Aku Jela Yang Selfish

Luahan ini ditulis setelah aku rasa bom jiwa terpendam aku dah penuh tinggal tunggu nak meletup.

Aku faham biasa memang mak bapak ni akan ada anak favourite. Tapi kalau sayang atau nak lebihkan yang seorang tu, janganlah pula sampai menyusahkan yang seorang lagi.

Aku ni baru siap masak untuk makan tengahari di rumah mak mertua aku. Aku menantu sulung, berkahwin dengan anak sulung yang semua adik beradiknya lelaki.

Aku memang faham dan hadam yang anak kedua keluarga ini bersama isteri dan anaknya adalah yang paling menjadi kesayangan. Tapi aku tak lah amik hati sebab pada aku ikut kamulah asalkan jangan menyusahkan aku.

Aku faham anak kedua, yang aku gelarkan Ipin ni jadi kesayangan sebabnya hampir setiap hujung minggu dia balik kampung. Menjengah orang tua, ajak belanja dan sebagainya.

Walaupun kami semua duduk satu negeri, mereka senang balik sebab isteri Ipin tak bekerja. Kalau Ipin cuti, mereka boleh terus balik kampung.

Berbeza dengan aku pula, aku kerja office hour biasa. Tapi suami aku pula bekerja bukan ikut office hour. Sabtu ahad pun dia kerja. Jadinya kami memang akan balik sebulan atau dua bulan sekali.

Aku ni tadi tengah masak lunch untuk semua orang. Dah aku dah setting untuk 10 orang makanlah jumlahnya. Tengah aku dah hampir siap masak, tiba-tiba mak mertua aku suruh masak semula untuk tambah lagi dibagi ke Ipin.

Dia suruh kami singgah rumah Ipin bila nak balik ke bandar kejap lagi. Sudahnya ayam nak dibeli lagi, itu ini semua guna bajet perbelanjaan suami aku. Ok kami terima kalau orang cakap tak apalah bagi keluarga makan.

Laki aku terkedu la. Dalam bank kami ni cuma ada RM50 untuk belanja minyak & tol balik ke rumah kami sekaligus minyak aku pergi kerja sementara tunggu gaji.

Kami ni betul2 ada RM50 je asbab banyak perbelanjaan dari sebelum raya hingga kini memerlukan suami. Kami kalau boleh tak nak sentuh langsung emergency saving sebab anak kami kerap keluar masuk hospital.

Dan kami tak nak sentuh langsung duit raya anak sebab kami nak simpan untuk dia belajar nanti. Kami ni hidup memang menanti slip gaji je.

Tapi aku ikutkan lah dengan harapan dan doa ada rezeki lain sebab menangkan hati orang tua. Sungguh aku nak menangis fikir.

Lain cerita, hujung tahun ni adik ipar aku nak berkahwin. Majlis sebelah perempuan & sebelah kami beza 1 minggu sahaja. Tapi mak mertua dok paksa kami amik cuti dua minggu terus untuk tolong.

Kalaulah nak cuti dua minggu tu semudah itu.. Apa dia fikir kami ni bekerja freelance ke? Kami memang terus terang cakap tak boleh. Kami cuma akan balik Khamis malam tu je. Mulalah semua tarik muka.

Company aku ada cuti rehat 5 hari berturut. Tapi aku dah plan cuti tu aku nak guna untuk ikut keluarga aku bercuti. Aku dah lama tak bercuti. Jadi aku nak pergi masa tu.

Sekarang suami aku pujuk 5 hari tu untuk aku guna di majlis adiknya, dia nak tinggalkan aku di kampung suruh tolong maknya.

Aku geram la. Masa adik aku tunang, kami langsung tak balik. Masa tu kami masih duduk di negeri lain. Padahal masa tu aku dah minta cuti sebulan awal.

Dan aku dah banyak kali ingatkan suami aku untuk mohon cuti awal sebab aku cuma ada sorang je adik perempuan. Itu ajalah kali terakhir untuk kami “sambut” pinangan orang. Tapi suami aku tak cuti ye.

Kau bayangkan betapa keciknya hati keluarga aku masa tu. Aku anak sulung. Satu-satunya adik perempuan aku tunang aku tak balik langsung.

Majlis kahwin adik perempuan aku tu pulak, aku baru masuk kerja di tempat baru. Jadi aku cuma boleh minta cuti Jumaat, hari sebelum majlis. Aku dah bersyukur.

Aku ingatkan terus balik ke rumah mak bapa aku untuk tolong apa yang patut, walaupun majlisnya didewan dan gunakan perkhidmatan katering, tapi mestilah nak berkumpul dengan keluarga.

Malangnya suami aku boleh drive balik ke rumah maknya. Rumah maknya dan rumah keluarga aku cuma 45 minit. Tidur di situ malam dan pagi majlis kami terus ke dewan. Lagak macam tetamu ye. Sedih sangat aku.

Last2 aku yang dituduh selfish hanya sebab aku tak nak guna cuti lama aku masa adiknya kahwin? Majlis itu nanti bukannya jadi majlis yang terakhir.

Kalau rasa aku selfish, kau ajelah yang cuti lama, balik membantu. Kenapa aku kena guna cuti aku untuk keluarga kau, sedangkan kau tak pernah cuti untuk majlis keluarga aku?

Geramlah!

– Bouganville (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. mak mertua tu pernah kerja ke tak? kalau jenis tak pernah kerja memang dia takkan faham. Yang selfish sekarang ni sebelah suami dan suami tu sendiri. bab dia semua kena boleh.

  2. Penatlah kalau kita je nak beralah dengan suami dan keluarga mertua. kita pun ada adik beradik dan mak ayah juga. Kalau sy, enough is enough. tak perlu beriye dengan keluarga mertua, si suami pun tak boleh paksa puan untuk cuti tolong kenduri adik dia. tebalkan muka, pekakkan telinga je, sebab masa adik puan kahwin pun dia lenggang datang macam tetamu kan. Hidup berumahtangga kena ada tolak ansur, kita ni bukan robot ya, ada perasaan. So puan tolongla jangan jadi baik sangat lepas ni. letakkan gap hubungan dengan mertua. lantaklah orang nak cakap apa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *