Jangan Memaksa Takdir

Hi, nama aku Ifa (bukan nama sebenar), berusia 30 tahun, seorang penjawat awam berasal dari semenanjung dan berkhidmat di borneo, dan juga seorang ibu tunggal anak dua. Ini kisah aku secara ringkas yang aku cuba ringkaskan.

10 tahun lepas, sewaktu di peringkat diploma pengajian, aku terjatuh hati pada seorang hamba Allah yang kelihatan kalis api neraka (perli level dewa haha).

Senang cakap, muka dia pun orang nampak dia ni jenis budak baik, jenis ahli masjid dan bila aku stalk dia dia sosial media pun, memang sejenis islamik, termasuk mak ayah dia.

Mak dia siap pakai purdah uolls, ayah dia pun pakai jubah 24 jam. Ha lebih kurang gitulah, bertapa islamiknya keluarga ini.

Aku pula asalnya dari keluarga biasa. Dan aku memang nak mencari keluarga in law yang “islamic”.

Ni matlamat aku 10 tahun lepas. Sebab aku jenis happy-go-lucky, meriah, friendly dan agak merepek (tak serius).

Jadi, kembali kepada fitrah, aku nak kembali pada islam yang indah. Jadi aku betul-betul nak sebuah keluarga yang islamik. Paling-paling busuk pun sejenis berjemaah solat. Ni impian aku 10 tahun lepas lah.

Lepas aku jumpa A tu, hidup aku berubah ye. Sebab aku susah untuk suka orang.

Bila dah suka, aku jenis nak memiliki. Aku struggle berdoa minta pada Allah, bagilah dia jodoh aku.

Kami berkawan biasa pada mulanya, ntah macam mana, dia pun suka dekat aku, maka terjadilah kawan yang bukan lagi biasa. Masa kami berkawan tu, memang kami dah bersetuju untuk berkahwin.

Tapi, keluarga dia tak suka aku. Sebab aku tak islamik yang selevel dengan diorang.

Konon aku ni tak kayak untuk anak diorang yang level da’i, imam muda semua tu. HAHA.

Aku biaser jur. Muka pun bukan type-type wanita solehah kalis api neraka.

Banyak sangat red flag, tapi aku ignore. Aku tetap dengan kegigihan aku berdoa minta kami berjodoh dan boleh kawin.

Level gigih aku minta dekat Allah kan, berbulan-bulan setiap malam aku bangun tahajud, setiap malam aku perform solat sunat hajat 12 rakaat. Kadang tu siang pun aku buat solat sunat hajat 12 rakaat.

Memang aku terlalu meminta pada Allah untuk takdirkan aku dan A, walaupun sudah jelas, terang dan nyata semua famili dia tak suka aku. Entahlah, aku punya keyakinan masa tu, Allah yang pegang hati manusia.

Dan aku yakin, dengan diri aku yang jenis pandai ambil hati orang, one day orang akan suka dengan aku. Prinsip aku tak nak kalah betul 10 tahun lepas.

To be short, Allah kabulkan doa.

Kami kahwin juga masa aku sem akhir diploma. Bila dah kahwin aku try hard ambil hati semua orang.

Ni lah benda paling bodoh aku buat dalam hidup. Memaksa orang yang dari awal tak suka aku, untuk terima aku.

Serius cakap, aku lah manusia paling bodoh selama 10 tahun. Aku buat macam-macam untuk orang suka aku, selalu belikan hadiah, selalu wish ucapan sweet-sweet dan selalu belanja makan.

Walaupun aku belum kerja lagi. Tapi semua tu langsung tak dihargai.

Orang ignore je aku. Tapi apa aku bagi, muka tak malu– ambil.

Diorang memang torture aku secara silent treatment. Kalau buat apa-apa program tak pernah invite aku.

Bayangkan setiap bulan diorang akan celebrate birthday family member (termasuk biras aku dan cucu-cucu mereka) tapi birthday aku dan anak aku tak pernah sekali diorang celebrate. Wish pun tidak.

Kalau pergi berjalan (family day) lagilah tak pernah ajak aku. Biasanya diorang akan cerita jer, tanpa ada ajakkan untuk join.

Bila start moment-moment macam tu, hati aku yang strong mula rasa sakit. Aku dah mula simpan dendam dan kecewa.

Aku dah mula tak ikhlas untuk buat kebaikkan. Lalu aku, berhenti dengan kebencian.

Kebencian mula muncul bila mana satu hari aku relapse dengan depression. Dan masa tu aku hilang kawalan dan kewarasan.

Aku rasa macam nak bunuh diorang. Lepastu famili diorang terus buat laporan polis sebab aku wasap cakap nak bunuh diorang.

Walhal aku sendiri tak sedar apa berlaku. Ni pun aku tahu selepas 3 tahun berlalu isu tu, mak ayah aku yang cerita semula.

Selepas aku relapse, keadaan menjadi berubah, masa ni lah seseorang yang aku doakan sebagai jodoh rupanya yang tinggal hanyalah bodoh. Dan akhirnya, setelah fighting demi fighting, perkahwinan kami dibubarkan.

Lepas divorce, aku try flashback balik perjalanan hidup aku dengan Tuhan. Masa aku nak dia jadi jodoh aku, aku rasa seolah-olah aku memaksa takdir.

End up, divorce. Takdir tak menyebelahi aku.

Aku yakin yang aku pilih tu kerana agama, rupanya hipokrik semata-mata. Sembang ja kemaih cakap tahajud tak tinggal, tapi solat jumaat pun lompong lompang.

Dipendekkan, sejak konflik dengan ex aku, aku betul-betul dah tak berminat dengan mana-mana lelaki. Memang plan nak hidup sendiri dan besarkan anak-anak je.

Tapi, pada suatu hari, seorang kawan aku yang aku sangat percaya telah membuat onar HAHA dengan memperkenalkan abang dia kepada aku. Level dewa punya melobi abang dia sampai aku TERsuka.

Dan paling tak boleh dibawa berbincang, famili dia pun semua terima aku dan anak aku. Tapi, aku belajar dari kesilapan yang lalu, jangan memaksa takdir.

Bila abang dia reject aku, abang dia sendiri cakap dia tak terima aku untuk berkenalan lebih jauh, oh myyyy… sakit rupanya kena reject.

Sebab aku dah tak nampak masa depan aku yang aku boleh buka hati untuk menyukai sesiapa, tapi bila terjadi aku rasa macam amaze, aku boleh terima lelaki lagi cuma ujiannya lelaki itu tidak menerima aku.

So? move on je lah jawabnya.

HAHAHA Tapi kalini aku dah tak memaksa takdir, walaupun aku berharap sangat dia jodoh baru sampai syurga.

Bila aku berdoa, bila aku istikhoroh aku akan cakap dekat Allah, kalau dia jodoh aku buka pintu hatinya untuk aku, tapi kalau dalam takdir Allah dia buat jodohnya gantikan dengan yang jauh lebih baik daripadanya sehingga aku boleh melupakan dia.

Aku dah takut nak berdoa macam dulu, bersungguh nak kan A, bila Allah kabulkan aku yang merana sendiri.

Akhirnya makan diri aku. Jadi kalini aku betul-betul ajar diri untuk berdamai dengan takdir dan ubah cara berdoa, aku betul-betul tekad berpegang pada ayat quran

“Sesuatu yang Allah ambil atau hilangkan Dia akan gantikan dengan yang sama atau lebih baik” dan “Boleh jadi aku menyukai sesuatu padahal ianya buruk bagi aku, dan boleh jadi aku membenci sesuatu padahal ianya baik bagi aku”.

Walaupun ada setitik rasa kecewa kena reject HAHAHA, but is ok, janji Allah mana pernah dusta.

Doakan aku ya, kalau bukan jodohku masih ada di dunia, semoga yang indah dan baik-baik saja takdir untuk aku dan anak-anak sampai syurga.

– Ifa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *