Aku Ke Yang Overthinking?

Assalamualaikum… Nama aku Cempaka. Seorang isteri dan ibu kepada 2 cahaya mata. Menjalani dunia perkahwinan lebih 10 tahun. 

Perkahwinan kami diatur. Tak bercinta dan bercinta selepas nikah. Dengar macam ”oh… Manisnya! ” rupanya bermula inilah kesilapan pertama aku.

Walaupun sebelum berkahwin melalui dunia percintaan dengan banyak hati, tapi kecundang dengan pelbagai dugaan. Ya Allah! Ingatkan decision aku ni tepat rupanya memakan diri aku sendiri. 

Mungkin tidak melalui dunia bercinta, gayut berejam, keluar dating tiap hari, tidak menjadikan aku dan dia sebagai yang baik.

Setelah sebulan berkahwin, aku terjumpa chatting nya bersama seorang lelaki. Ya! Seorang lelaki dan ayat perbualannya mengejutkan aku seorang manusia sihat akal fikiran. 

Tidak berhenti di situ, terjumpa lagi macam-macam chatnya di platform berlainan. Juga dengan lelaki… Kecewa tapi kebaikan dia membuatkan aku terus menafikannya. 

Dan… Kemuncaknya! Setelah aku mengandung anak pertama, dari awal kehamilan, sehingga anak setahun dia tak pernah melakukan hubungan intim dengan aku.

Dan… Berlanjutan apabila mengandung anak kedua, juga tidak sentuh aku hampir 2 tahun.

Dalam pemikiran aku, adakah kerana fitrahnya kepada kaum sejenis sehingga tidak berminat kepadaku. 

Dia tidak mempunyai kawan perempuan, tetapi terlalu ramai kawae lelaki. Pandangan matanya kepada lelaki sangat bercahaya.

Aku perasan banyak kali… Ada budak muda di depan mata, matanya terpana tidak mampu berkelip ketika memandang. Aku menafikan… Tapi hatiku jauh di dasar tersentak berkali. 

Kalau keputusan aku untuk meninggalkan, terpandang 2 anak ku yang bijak dan comel-comel membuatkan aku menafikan fitrahnya.

Tapi, aku adalah seorang perempuan normal yang memerlukan belaian seorang suami. Rindu nak pillow talk sambil berpelukan… Rindu nak dicium dan dirindui.

Entah kenapa alasan tertidur setiap hari. Dia dah tak naik bilik untuk tidur. Kerap tidur di sofa sehingga pagi. 

Ada beberapa kali aku ajak berbincang, tapi hampa. Jawapan yang dapat tak seiring dengan hati. Entahlah… 

Kadang aku terfikir, aku hanya mangsa untuk menutupi kelemahan dan kesilapannya.

Anak-anak juga hanya sebagai bukti kepada orang ramai dia lelaki normal. Tapi layanan yang aku harapkan tidak seperti selayaknya gelaran aku. 

Telah melebihi tempoh 10 tahun perkahwinan, dengan bertahun pengabaian hati aku dah tak mampu bersabar.

Aku juga mahukan perhatian seorang suami bukan hanya diusung wang, kediaman semata. Tapi tangki emosi aku juga hampir kering kontang. 

Sehingga ke hari ini, aku berasa tak selamat jika dia keluar berdua dengan rakannya adalah seorang lelaki. Kerana, jejak-jejaknya dahulu sangat meninggalkan kesan di hati aku.

Kadang outstationnya juga tak relevan kepada aku, aku seperti berprasangka walau pun aku tak tahu keadaannya seperti apa. 

Maafkan aku… Aku hanya isteri yang haus perhatian dan belaian seorang suami. 

– Cempaka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Saya rasa awk patut ‘mngadu’ dgn kadhi atau pejabat agama, klaw mngadu dgn mak bapak awak atau pon dia dah ‘tak jalan’.. klaw benar ‘tekaan’ awak, ini dah jd kes LGBT dan yg sewaktu dgnnya.. takut klaw ada ‘penyakit’ yg hinggap akibat hubungan ‘songsang’ sebegini, mcm HIV @ aids (na’uzubillah), klaw brjangkit, awk n ank2 juga yg akn susah.. wallahu a’lam

  2. Nasib kita sama. saya masih dara walaupun 3 tahun bernikah. akhirnya saya bercerai. Saya ni sebagai pelengkap hidupnya di mata manusia. supaya dia kelihatan sempurna. Dia sememangnya sempurna semua segi. tapi sayang, songsang. Sampai akhir dia tak mengaku. Golongan ni pandai mengaburi mata orang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *