Hi, nama aku Sha. Berumur 20+ tahun. Maaf andai jalan cerita berterabur. Aku tak tau nak luahkan dengan siapa. Yang pasti, ini bukan kisah cinta, ini adalah kisah persahabatan yang putus akibat dari aku sendiri.
Ceritanya bermula beberapa tahun yang lalu. Aku bertemu dengan Bunga sebagai rakan sekerja. Kami bekerja di jabatan yang sama. Pada awalnya dia hanyalah sebagai rakan sekerja. Kami jarang bersembang, makan bersama jauh lagi kerana Bunga ada rakan baik sendiri.
Tetapi, ada peristiwa yang membuatkan aku rapat dengan Bunga. Bunga ditinggalkan oleh sahabat baiknya sendiri tanpa siapa tahu puncanya.
Pada awalnya aku malas nak ambik tahu, tetapi dek kerana kesian tengok Bunga bagai dipulaukan dengan rakan sekerja yang lain, aku berkawan dengan dia. Itulah permulaan aku berkawan dengan Bunga.
Fast forward, aku makin rapat dengan Bunga. Aku mula persoalkan kenapa rakan baiknya meninggalkan Bunga macam tu sahaja, sebab bagi aku Bunga ni baik. Suka tolong orang. Cumanya, dia ada temper dia yang tersendiri. Dia suka marah.
Banyak kali juga dia marah aku, tinggikan suara sampai rakan sekerja lain nasihatkan Bunga jangan terlalu marah dengan aku.
Waktu tu aku cuma anggap dia marah sebab kesalahan aku sendiri sebab aku tanya kenapa dia marah, dia akan jawab sebab aku anggap kau macam adik aku, jadi aku marah untuk tegur kau. Aku terima diriku dimarahi. Aku anggap itu adalah sebahagian cara dia care mengenai diriku.
Pada awalnya, aku dan Bunga hanyalah lepak makan sama sama, food hunting sama sama. Bila dah semakin rapat, ahli keluarga Bunga mula mengenali diriku. Aku mula bermalam di rumah Bunga sebab kadang2 kami plan trip sama sama.
Kalau kami buat trip, Bunga selalu akan pesan jangan bagitau ahli keluarga sebab dia tak nak ahli keluarga lain terasa. Jadinya dia akan bagitau yang kami perlu pergi kerja. Fast forward, aku dan Bunga semakin rapat.
Kemudiannya, kami meletakkan jawatan secara bersama dan bekerja di tempat lain tetapi masih sama. Kami berpindah ke Selatan tanah air.
Memandangkan kami bekerja di tempat yang sama, aku dan Bunga menyewa satu bilik studio untuk dikongsi bersama. Untuk kerja baru, ianya berlainan dengan kerja lama. Jawatan yang berbeza, bidang yang berbeza. Ianya tindakan paling gila aku pernah buat.
Tapi semuanya baik baik saja pada awalnya. Sampai la, syarikat tersebut mengalami pergolakan dan terpaksa tutup dan kami diserap ke anak syarikat yang lain dengan tawaran gaji yang agak rendah. Kami terima.
Aku ada ajak Bunga untuk mencari kerja yang lain tetapi Bunga menolak kerana kerja yang ini lebih fleksibel masanya. Jadi dia nak buat kerja sampingan ketika kerja hakiki tidak mengganggu dan dia berharap aku tidak mencari kerja yang lain.
Tetapi aku tetap aku, aku mencari kerja yang lain disamping membuat kerja sampingan bersama Bunga. Kami buat macam macam untuk pastikan komitmen lepas untuk dibayar. Aku bagitau Bunga aku mencari kerja lain dan Bunga terus memujuk aku untuk buat bisnes.
Bunga yakin yang bisnes akan menjadi, aku terima. Kami mula menjual biskut chocolate chip yang viral. Ada permintaan tetapi tidak banyak.
Hasil jualan tidak mencukupi untuk menampung kehidupan. Duit gaji hanya cukup untuk bayar komitmen. Duit simpanan ku makin hari makin susut. Begitu juga Bunga.
Aku mencuba lagi untuk mencari kerja lain yang lebih stabil. Akhirnya aku mendapat panggilan interview dari sebuah hotel terkemuka. Aku bagitau Bunga dan Bunga dengan rela hati menghantar aku ke tempat interview. Aku mintak Bunga doakan supaya interview berjalan lancar.
Namun, Bunga hanya berkata, aku doa semoga kau tak lulus interview. Aku terkejut dan agak kecewa. Dan nampaknya Allah makbulkan doa Bunga. Aku tidak diterima. Aku teruskan buat bisnes bersama Bunga.
Aku cuba lagi untuk mencari kerja yang lain dan sekali lagi, aku dipanggil untuk ditemuduga di sebuah syarikat yang agak besar. Dan sekali lagi, Bunga yang ingin menghantar ku.
Sepanjang perjalanan dia cuba untuk bagitau keburukan kalau aku kerja disini. Aku abaikan, dan aku meminta doanya. Kali ni dia tak menjawab. Alhamdulillah, temuduga berjalan lancar, aku dipanggil untuk temuduga kali kedua dan aku diterima.
Aku bagitau Bunga aku terima tawaran tu. Tapi, Bunga tidak merasa gembira langsung bila aku cakap begitu. Bunga bagitau aku, kalau aku terima, dia akan berhenti kerja sebab dia tak boleh buat kerja tanpa aku. Bunga bagitau dia kecewa aku mohon kerja dibelakang dia. Dia rasa aku khianati dia.
Aku bagitau Bunga, aku masih lagi boleh buat bisnes bersama dia walaupun dah kerja yang lain. Bunga tak terima. Bunga anggap aku khianati dia. Bunga marah kenapa aku tak mohon untuk dia sekali.
Aku pernah bertanya sebelum ni, dia yang menolak atas alasan kalau kerja semula, masa dia takkan fleksibel. Atas pujukan dan kata kata Bunga, aku menolak tawaran kerja tu.
Ya, AKU BODOH. Atas dasar aku taknak jadi punca dia berhenti kerja, aku menolak tawaran kerja yang aku terima. Aku merasa bersalah. Ya, itu yang aku rasakan ketika itu.
Lama lama, aku bukan lagi diriku. Aku mula bermain game ditelefon. Asal ada masa terluang aku akan main game. Aku dah mula kurang bercakap. Bunga pernah marah aku sebab aku selalu tidur tiap kali masuk kereta. Aku dah mula kurang bersembang.
Pada ketika itu, aku merasa penat. Walaupun dah tidur lama, aku tetap penat. Walaupun dah rehat lama, aku tetap penat. Sampai la aku bercerita dengan rakan baik ku, sebab dia perasan perubahan aku ketika kami berjumpa.
Rakan ku menasihati aku untuk meninggalkan Bunga. Aku takut. Ya, perasaan ketika itu ialah takut dan bersalah. Aku rasa kalau aku tinggalkan Bunga aku adalah manusia paling jahat untuk Bunga.
Pernah sekali aku cuba untuk keluar dari Bunga. Bunga memaki diriku, memanggil aku dengan segala nama makian. Bunga juga cuba untuk mengugut membunuh diri.
Aku celaru ketika itu dan akhirnya aku kembali ke rumah bersama Bunga. Hanya rakan ku seorang yang tahu mengenai ini. Ahli keluarga tiada seorang pun yang tahu. Aku taknak burukkan Bunga dengan ahli keluarga ku. Bagiku Bunga tetap kawan yang baik untukku.
Namun lama kelamaan, aku mula hilang diriku. Anxiety ku makin teruk, setiap kali aku bersendirian hanya mati yang aku fikirkan. Aku fikir, mungkin bila aku mati baru semua ini akan berhenti.
Kebanyakan masaku adalah bersama Bunga. Tidur juga bersama Bunga. Hanya ketika mandi dan membuang air saja Bunga tiada. Tiap kali aku ke toilet, aku akan ada rasa untuk menelan botol air clorox.
Ada satu peristiwa yang buatkan aku akhirnya mengambil keputusan untuk meminta bantuan abang aku. Abang aku membantu aku untuk keluar dari kempompong Bunga.
Abang aku membantu aku mencari kerja jauh dari Bunga. Aku diterima di sebuah firma di pantai timur. Sekali lagi, aku jauh dari keluarga tapi kali ini, tanpa Bunga.
Tipu kalau aku tidak rasa apa apa. Aku rasa bersalah. Rakan rakan Bunga bagitau aku yang Bunga menjadi kurang bercakap, kurang makan. Aku tau puncanya aku. Aku terpaksa. Demi diriku sendiri. Aku rasa aku telah khianati Bunga. Aku yang tinggalkan Bunga.
Ahli keluarga Bunga berfikir aku khianati Bunga. Aku terima. Sekali lagi Bunga mengugut untuk membunuh diri. Kali ni, aku kentalkan hati. Aku terpaksa memberitahu ibu dan bapa Bunga mengenai ugutannya. Bunga mengamuk. Bunga marah kerana aku melibatkan ibu dan ayahnya.
Aku tiada pilihan lain. Aku terpaksa. Aku terima aku bersalah meninggalkan Bunga, aku terima aku bersalah kerana mengkhianati Bunga dan aku terima aku bersalah kerana melibatkan ayah dan ibu Bunga.
Sehingga kini, rasa bersalah itu tidak pernah hilang walaupun sudah beberapa tahun berlalu.
Kini, aku dan Bunga sudah tidak berbicara lagi. Dari serapat Asar dan Maghrib kini kami sejauh Isyak dan Subuh.
Aku kini masih di pantai timur dan aku cuba untuk kembali bekerja di bidang ku yang dulu, namun akibat terlalu lama tidak bekerja dibidangku, aku sukar untuk mencari kerja di dalam bidangku.
Aku terima dengan apa yang jadi dengan diriku. Aku anggap ini sebagai balasan aku tinggalkan Bunga dahulu. Bunga? Aku mendengar cerita dia bertemu dengan cinta hatinya. Doa aku untuk Bunga akan sentiasa ada.
Aku? Sehingga kini aku masih takut untuk berkenalan dengan sesiapa. Aku membuat hal ku sendiri di pejabat kerana takut perkara sama berulang semula.
Bersalahkah aku meninggalkan Bunga?
– Si Pengkhianat (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Buat kawan tu biar berpada, tak perlu terlalu over dalam sesuatu perkara. Dah kahwin nanti pun takkan nak angkut bestfriend duduk sekali? Apo la.
alhamdulillah. bagus la dah bebas dari cengkaman bunga. maaf la kalau saya cakap ni. dari apa saya baca, bunga macam ada masalah jiwa dan kemungkinan besar dia lesbian. Awak tak salah
Kau bukan pengkhianat tapi Bunga yang manipulasi kau!
Bunga tuh jahat sebab tuh di pejabat dari awal kau kenal dia semua orang pulaukan dia.
Cuba kau fikir! Kenapa semua orang di tempat kerja kau jauhi Bunga? Mustahil semua orang tuh jahat! Kalau di mana sahaja Bunga pergi ramai yang menjauhi bermakna Bunga yang jahat dan toksik.
Kau patut bersyukur bebas daripada Bunga tahi ayam mental tuh.
Dah kenapa dia nak bunuh diri hanya sebab kau?
Orang lain sakit mental depresi tak pernah nak blame orang lain. Bunga hanat tuh pula menjaja nama kau busuk kata kau punca dia nak bunuh diri?
Elok pula temui cinta hati bila kau dah bebas daripada dia?
Nampakkan Bunga racun tuh saiko!
Dia dengki iri hati sebab kau dapat kerja lain.. Bukannya nak sokong. Malah nak kau berhenti kerja jangan terima tawaran kerja untuk kerja sama dia jadi kuli dia.
Keluarga Bunga tuh pon toksik. Anak nak bunuh diri salahkan kau pula.
Kau bukannya buli si Bunga itu. Kau jauhi toksik dan sikap manipulasi Bunga sahaja.
Tenang tenang sahaja dan pergi lantak Bunga haram jadah tuh!
Saya pernah rasa apa yang TT rasa.memang ada jenis kawan perempuan manipulasi mcm ni.suka hasut orang benci kita.pakai hijab rupanya lesbian.mana lelaki suka saya pun dia akan hasut benci saya.samapi saya putus dengan lelaki tu.tiba lelaki tu berubah.rupa nya dia hasut untuk bencikan saya.tempat kerja pun dia ajak saya berhenti kerja cari kerja tempat lain.siapa je yang rapat dengan saya dia akan follow kat IG FB then akan hasut orang tu benci saya.habis semua kawan kawan saya dia hasut untuk bencikan saya.pelik kenapa kawan kawan lain menjauh.rupanya dia yang hasut.habis dia burukkan saya.then saya berhenti kerja cari kerja tempat lain.dia pula pergi ke AUS petik buah akibat kena tipu dengan pelaburan FOREX.sebelum dia ke AUS tu dia pujuk saya buat personal loan dgn RHB sebanyak 80K.Nasib saya bijak tak buat loan tu.dia yang berhutang saya yang kena buat loan untuk selesaikan hutang hutang dia.banyak hutang orang dia kena bayar.Alhamdulillah dapat larikan diri dia.ada juga dia cuba guna no lain untuk contact saya.sampaikan saya terpaksa menukar no.tel.fobia trauma ada kawan macam tu.dan sampai skrg sudah bersuami ada anak masih serumah dengan lesbian dia.menduakan suami dgn perempuan lain.kesian suami dibodohkan.suami pun percaya itu kawan baik dia menyewa bilik.
Just be “yourself”.. knp awk nk salahkn diri awk klaw dia nk brenti kerja ke, bunuh diri ke.. sbenarnya dia lah yg ada sifat ‘rendah diri’ tu, dan ‘bersandar’ atas sifat kesian dan rsa kesetia-kawanan awk.. tak apa, skrg dia dah ‘jumpa’ cinta hati dia (boleh la plak hidup dgn org lain, n ada jugak org yg anggap dia ‘normal’).. anyway, awk pon dah ada hidup awk yg ‘bebas’ skrg.., so mulakn hidup baru, jgn anggap diri awk ‘kurang’ dari org lain, just strive hard out there, insha Allah satu hari, awk akn bertemu juga dgn cinta hati awk.. semoga bhagia.. wasalam
Bersyukurlah Allah dah ‘buang’ dia dari hidup awak dengan cara macam ni. Saya pun pernah kehilangan kawan sebantal dengan saya, mulanya memang rasa bersalah sangat, tapi Allah tu maha adil, Dia tunjukkan satu persatu perangai sebenar kawan saya tu. Slowly ya, time will heal.