAllah naik Al Quran dah. Si adik pertengahan Iqra’ 3 dah. Aku tak nak anak2 alami nasib sama dengan aku. Buta Al Quran macam sebelum ni. Sangat rugi.

Dalam perjalanan sampai tahap sekarang ni, aku tak salah kan Mak ayah aku tak usaha paksa aku ke dulu dulu kan, lagi pun dorang dah usaha hantar, aku yang pilih ponteng. Semua dah tertulis.

Aku selalu doakan arwah ayah dan Mak aku diampuni dosa mereka. Setiap kali Mengaji, aku hadiah kan doa buat mereka berdua. Itu yang aku mampu.

Sekian. Semoga Al Quran hidup dalam rumah dan tiap jiwa kita yang beragama Islam. Inilah kitab kita, kalam Allah buat pedoman kita semua…. Semoga AL Quran yang kita baca ini menjadi bekalan tambahan dan saksi Di akhirat sana.

Salam sayang.

– CAHAYA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *