REPLY: Muhasabah Buat Isteri Tersakiti

Assalamualaikum semua. Tujuan luahan aku adalah berkaitan luahan https://iiumc.com/muhasabah-buat-isteri-yang-tersakiti/

Aku 40an, tak berkahwin dan sangat bahagia dengan segala yang aku miliki. Aku anggap rahmat terbesar dari Allah swt aku membujang tanpa perlu hadap jerih perih perempuan berkahwin.

Bukan ape. Tak jumpa dah wanita sekarang yang dihargai macam zaman mak-mak dulu. Alhamdulillah aku tak pernah rasa sunyi. In fact aku kesian tengok kawan-kawan yang penat serabut tapi tak dihargai.

Sebab itu, aku tak setuju masyarakat lebih-lebih lagi wanita menyuruh sesama wanita berlapang dada bila suami curang dan nak poligami dengan alasan memang itu fitrah lelaki.

Fitrah wanita suka benda cantik dan hidup senang, yang mana memerlukan wang yang banyak. Yelah nak cantik pun untuk lelaki kan. Setakat hantaran 10k, tak mungkin la cukup bertahan jadi cantik sampai 10 tahun.

Dan tak heran lah bila lelaki cantik makin ramai, wanita suka tengok. Macam kpop tuh. Comel mengalahkan pompuan, tak jemu mata memandang walaupun mungkin cantiknya tak semulajadi

Persoalan aku, kenapa tak terima fitrah wanita? Jangan harap lelaki, wanita sendiri pun salahkan wanita. Mungkin dah di brainwash dari kecil untuk jatuhkan sesama sendiri?

Pernah ada satu kes bunuh isteri dan anak di Malaysia dikatakan puncanya isteri asyik minta duit. Kenapa marah bila wanita asyik mintak duit dan belanja wang yang banyak untuk cantikkan rumah, diri sendiri dan anak-anak?

Satu lagi fitrah wanita ialah terlebih emosi. Mudah tersentuh hati. Itu semua Allah’s design. Semulajadi memang begitu. Yalah tiap tiap bulan hadap hormon dan darah memancut turun naik, tak boleh memandai nak ubah nanti berdosa.

Kenapa kahwin kalau tak mahu terima fitrah wanita? Siapa anda nak persoal ciptaan tuhan? Hukum mana yang kata fitrah lelaki perlu difahami, fitrah wanita buat tak peduli?

Ya, aku setuju bab poligami. Lelaki tanggungjawabnya banyak dan dia diberi kuasa sebagai ketua dan boleh berkahwin empat. Hukum Islam dah tetapkan camtu, terima je lah.

Yang aku tak setuju, isteri tanggung tugas suami untuk sara keluarga, jaga keluarga dan buat kerja rumah. Itu bukan hukum. Itu adat dan norma masyarakat yang merosakkan agama.

Aku juga setuju wanita belum berkahwin yang cuba kahwin dengan lelaki orang. Tak berdosa pun, memang islam yang benarkan. Berdosa lah kalau berkhalwat berzina bagai.

Paling afdal wanita ni cuba secara berhemah supaya tak usik hak dan kemaslahatan orang lain.

Aku tak setuju kalau wanita dilabel penyondol perampas ni tak hormat bini tua dan buat sampai suami gadai harta, kebahagiaan dan hak bini tua untuk kepuasan bini muda. Yang ni patut diperangi habis-habisan.

Nak salahkan isteri tak pandai jaga suami sebagai punca suami curang? Sepatutnya suami yang jaga isteri yang kudratnya tak seberapa dan kena mengandung beranak lagi. Suami yang kena pandai ambil hati isteri yang banyak hormon.

Tugas isteri, layan dan taat suami. Diulang. Layan dan taat mengikut landasan Islam. Bukan Melayu, tapi Islam.

Malulah suami yang berkira nak pakai duit sendiri tapi tak segan biar isteri berhabis duit untuk family.

Malulah suami yang isteri penat urus anak kemas rumah tanpa gaji sesen, dituduh pula isteri hanya mengangkang habiskan duit suami.

Malulah suami yang tak mampu urus rumah tangga, diserah bulat-bulat tanggungjawab kepada isteri tanpa peduli hukum agama. Ada masalah semua disalahkan isteri tak pandai.

Bila isteri penat bekerja, diwajibkan pulak isteri hulur duit dan harta kena bantu suami. Hukum manusia memang hancur, tak boleh pakai. Untung kat sebelah pihak je. Gunalah hukum Islam, dah cukup perfect.

MasyaAllah.. siapa sebenarnya ketua keluarga? Siapa sebenarnya patut penat. Siapa sebenarnya patut dibela? Siapa sebenarnya Allah bagi kekuatan fizikal dan kelemahan emosi?

Cuba muhasabah. Kerajaan (ketua) yang harapkan rakyat (isteri) penat, sakit hati dan berhabis duit untuk selamatkan negara. Kerajaan yang wajibkan rakyat susah demi kayakan kerajaan. Anda mahu undi? Anda mahu sokong?

Berlapang dada lah jika isteri emosi dan minta cerai jika suami curang. Lebih tenang hidup tanpa pergaduhan lagi-lagi untuk pembesaran anak. Sanggup ke suami tengok isteri berdosa tak taat, tak bagi nafkah batin?

Berlapang dada lah jika isteri kedekut tak bagi duit untuk bantu keluarga. Duit isteri memang hak dia. Sakit isteri mengandung dan beranak bukan suami tanggung. Teman isteri pergi chekup baby pun baran. Sanggup ke suami biar isteri papa kedana takde duit?

Berlapang dada lah jika isteri baik tapi tak mahu buat kerja rumah, bukan tanggungjawab isteri. Isteri tu tetap tak boleh kahwin empat. Sanggup ke suami biar isteri penat, muka pun sembap?

Berlapang dada lah jika isteri ada yang lain. Itulah ujian untuk suami cantikkan dan muliakan akhlak diri sendiri.

Berlapang dada dan terimalah fitrah wanita dan perempuan.

Semua ciptaan Allah jua. Semua kena muhasabah. Sekian.

– Andartia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *