Aku Ke Yang Patut Mengalah – Part 2
Assalamualaikum. ingat lagi tak cerita yang pernah aku share dulu pasal pemfitnah yang wujud dalam keluarga aku?
dalam post sebelum ni https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=945734885509327&id=729187373830747
ok aku teruskan. Petang lepas aku share confess tu. Dia datang rumah. Datang dengan bekalan pakaian (stok nak bertapak kat situ la). Aku masih ditempat kerja masatu. Tetiba dapat wasap dari mummy. "dia ada sini tau" . Pergh mood aku terus berpusing 360 latitud lotitud * buat lawak ler sikit sebab stress.
Aku terus rasa malas nak balik rumah. Arghhh Malasss sangat! Aku tak reply wasap mummy. Aku buat bodo. Aku letak telefon kat sebelah. Aku buat kerja lambat2. Aku tengok jam dah kul 6pm. Aku ambil fon aku taip "tak boleh ambik adik hari ni" aku send dan aku campak fon aku dalam laci. Aku silent fon dan buat bodo balik. Scroll FB kat pc. Buat kerja slow2. Mood aku memang lari habis.
Pastu mummy aku call number aku satu lagi. Aku tak jawab . *Jahat kan aku? sebab rasa benci dan geram kat CikEmbon tu mummy aku jadi mangsa. Kalau ape jadi kat mummy aku masatu. mesti aku rasa menyesal tak sudah sampai hari ni.
Then , kakak aku wasap .
Dia : Dekat mana dik?
Aku : opis, mummy ler tu yg suh tanya kan?
Dia : aah. Akak kat luar ni, kalau tau adik tak balik tadi, akak ajak ikut sekali.
Aku : takpe, nak buat kerja ni. Malas nak balik umah . "CikEmbon" ade rumah.
Dia : hahahahahaha. Jum dinner, mana tau adik dah bertukar fikiran. Sian kan la mummy. Fikirkanlah dia.
aku biarkan wasap dia tak berbalas. Aku menung layan perasaan . Dalam kepala terus ternampak muka mummy. Mummy demam dah tiga hari . Mungkin demam sebab perkara ni kata kakak aku . Aku pandang jam . Eh dah pukul 7. Aku capai hp yang mummy call tadi. Aku call balik mummy.
Lama berdering. Dia angkat. Tapi senyap !
Aku : Hello, Mii
Mummy : ehmmm ya? kat mane ni? kenapa tak balik lagi ? * suara dia serak penuh kerisauan
Aku : malas nak balik, mi kat ne?
Mummy : balik la sayang. Mummy tunggu sayang balik ni.
Aku : mummy dah makan? ubat? hmmm jap jap g lah balik
Mummy : belum . mmmmmm
Aku biarkan wasap tak berbalas. Aku teringat, mummy kalau tak sihat. Kalau aku tak pakse makan or makan ubat. Memang dia tak kan buat. Aku tengok jam. dan terus berkemas. Aku pecut motor balik. Aku wasap " orang tak nak tengok muka dia kat ruang tamu or dalam bilik mummy okey!"
Sampai kat rumah, adik aku yang sambut. Aku terus kebilik. Jamah dahi Mummy. Ahhh memang panas. * aku teringat petang tadi aku tak reply n tak angkat call mummy. Kejam nya aku!
Aku papah mummy, ajak mandi. Aku mandikan dia sambil airmata aku mengalir. Aku rasa macam ni last aku dapat peluk, jumpa, and belai .
Aku menangis. Aku geram akan keputusan dorang yang terima "CikEmbon" tu balik ke rumah ni. Aku benci sangat dia. Usai mandi aku peluk mummy sambil teresak-esak nangis. Aku mintak ampun dengan dia. Aku sedar, yang salah not my family but "CikEmbon" tu yng salah. 100% salah atas bahu dia sebenarnya.
Mummy balas pelukan aku sambil nangis. "mummy mintak maaf sayang.. mummy tersepit. Dua2 anak (beza hanya anak kandung / bukan). Mummy buntu dlm buat keputusan. Mummy harap sangat, sayang tak tinggalkan mummy. Susah senang kita bersama. Bukan tahap senang je mummy nak lupakan sayang . Aku diam. Aku tahu mummy sayang aku. Aku cuma dalam dilema nak mengalah pada orang yang dah menabur fitnah pada aku.
Then aku sedar dan tanam tekad. Aku akan kekal dirumah tu. dan aku Akan buat dia yang blah dari situ ! haahahahahahhahahaha (gelak jahat)
Takde lah aku sejahat tu. Tapi aku akan buat dia rasa apa yang aku rasa. Aku tak akan dan tidak akan pernah nak jaga perasaan dia lagi. Aku akan lepas je cakap kalau aku rasa tak puas hati. Hari ni 03-03-2016 . Dah dekat 2 minggu kot dia menumpang. Aku dah pesan pada mummy, nak apa suh dia berdikari ! takpayah nak manjakan ! nak makan ke nak hidup ke pandai2 la ko ! Aku dah bagi tempat tinggal kan. Cukup sampai sini je pertolongan yang aku bagi dan aku mengalah. Nak lebih memang tidak !
Aku bahagia dgn mummy, mummy pun dah sihat. Tapi sejak hari tu. Aku balik kerja memang lewat malam. Balik mandi2 dan terus masuk bilik. Makan pun tidak di rumah. Masak and tinggal.
Itu lah aku…. terima kasih atas pendapat korang semua . Ini lah keputusan yang aku ambil setakat ni ..:)
*aku mampu tersenyum selepas aku berterus terang dengan mummy. Dan hapuskan dalam otak aku, Yang dia sedang wujud dalam rumah aku.
**** akan bersambung lagi in sha Allah
– Aku Yang Terluka