Aku Jutawan Berselipar II

Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-jutawan-berselipar/).

Assalamualaikum, namaku Cempaka. Boleh rujuk pada confessionku sebelum ini. Aku amat berterima kasih pada kalian kerana sudi mendoakan perniagaan kami bertambah maju dan diberkati.

Sungguh, aku sangat berterima kasih, juga mendoakan kalian turut mempunyai kehidupan yang lebih baik dari sehari ke sehari.

Mana-mana negatif komen tu, aku anggap sebagai penghibur ruang confessionku. Tak percaya takpe, aku tak marah. Kita bukan kenal pun kan? Awak tak salah.

Ada banyak komen yang inginkan part 2, lagipun aku suka berkongsi tips bagaimana aku lalui dengan kuat apa yang aku miliki sehingga harini. Aku nakkan semua berjaya macam aku, tak suka tengok bangsaku sendiri dalam keadaan susah dan meminta-minta.

Terkadang itu membuatkan aku sedih, air mata mengalir tiba-tiba. Ramai yang mengenaliku ingatkan aku seorang yang kuat, sebenarnya bila ia melibatkan tentang kesusahan dan orang-orang tua, walau siapapun, aku akan mudah tersentuh dan bergenang airmata secara tiba-tiba.

Tapi aku tak pernah tunjukkan sedihku depan orang. Pada suami, ye aku akan kongsi kerana beliau tempat aku kongsikan segala-galanya.

Nekadku setelah akad. Dapat meluah pun jadilah.

Tapi, aku tidak suka untuk berkongsi di sini tentang kisah sedih, kerana itu bukan aku. Manusia belum tentu akan dapat membantu, hanya Allah tempat aku mengadu.

So, berbalik pada apa yang ingin aku kongsikan, banyak tips yang aku nak kongsikan, terlalu banyak, nanti dah penat taip aku berhenti. Hahaha…

Antara tips yang aku lakukan adalah:

1. Bangun seawal 4.30 pagi

Insyaallah aku akan pastikan bangun pukul 4.30 pagi untuk minum air kosong secawan dan solat. Aku percaya konsep pagi. Early Birds.

Siapa cepat, dia dapat. Ha,, rezekilah yang kita tunggu tu. Phone mesti set pukul 4.30 pagi.

Kalau dah bangun, perkara pertama aku akan cakap, Alhamdullillah terima kasih ya Allah, kau kejutkan aku bangun pagi untuk aku Solat Tahajud. Hanya orang yang terpilih sahaja. Alhamdullillah.

2. Tahajud dan Dhuha

Kalau Tahajud aku buat 4 rakaat, sama juga dengan Solat Dhuha. Pun 4 rakaat. Cuba korang mulakan, mana tahu waktu tu Allah makbulkan doa kita. Manalah tahu,, ye tak?

3. Langkah kaki kanan keluar rumah

Waktu kaki aku melangkah keluar, aku akan niat Ya Allah, permudahkan aku menjemput rezeki di bumimu ya Allah untuk aku meningkatkan ekonomiku dan Umat Islam. Terus baca Alfatihah.

4. Masuk kereta

Waktu ni, pagi pukul 6.30, dah siapkan breakfast dan bekal anak-anak, aku akan hantar mereka ke sekolah, anggaran perjalanan sehingga ke sekolah lebih kurang 20 minit.

Dengan anak-anak pun aku ajarkan segala-galanya mesti pagi. Mesti awal. Sampai ke sekolah mesti pastikan sebelum pukul 7.

Dalam perjalanan, tidak buka radio, tidak buka aircond, ambil udara segar, terus berdoa, ajak anak-anak tadah tangan sama-sama sambil aku bawa kereta.

Mula dengan doa minta kecemerlangan anak-anak untuk belajar, jadi yang terbaik, pelajar cemerlang sebagainya, dan selit sekali setiap nama dalam ahli keluarga termasuk nama anak-anak, nama aku dan suami.

Nama penuh. Sedekahkan Alfatihah. Anak-anak dah terbiasa dengan doa ni, setiap hari buat, mestilah masing-masing dah hafal. Alhamdullillah.

5. Doa dan Surah

Aku sambung lagi part dalam kereta, ikut perenggan supaya korang mudah baca. Hihi.. ok, tadikan aku dah bacakan Al-fatihah, kan?

Belum habis lagi, Aku terus sambung baca 4 Qul, Ayat Kursi, Surah Al Insyirah, Surah Al-kahfi (1-10) dan selawat yang sejak Tingkatan 3 aku dah hafal iaitu Selawat Fatih, Selawat Thib dan Selawat Annur. Yang tak pasti boleh Google.

Aku sangat berterima kasih pada sekolah agama aku dulu, ustaz dan ustazah yang mana setiap pagi kami amalkan bacaan ni sebelum masuk kelas, dan sehingga harini aku hafal.

Aku sambung surah Al-Waqiah, ye aku hafal Surah Al-Waqiah tu sejak aku mengandungkan anak kedua 12 tahun yang lalu.

Kadang-kadang sampai part Al-waqiah, dah pun sampai sekolah, haha.. Kalau belum sampai aku sambung lagi dengan bacaan Selawat atas Nabi, Subhanallah, Alhamdullillah, Lailahaillallah, masing-masing 44 kali.

Selalunya, part yang ni anak-anak dah sampai sekolah, aku terus sambung bacaan ni sampai ofis.

6. Buka ofis seawal 7 pagi

Kenapa, tak percaya? Hahaha.. aku buka ofis paling awal antara ofis-ofis lain sekelilingku. Sebab, aku memang suka pagi, kan dah beritahu tadi. Hahaha..

7. Mendoakan orang yang tidak kenal

Pernah tak korang tengah bawa kereta, tiba-tiba nampak ada orang tengah tolak motor, samaada motor rosak atau pancit? Tak mampu tolong, takpe. Cukup dengan mendoakan mereka. Selalu aku akan cakap Ya Allah Ya Tuhanku, tolonglah mudahkan urusan orang itu Ya Allah.

Sesungguhnya Engkau maha mengetahui lagi maha mengasihani, juga maha memberi rezeki, Amiinnn… Cuba buat, lepastu kau akan rasa bahagia sebab dapat mendoakan orang yang kau tak kenal. Sesiapa saja, yang kau terserampak, kau doakan je.

Walaupun kau tak tahu dia tu Dato ke Datin ke, YB ke, berkereta besar ke, berbeca ke, yang penting doa kau tu. Faham, kan?

8. Mensyukuri rezeki lawan atau kawan

Aku dalam bidang berniaga ni, banyak asam garam, pahit maung yang aku dah telan, setakat kena sailang tu dah jadi lumrah.

Tapi, aku pegang satu je, rezeki Allah, kalau tepat pada masanya, aku akan tetap dapat. Sebab tu, kalau geng-geng peniaga lain yang dapat job besar-besar ni, aku tak pernah rasa cemburu.

Malah aku selalu cakap macam ni dalam hati. Allahu Akbar, Alhamdullillah rezeki dia, Ya Allah,, syukur Alhamdullillah..

Ha,, lebih kurang macam tu, sebab kitorg ni walaupun bersaing dalam berniaga, kadang-kadang suka jugak membahan satu sama lain. Circle kan situ-situ je.

Tapi doa ni aku ucap dalam diam je, takdelah depan-depan pesaing aku tu, nanti kembang pulak. Hahaha..

9. Tidak join MLM

Maaf bang, ada satu komen tu mention aku ada bunga-bunga MLM. Tak bang, saya tak join MLM bang, bukan saya merendah-rendahkan bidang ni ye, tapi melalui apa yang saya nampak, MLM takkan pergi jauh. Paling lama pun 3 tahun.

Bidang ni juga yang banyak buatkan bangsa kita muflis. Tak nak cerita lebih lanjut. Huhu..

10. Ilmu

Pada aku, nak membuat sesuatu perkara tu kena ada ilmu. Kau kena belajar, tak masuk U pun takpe, tapi kau kena belajar, tak kisahlah apa sijil pun kau ada. Tak pandai bab buku, kau kena ada skill.

Macam aku dan husband ni, memang Allah dah bagi bonus, sebab aku belajar masuk U, husband aku pulak ada skill elektrik. Kami gabung. Ini aku bagi contohlah, senang kau nak faham.

Contoh, kau tak minat belajar, tapi kau ada skill repair-repair. Mantapkan skill kau tu. Mesti belajar, kena sematkan dalam kepala, mesti belajar. Paling tak pun, masuk pusat kemahiran mana-mana supaya kau ada sijil dan ilmu.

Jangan sesekali kau setuju BBNU yang mana founder-founder cakap tak perlu belajar tinggi untuk berjaya.

Salah ye adik-adik. Sebab nanti bab law, kalau orang twist sikit je kau dah kelam-kabut tak tahu nak buat apa. At least, bila kau ada ilmu, orang akan respect. Speaking pun kena mantap ye dik.

Belilah novel-novel English murah kat kedai buku, tak suruh berhabuk pun cakap, tahu maksud, sambil buka dictionary pun takpe.

Oh ye, terima kasih pada lecturer yang mention terang-terang dalam kelas waktu aku baru dapat U dulu. Serious aku memang tak suka English dulu waktu sekolah.

Masuk U, ambik kau, semua in English. Dia speaking tapi aku faham, dia cakap kesian U tak faham english. Semua student dengar kot…

Malu? Tolak tepi. Petang tu jugak aku pergi library, pinjam buku Grammar. Kalau sekarang, kau nak aku berbual dengan Mat Saleh pun aku boleh. Hahaha…

Macam dah panjang sangat pulak aku menaip ni. Kalau korang perasan, hanya beberapa tips je kena-mengena dengan business, yang lain semuanya dari dalam hati atau niat. Semuanya tentang law of attraction. Jom kita sama-sama berjaya.

Pada komen yang cadangkan aku beli kasut dan selipar yang branded sikit tu, terima kasih ye, nanti aku cuba cari. Oh ye, terima kasih juga pada yang mengingatkan untuk pakai stokin, ye aku pakai stokin ketika berselipar.

Dah macam dalam pantang, kan? Hahaha.. Aku pun dah join jugak mana-mana komen yang suruh masuk group jual-jual kasut dan selipar tu. Nanti tunggu aku belek-belek dulu sebelum beli. Untuk kesihatan yang lebih baik, aku tiada masalah.

Sekian kawan-kawan, jom kita sama-sama kaya dan berjaya, sedekah semampunya, bersyukur seadanya. Alhamdullillah. Terima kasih ye.

– Cempaka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *