Salam semua saya hendak berkongsi kisah mengenai kisah saya mengenai lelaki yang tidak sedar diri.
Perkongsian ni terjentik bila saya terbaca kisah artikel Disondol Suami Bos (https://iiumc.com/disondol-suami-bos/) dan kisah Disondol pensyarah sendiri (https://iiumc.com/disondol-pensyarah-sendiri/).
Sebab saya alami kedua-duanya sekali dan saya bersyukur ada seorang Insan yang saya namakan Jaka membantu saya dan insan-insan lain yang menepis lelaki lelaki jenis begini.
Aku dan Jaka merupakan schoolmate di sekolah menengah dan bersama-sama dapat Matrikulasi di tempat yang Sama. Kami tidak bercinta namun kami berkawan baik.
Jaka ni simple kind a guy dan segalanya adalah sederhana tak kira penampilan dan perwatakan buat aku. Dan ditakdirkan kami masuk ke Universiti yang sama walau pun dalam jurusan yang berbeza.
Alkisah ketika tahun kedua pengajian adalah seorang pensyarah ni yang dia nampak sangat kegatalan dia nak menyondol aku.
Aku namakan pensyarah ni sebagai Dr. FS dan effort dan ‘harassment’ dia hampir sama dengan kisah di kongsi oleh Suhana sehinggakan aku tertekan sangat.
Sehinggalah roomate aku Sakinah (bukan nama sebenar) bagi idea yang minta tolong Jaka ‘berlakon’ jadi tunang aku masa aku berjumpa dengan Dr.FS ni (sebab aku nak end it all sebab penat menolak ajakan dia).
Cut it short Aku, Sakinah dan 2 orang lagi kawan aku (Kat dan ieka) jumpa Jaka dan yang banyak cerita pasal plan ini adalah dorang bertiga aku dan Jaka hanya berdiam diri jak.
Dan lepas mereka bertiga cerita Jaka tanya aku dia okay tak dengan rancangan ini (buat aku keliru plak… Dia yang minta tolong aku ker aku minta tolong kat dia).
Aku cuma cakap aku tertekan dan harap masalah ni selesai dengan cepat… Jaka hanya cakap boleh dan dia usaha sebaiknya tuk berlakon.
Maka hari aku setuju keluar pun tiba. Sakinah, Kat dan ieka pun ada tak jauh dalam restoran.
Maka datanglah aku dan Jaka masuk ke restoran tadi bersama… Dr. FS nampak agak kecewa marah dengan kehadiran Jaka bersama aku.
Dengan tenang Jaka bersalam dengan Dr. Fs memperkenalkan dirinya.
Jaka cakap dia tunang aku dan selalu kemana aku pergi dia akan berada disisi sebab ‘Amanah’ ayah aku untuk menjaga aku. Pelbagai soalan Dr.
FS mengenai perancangan masa hadapan kami berdua tapi Jaka tenang menjawab soalan Dr. FS dan siap mengatakan keluarga kami berdua merupakan asbab jodoh kami.
Dr. FS siap mempertikaikan kemampuan dia menanggung aku bila bernikah nanti, namun Jaka tenang menjawab dan aku takkan lupa setiap patah perkataan dia jawap tu,
‘Setiap kita dipertemukan ada sebab antara sebagai teman, lawan atau pengajaran. Begitu juga rezeki ia boleh menjadi teman boleh jadi lawan boleh jadi pengajaran.
Kerana sudah tertulis apa yang berlaku dan apa yang diterima kia hanya perlu jalani sahaja sebab semua ini pinjaman sahaja.
Oleh kerana ia pinjaman mungkin apa yang dipinjamkan kepada kita ada di ambil semula untuk diberikan kepada hambanya yang lain’.
Aku dan Dr. FS terkedu dengan kata-kata Jaka dan aku ingat lagi Dr. FS mohon maaf kepada Jaka sebab ‘mengganggu’ yakni ‘tunang’ dia.
Jaka hanya mengangguk dan sama memohon maaf kepada Dr. FS kerana mungkin perilaku aku gerak gaya aku membuat dia salah faham.
Aku shock wei betul-betul shock dengan gaya dia. Kami bertiga beredar dan Jaka memastikan aku dan kawan aku kembali kerumah sewa dengan selamat.
Lepas daripada kejadian itu tipulah aku takda tak tertarik pada Jaka. Namun dia text aku bila urusan aku dan Dr. FS selesai maka janganlah lagi dia jadi ‘pelakon tunang aku’ takut fitnah katanya.
Namun dia memberitahu kalau ada apa-apa bantuan yang perlu katakan sahaja dia sedia membantu semampunya.
Masa berlalu sepanjang pengajian aku dan Jaka hanya berkomunikasi melalui text dan kalau terserempak baru berjumpa.
Tapi Jaka meminta kalau boleh jangan banyak text dia bukan sebab mengacau tapi takut menimbulkan benda-benda yang membawa kemudaratan.
Rezeki kami berdua berjaya menamatkan pengajian bersama dan berjaya mendapatkan pekerjaan tidak lama selepas itu.
Aku pun tak tahu adakah ini ujian sebab office aku dan tempat kerja Jaka tak jauh dan lawaknya kami berdua menyewa di blok pangsapuri yang sama.
Aku tahu Jaka tak membeli kereta dan hanya bermotorsikal untuk turun kerja dan aku pergi kerja dengan kereta yang di wariskan oleh abang aku (viva jer)
Jadi kalau hujan aku menawarkan hendak hantar dia kerja banyak kali dia menolak namun aku berkeras juga sebab kononnya aku nak balas budi dia masa study dulu.
Akhirnya dia terima juga tawaran aku adalah sekali dua dia ikut.
Masa aku mula kerja office mate aku dah warn siap-siap yang bos kitaorang ni gatal nak tambah cawangan dan seperti di duga dia start kacau aku…. Namun aku bersyukur sebab officemate aku banyak selamatkan aku.
Bila boss minta stayback aku minta dorang temankan aku. Boss aku bising lah konon dia nak aku buat kerja tu bukan kawan aku tapi aku buat tak peduli.
Surprise gift jangan cerita lah banyak aku terima siap aku sengaja buang depan mata kalau makanan aku dapat aku bagi kat makcik cleaner sebab officemate aku pun taknak makan takut kena letak guna-guna.
Semua text boss aku dan phone call boss aku kat aku aku record dan siap aku bagi tahu dekat HR.
Aku bertahan kat syarikat tu bukan apa sebab nak cari peluang lain kalau ada terbuka. Sehinggalah satu tahap boss aku sengaja rancang nak outstation dengan aku.
Aku tolak sekeras kerasnya tapi bossku berkeras juga sehingga dia ugut nak buat report kat HR kononnya aku insubordinate. Aku masa tu dah tak tahan aku hubungi Jaka dan minta bantuan.
Dia cakap minta atur pertemuan antara dia aku HR dan boss aku. Aku usahakan dan maka diadakan pertemuan itu.
Sekali lagi Jaka berlakon menjadi tunang aku.
Sebelum HR datang (ditakdirkan HR lambat sedikit sampai) boss aku menyoal pelbagai soalan kepada Jaka mengenai kemampuan dia menjaga aku (beginilah sifat orang kaya dan berharta ingat dengan semua itu dia dapat apa yang dia hendak).
Jaka tenang sahaja menjawap semua soalan boss aku ni dan mengulang semula ‘dialog’ yang dia pakai masa dengan Dr. FS.
Bila HR datang boss aku tetap dengan pendirian dia yang aku kena ikut cakap dia mengenai outstation tu. Dengan tenang Jaka menepis setiap keegoan boss aku.
Siap dia cakap aku akan buat laporan kepada jabatan buruh dan polis sebab gangguan oleh boss aku dan menunjukkan semua bukti text boss aku dan rakaman perbualan aku dengan boss aku. HR aku menggeleng kepala.
Rupa rupanya bukan sekali dua boss aku buat begini dan sebenarnya tuan punya syarikat aku kerja ni adalah isteri boss aku.
Boss aku dah menggelabah sebab dia tahu HR akan call isteri dia dan start nak pujuk HR aku dan Jaka dengan menyogok dengan wang.
Jaka dengan tenang tetap meminta HR menghubungi isteri boss aku dan itulah HR lakukan.
Lebih kurang 30 minit begitu isteri boss aku datang dan pada pandangan aku dia jauh lebih cantik dari aku walaupun beza umur aku dengan dia hampir 14 tahun begitu.
Boss aku sekali lagi menggelabah dan mula berdrama kononnya aku goda dia tapi isteri boss aku tak terima jawapan boss aku tu.
Jaka dengan tenang terangkan apa yang berlaku bersama-sama HR dan aku pula masa tu dah tawar hati nak kerja di syarikat tu sudah.
Dan pada hari tu juga aku nyatakan aku berikan notis untuk berhenti kerja. HR dan isteri boss aku faham akan kemahuan aku dan aku bersyukur diberikan sedikit pampasan dan lebih dari biasa disebabkan kegatalan boss aku.
Semua yang berlaku pada waktu itu recorded dan bertulis sepertinya isteri boss aku tengah kumpul bukti untuk minta cerai dengan boss aku di mahkamah.
Di minggu pertama aku tak berkerja nampak sikit Jaka ambil berat dengan aku walau bukan dengan perkataan tapi perilaku.
Dia singgah unit pangsapuri aku beri makanan pastu dia bersama aku mencari pekerjaan untuk aku. Tapi adakah ini jodoh atau ujian sebab aku diterima berkerja di syarikat dia kerja walaupun jabatan yang berbeza.
Selepas aku mula berkerja di tempat baru Jaka kembali lagi seperti dahulu hanya menghubungi aku bila perlu atau aku yang menghubungi dia. Tapi terus terang aku dah ada sedikit perasaan kat dia.
Sehinggalah suatu hari aku tak mampu bendung perasaan ini dan aku berjumpa dia face to face dan katakan aku ada perasaan dengan dia…
Dia hanya senyum lagi dan bagi ayat aku ingat ‘ betul perasaan itu timbul sebab ALLAH berikan namun syaitan bijak menipu daya perasaan ini yang membawa kemudaratan…
Tipu lah saya tidak ada terjentik namun cinta sebenar adalah kepada pencipta kita’. Waktu tu aku sedih sebab macam aku ni terhegeh dan tidak tahu malu.
Namun tiba-tiba dia menambah. ‘Izinkan kita berdua mengejar cinta kepada sang pencipta dan moga-moga diberikan pinjaman untuk kita bersama’.
Pastu dia bagitahu dia minta peluang 40 hari untuk dia mencari jawapan iaitu kepada Allah dan nasihatkan juga aku berbuat begitu kerana dia bagitahu ALLAH mahukan terbaik buat hambanya.
Dan sekarang adalah hari 21 dan perasaan itu semakin kuat kepada Jaka dan setiap doa aku hanyalah ‘andai ia baik kepada aku permudahkannya dan buruk buat aku maka jauhilah dia’ – doa yang Jaka minta aku ucapkan sebab dia pun begitu….
Selama 21 hari ini Jaka takda ada berjumpa dan aku perasan dia cuma lihat aku dari jauh sepertimana aku juga. Hingga 40 hari berakhir akan aku bagi tahu jawapannya….
Semoga semuanya akan baik-baik sahaja.
– Marni (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Nak sambungan pleaseeee