Antara Setia Atau Berpisah

Hi, Aku Dahlia. Aku nak cerita dalam masa yang sama boleh beri nasihat yang sepatutnya apa yang perlu aku lakukan.

3 minggu lepas aku dapat tahu bahawa suami aku chat dengan perempuan lain. Pada awalnya aku biarkan kerana chat mereka hanya biasa-biasa. Tetapi dalam hati ini sedih kerana suami buat perangai sebegitu.

Namun minggu lepas aku senyap-senyap baca chat mereka. Ya Allah betapa remuknya hati ini apabila mendapati chat mereka itu sudah ke arah zina. Chat mereka berkisarkan seks dan perempuan tersebut mahu berjumpa dengan suami aku.

Aku menangis semahu-mahunya. Aku buat seperti biasa. Aku tak mahu serang suami aku lagi kerana ingin mengatur strategi dahulu. Buat pengetahuan semua, suami aku seorang yang pandai berkata-kata.

Apabila kami bergaduh, dia akan meletakkan kesalahan atas bahu aku. Aku tidak berdaya untuk melawan Tetapi aku sungguh tidak kuat. Aku suarakan aku ingin mencari pendapatan sampingan dengan menjadi personal tutor.

Suami aku marah dengan alasan aku tidak pandai jaga diri. Katanya kemungkinan aku akan berseorangan dengan lelaki dalam rumah apabila aku pergi ke students.

Tidak tahan amarah, akhirnya aku bertanyakan siapa perempuan yang selalu dia chatting. Aku berfikir mungkin suami aku akan terkejut dan mengaku bersalah. Namun sebaliknya yang berlaku. Suami aku marah aku kerana aku memeriksa phone dia tanpa izin.

Bahkan dia menyalahkan aku semata-mata. Dia mengatakan dia chatting kerana aku tidak melayan dia sebagai seorang suami. Aku tidak melaksanakan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri.

Hati aku berkecamuk. Riak muka suami aku langsung tidak menunjukkan riak bersalah. Aku juga menyuarakan bahawa aku pernah pergi ke pejabat agama untuk mendapatkan kaunseling.

Lagi sekali aku dimarahi kerana aku sanggup membuka aib dan tidak menjaga air muka dia sebagai seorang suami.

Ada benar katanya, aku selalu menolak hasrat suami aku untuk bersama dengan alasan aku letih bekerja seharian. Aku mengaku aku bersalah.

Aku cuma terkilan apabila suami aku sanggup berchatting dengan perempuan lain berkenaan seks. Suami aku tidak membenarkan aku menyimpan nombor rakan sekerja lelaki. Bahkan tidak membenarkan aku bersembang dengan mana-mana lelaki termasuk abang ipar aku sendiri.

Aku turuti kerana aku hormat dia sebagai seorang suami. Namun apabila dia chat dengan perempuan lain boleh pulak. Katanya dia lelaki dan dia mampu menjaga dirinya tidak seperti aku. Aku sedih.

Buat pengetahuan semua, aku terlalu sedih kerana aku banyak membantu suami aku dari segi kewangan memandangkan suami aku seorang usahawan. Jadi, suami aku tidak mampu membayar keperluan kami sekeluarga. Aku tidak kisah. Aku hulurkan gaji bagi meringankan suami aku.

Tetapi apa yang aku dapat hanyalah kecurangan. Aku terlampau sedih suami sanggup chat dengan perempuan lain sedangkan aku membantu dia membayar sewa rumah dan hutang spaylater sebanyak RM500 lebih setiap bulan. Padahal gaji aku tidaklah besar mana, RM1500 sahaja sebulan.

Aku juga membayar duit kereta RM400 setiap bulan. Aku benarkan suami guna kereta aku untuk dia pergi bekerja. Namun, aku menyesal sekarang aku banyak habiskan duit untuk menolongnya sedangkan dia sedap-sedap melayan perempuan lain.

Semasa pergaduhan, aku utarakan yang aku ingin berpisah tetapi aku masih lagi waras jadi aku batalakan hasrat aku untuk berpisah. Sekali lagi aku dimarahi, aku dicop sebagai seorang yang tidak mengenang budi.

Dia beranggapan aku tidak bersyukur kerana dia sanggup menjaga anak-anak tatkala aku pergi bekerja.

Benar dia seorang bapa yang bertanggungjawab terhadap anak-anak namun perbuatannya tidak dapat aku terima. Perempuan mana sanggup dicurangi

Bantulah aku..

– Dahlia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Anak ada berapa..
    Pergi saja. Tak guna menanggung beban begitu sementara awak masih muda dan belum terlewat. Mereka hanya tahu salahkan perempuan atas kelemahan mereka.

  2. aik…usahawan tak ada duit ke? dah kenapa isteri gaji kecik nak kena tanggung pula? usahawan tak berjaya la ni. tak apa, cuba tambat balik hati dia. kalau masih sama, angkat kaki jelah dik.

  3. Kau tanya lagi nak buat apa??? Bercerai jela. Kumpul bukti dia mesej dengan perempuan tu ke arah seks. Memang belum berzina tapi perbuatan dia mendekati zina. Dan dia takde rasa bersalah, malah menyalahkan awakk. Tolonglah jangan lemah dan baik sangat. Dahla awak byk support dia tp dia tak kenang budi sebaliknya tuduh awak yg tak kenang budi. Please wahai wanita, jangan mudah kesian dan memaafkan utk 1000 kali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *