Aku Juga Terluka

Assalammualaikum, ini pertama kali aku tulis luahan aku disini. Aku perlu kekuatan sebab saat ni hati aku terluka dan beban aku terlalu banyak untuk aku tampung seorang.

Aku seorang ibu kepada 4 orang anak. Sekarang aku sedang mengandungkan anak yang kelima. Suami aku sekarang berada dalam penjara.

Aku yang menyebabkan dia masuk dalam penjara. Suami aku seorang penagih. Bila dia ada benda tue, dia boleh jadi baik macam malaikat. Bila tiada, kepala aku akan jadi mangsa dia lepaskan marah.

Dia pukul tak pernah lagi datangkan kecedaraan tapi mental aku sakit.

Sepanjang usia perkawinan kami, boleh dihitung dengan jari berapa kali dia bagi nafkah. Kami cuma berharap pada bapa mentua iaitu bapa suami untuk menanggung makan minum kami.

Itu pun masih tidak mencukupi dan aku perlu keluarkan lagi duit untuk topup barangan dapur. Tinggal pula dirumah mentua tidur berhimpit macam sardin.

Malahan duit yuran sekolah juga bapa mentua yang bayarkan. Duit sekolah pula, aku juga la yang berusaha keras mencari untuk anak aku.

Aku usaha berjualan online tapi untung dan modalnya semua habis aku belanjakan untuk suami dan anak2 aku.

Sehingga la suatu hari aku tekad. Aku mahu suami aku berubah. Ketika itu aku naik ke atas dalam bilik melipat kain. Tiba2 suami aku datang dan menghentak belakang kepala aku banyak kali.

Aku menangis dan tanya apa salah aku. Tapi dia pandang aku tanpa sedikit pun belas kasihan, mnyuruh aku keluar rumah cari makanan.

Allah je yang tau sakitnya hati aku masa tue. Aku keluar dari rumah tinggalkan anak-anak aku dengan suami aku.

Tanpa aku sangka, aku dah ada depan balai polis. Aku laporkan pada polis yang suami aku seorang penagih dan dia baru sahaja memukul aku.

Setelai selesai laporan, pihak polis datang ke rumah dan menangkap suami aku. Aku ketika itu berada dalam kereta myvi seorang lagi pegawai lain di belakang kereta pihak polis yang menangkap suami aku.

Setelah suami aku dibawah ke balai, aku terus ambil semua anak2 aku naik kereta pegawai yang bantu aku untuk ke hospital bagi mndapatkan rekod atau laporan perubatan sekiranya aku mengalami apa2 kecederaan.

Saat itu aku sangkakan pihak mentua dan ipar2 akan menyokong perbuatan aku.

Aku sangka mereka juga mahu melihat anak mereka dapat hukuman dan berubah. Tapi tidak. Mereka malah mengusir aku dan anak2 aku.

Mengunci rumah dengan mangga supaya aku dan anak2 aku tak dapat masuk.

Menyalahkan aku kononnya aku dah lama merancang untuk penjarakan hidup anak mereka. Menuduh ibubapa aku adalah dalangnya sedangkan ibubapa aku tidak tahu apa2.

Salahkah apa yang aku buat? Aku cuma mau suami aku berubah. Jauh dari najis dadah. Aku terluka sangat. Tidak mengapa mentua aku membuang aku. Tapi kenapa sampai anak2 aku terkena tempiasnya.

Aku berharap mereka akan tanya mengenai keadaan cucu mereka tapi sehinga kini tetap tiada.

Demi Allah sekiranya aku seorang yang jahat, aku boleh membalas mereka jauh lagi tapi aku pilih untuk diam dan sabar biarpun aku tahu segala fitnah dan umpat caci mereka tentang aku.

Mungkin mereka lupa, sepanjang 9 tahun aku tinggal bersama mereka, aku melihat banyak perkara banyak aib mereka tapi aku pilih untuk simpan. Pilih untuk tidak menghina dan memburukkan mereka. Pilih untuk sentiasa bersangka baik.

Mereka tak tahu yang tidak mudah untuk aku pilih penjarakan seorang lelaki yang aku sayang. Seorang bapa kepada anak2 aku tapi aku tekad dengan keputusanku, berharap dia berubah, bertaubat dan jadi imam yang baik buat aku dan anak2.

Jadi ya, aku juga turut terluka. Dengan strugglenya aku seorang membesarkan 4 orang anak2 dalam keadaan aku sedang hamil tanpa menyusahkan ibubapa aku walaupun aku sedang menumpang tidur di rumah mereka.

Sahabat sekalian, banyak lagi yang tidak terluah sebab cerita aku terlalu panjang. Doakan saja aku dapat kerja dan kuat untuk anak2 aku.

Anak2 aku, aku cuma beritahu mereka yang bapa mereka bekerja jauh. Walau macam mna pun aku mahu anak2 aku ingat yang baik2 tentang bapa mereka.

Maaf andai penulisan aku banyak yang salah. Aku menulis dalam keadaan menangis.

Yang benar,

– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *