Hai namaku Isteri.. Sorry aku terpaksa meluah di sini.
Menjadi anak sulung perempuan yang sering di salah erti, dan menjadi beban keluarga dari kecil (mak aku pernah confess waktu kami gaduh aku anak yang paling banyak masalah).
Sejak dari hari tu, aku mula faham kedudukan aku dalam keluarga dan aku cuma berdoa supaya dewasa ni aku tak lagi susahkan mereka.
Selain suami, aku memang tak ada siapa siapa untuk aku minta pinjam bahu to cry onto.
Dan sekarang suami aku dah mula mute chat wasap aku. Buat aku rasa dia dah mula tertekan dengan keadaan sekeliling termasuk tertekan dengan dengan aku.
Dan asbab aku dah mula berfikir macam ni la orang ‘hilangkan diri’ dari dunia. Aku takut aku tak boleh control mental aku, aku terpaksa meluahkan.
Aku ada anxiety disorder sebab PTSD waktu kecil, jadi sampai tahap ni, aku mula rasa anxiety dengan tekanan ini. Mula rasa nak lari entah kemana.
Di waktu menaip ni aku bersendirian di dalam kereta, tak tahu mahu ke mana. Sedangkan aku beritahu suami aku mahu ke klinik selepas hantar anak ke sekolah. Tapi rasa seperti mahu drive ke mana sahaja kaki aku sanggup menekan.
Bagaimana end up tertekan sangat sehingga begini. Kisahnya. ..
Aku berkahwin dengan anak harapan keluarga. Background kami sama sahaja, kami datang dari keluarga yang biasa biasa saja, tak senang cuma bezanya suami aku datang dari keluarga yang besar,
Di rumah mak nya, dari kecil memang hidup bersama sama keluarga kakak. Dia ada anak anak sedara yang ramai. Dan memang rapat dengan mereka.
Kini mereka 4 orang dah masuk universiti. Alhamdulillah.
Cuma yang menjadi isunya adalah. Dari dulu doktrin yang selalu di tekankan kepada suami aku adalah, ingat jasa suami kakak nya, abg ipar aku yang dah terlantar dek stroke.
Perlu balas jasa abang ipar aku yang dah jaga family mereka dari suami aku kecil (pak mertua aku meninggal waktu suami masih kecil)
Selama ini memang suami banyak bantu mereka, waktu budak2 tu masih sekolah aku faham, tapi sekarang aku tak dapat terima bila si dua orang abang yang dah besar tu tak bekerja untuk menyara keluarga mereka yang dah memang susah.
Semuanya mengharap ke suami aku. Sebelum 4 orang ni masuk sambung belajar, aku masih boleh tolerate, dengan bantuan yang diberikan.
Tapi tahun ni, bila semua 4 orang sambung belajar, mak mak mereka mengharapkan ke suami aku untuk menyara anak anak sedara beliau.
Jadi setiap 1, 2 hari akan ada mesej masuk ke wasap suami aku minta duit, bila cuti pula datang rumah aku untuk amik barang yang ada.
Keadaan ni buat aku rasa sangat tak selesa, ada barang aku yang diambil, story cut short, klimaksnya, elektrik di rumah aku sendiri kena potong, tapi tak ada siapa tahu kami struggle dengan kewangan dan komitmen. Dan mereka terus meminta minta.
Sentiasa ada yang datang ke rumah, sehingga aku terpaksa keluar rumah dan balik lewat kerana aku tak boleh hadap dah anak sedara datang sebab nak ambil barang.
Aku pula sentiasa merungut pada suami aku tak selesa jadi begini. Aku tiap hari penat handle anak anak aku ambil hantar ke sekolah, masak sambil uruskan baby yang tak nak berenggang setiap kali aku buat kerja rumah,
Sekarang aku terpaksa jadi tukang ambil dan hantar anak sedara nya yang nak tiba tiba je nak ke rumah kami (yang sorang ni univerisitinya dekat saja dengan rumah aku)
Kerana aku seorang suri rumah. Rumah lah yang menjadi syurga aku. Tapi aku sendiri dah rasa seperti rumah ini bukan lagi tempat yang selamat untuk aku.
Dan kini aku rasa dengan banyak tekanan, suami aku juga dah tak larat nak hadap aku yang mental ni.
Sebab tu dia mute chat aku, dia pun dah penat semua orang meminta minta dari nya. Termasuklah aku. Tapi dia tak pernah bercakap yang dia penat dengan semua ini.
Dia masih melayan mereka baik baik, kerana dia sayangkan keluarga nya.
Kini aku rasa aku yang kena jarakkan diri sekejap bagi ruang untuk suami handle kerjanya yang makin menekan, dan handle keluarga yang tak pernah berhenti meminta.
Jika orang lain tak boleh faham keadaan dirinya, aku sebagai seorang isteri harus faham yang beliau perlukan ruang. Namun dengan mental begini, aku gagal faham keadaan dirinya.
Bagaimana? Apa harus aku lakukan? Bagaimana mahu lupakan apa yang terjadi dan terus positif. Aku patah hati kerana dia mute chat aku.
Aku juga menjadi beban buat dia…
– Isteri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit