Assalamualaikum.
Baiklah, kat sini aku nak cerita satu kisah yang berlaku dalam ramadhan ni. Terus terang aku nyatakan, aku bersyukur sangat-sangat dapat belajar di UIA. Dan ini ramadhan terakhir sebelum ke main campus. Dan aku tekat untuk berubah kearah baik bersama seorang lagi kawan aku. Kami berdua sokong satu sama lain. Tapi dalam kemelut melawan nafsu diri untuk berubah, aku Terdengar sendiri bicara kawan-kawan aku yang lain. Tahu apa?
Mereka bicara, ah, pergi tarawih, tapi solat fardhu lambat, kadang-kadang tak berjemaah. Allah, hancur lebur hati aku, begitu kuat sarkastik, dan seorang dari mereka sambung "tarawih 20 tu". Dan mereka yang bicara tu, bagi aku tinggi didikan agamanya.
Pada kawan-kawan yang berlatar-belakangkan agama dan pegangan agam yang padu, tolonglah jangan berbicara demikian. Tahukah kalian kita berlatar-belakang berbeza, mana mungkin apa yang kau faham sama dengan kami faham. Mengertilah, ada antara kami bersusah payah untuk memegang tali agama dari tiada apa-apa. Bukan mudah bagi kami nak mendidik diri. Sayangnya, kalian hancur lebur kan semangat kami macam tu sahaja.
Sepatutnya kalian menasihati kami dengan cara yang lebih baik. Berkata baik dengan cara yang berhemat tu bukankah mulia? Kami pasti kalian lebih mengetahuinya.
Mungkin ada yang berkata, kena bagi tarbiah sentap, baru nak sedar. Kalian, sedarlah, dengan tarbiah sentap tu, membuatkan mereka yang ingin dekat pada agama, menjauhkan diri. Kerana mereka akan beranggapan kalian sangan judgemental.
Akhir kata, sahabat ku kalian semua, cukuplah, sudah beberapa hari aku mendengarnya, dan aku berasa sedih. Percayalah, aku ingin sekali menjadi baik amal seperti kalian lakukan. Maka tolonglah dengan cara yang baik.
Kami harap, kami mampu perbaiki diri kami kerana Allah, bukan melakukan amal kerana mahu kalian menilai kami.
– Bro foundation
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Allahu musta’an
Aku x suka tarbiyah sentap. Dulu2 zaman rasulullah ada ke tarbiyah sentap ni?
tok sah kesah cakap orang. buat yg mampu . yang wajib. janji dalam hati sayang Allah. tidak menganiaya makhluk Allah. orang yg betui2 alim tak komen orang. aunty bergaul dgn mereka sejuk hati.
bila ilmu hanya singgah di kepala tetapi tidak turun duduk dihati… ia tidak akan memanfaatkan kepada penuntut ilmu
Kpd confessor, jangan terkesan dgn kata2 mereka yg lain tu. At least u put your effort to change for better. Yang penting rasa ikhlas utk beribadah. Semoga confessor dpt beristiqamah. All the best ye. :)