Saya rasa terpanggil nak bercerita bila baca kisah satu confession yang bawa diri ke Jepun selepas bercerai.
Dalam cerita saya, saya takde la bercerai tapi lebih kepada cinta yang di reject. Ni cerita zaman awal umur 20-an. Saya teringat, mak cakap saya ni jenis cepat suka orang. Hahaha.
Masa saya baru masuk degree, saya pernah suka dengan seorang student lelaki ni. Saya gelar dia F. Dia ada kacukan. Kacukan belah Africa.
Taste saya lain macam sikit. Sampai mak pun cakap, ko ni takde suka sape sape yang cerah sikit. Asal saya tunjuk laki yang saya suka dekat mak, mesti mak akan cakap, takde yang cerah sikit ke? Entahlah.
F seorang huffaz, extroverted, jadi imam kat university yang saya study, budak pandai dan dean list. Tapi personality dia bukan jenis berkopiah sebab dia bukan Melayu.
Tapi satu masa tu, saya ada masalah sikit untuk adapt dengan peralihan ke zaman degree. Masa semester pertama je saya dah gagal dua subjek. Akibatnya, saya jadi lone ranger.
Kawan se-batch semua dah forward. Saya banyak bersendirian dan cuba cari kawan dari course lain dan junior. Saya biasa makan sorang-sorang kat kafe. Just typically different. Lama-lama biasa bersendiri dan independent.
Stress yang agak kuat masa tu dan terpaksa follow counselling sessions. Banyak merungkai unhealed childhood trauma kena buli, family problem dan lain lain. Gagal subjek kelihatan normal tapi ada trauma yang amplify the events.
Muka saya masa tu penuh dengan jerawat (cystic acne) pipi kiri kanan dan dahi. Saya pun tak tahu kenapa. Takde pula pakai make up yang dah expired tapi jadi makin teruk. Stress.
Pada masa yang sama, ada seorang lelaki (K) yang suka saya. Saya reject dia masa umur 18 tahun. Kami sebaya.
Enam bulan perkenalan diakhiri dengan saya yang cancel perkenalan sebab saya fikir terlalu jauh lagi perkenalan kami. Kenal umur 18, nak kahwin paling awal pun pasti lepas habis degree. Mau lagi enam tujuh tahun bercinta. Tak payahlah.
Berbalik kepada cerita F, masa ni dah tahun kedua degree. satu hari saya rasa nak lepaskan satu beban berat. Saya solat istikharah tiga hari berturut-turut.
Objektif saya solat istikharah tu cuma nak Allah izinkan saya untuk tahu sama ada F ni terima saya atau lebih baik saya move on. Saya minta semoga dapat jawapan dan dipermudahkan urusan.
Hari keempat, saya pasang niat nak meluah pada F. Habis kelas, saya dan F ikut jalan yang sama. Nak kata Allah permudahkan, koridor yang biasanya ramai student tiba-tiba sunyi pada masa tu. F yang extroverted dan ramai kawan, masa tu, dia jalan sorang-sorang.
Saya panggil dia dari belakang, F menoleh. Saya terus direct je bagitahu perasaan saya dan saya tanya sama ada dia terima saya (saya boleh tunggu dia) atau dia nak saya move on? Dia jawab, dia takde calon lagi buat masa tu tapi jangan tunggu dia. Dia suruh move on.
Berat untuk kudengar tapi meringankan. F cakap saya berani. Dia cakap tak pernah lagi orang perempuan berani macam saya. Cakap depan-depan.
Betul-betul lepas short conversation kami yang mana saya dapat clarification, terus ramai students lalu kat koridor tu. Perbualan kami tamat di situ. Saya jalan ikut laluan lain, F ikut laluan lain.
Bermula lah episode saya agak sedih. K masih mengganggu tapi takde pula saya terima dia sebab nak rebound atas rejection yang berlaku. Saya terus block K. Kesedihan ni sebenarnya berlarutan agak lama. Setahun lebih.
Sampailah satu tahap, saya tahajud tiap tiap malam dan berdoa supaya Allah berikan saya hati yang baru, satu kehidupan yang baru. Saya masih on counselling sessions.
Masa tu saya ada bela anak kucing dalam bilik kolej. Kecil lagi kucing tu. Minum susu guna botol. Kalau nak kencing pun kena lap guna tissue untuk stimulate pundi kencing dia.
Sanggup ku balik dari fakulti ke kolej berjalan 20 minit waktu pukul satu tengahari rembang semata-mata nak buat susu botol untuk meow. Pukul dua petang ada kelas. Habis bagi susu, solat zuhur then jalan semula ke fakulti. Semua ni berlaku serentak.
Kena reject, stress study, on counsellings dan jaga meow. Habis solat maghrib, saya pandang meow, meow pandang saya.
Saya cakap kat meow, doakan saya supaya saya boleh keluar dari apa yang saya rasa sekarang. Saya tak tahu macam mana. Saya tak ada kuasa untuk cipta keajaiban dalam hidup dan kemampuan saya terhad.
Masa ni saya dah start depress dan sembelit teruk. Debar-debar dada. Ada tu jumpa doctor, dapat ubat penenang puler dan ubat lawas sebab lima hari tak buang air besar.
Fast forward, tiga bulan kemudian, saya dapat tawaran exchange programme ke Hungary bersama dengan tiga lagi student lain, selama enam bulan.
Saya rasa ni doa yang termakbul. Sebab selalunya sudent yang tawaran ni mesti cerdik pandai. Pointer CGPA kena 3.00. Saya pulak bawah 3.00. Student lain yg join semua atas 3.00. Saya je yang kureng sikit. Hehe.
Masa nak bertolak nak ke Hungary, sempat F wished all the best. Bissalamah, reply kat whatsapp status. That was the last conversation. Pengalaman kat Hungary memang sangat seronok. Stay dalam environment yang berbeza.
Just a lot of meaningful moments that I managed to forget all the previous sadness. Bad memories replaceable with awesome experiences.
Kami travel sana sini dalam Hungary. Jumpa locals, make new friends, belajar bahasa baru, before bertolak balik Malaysia, kami travel ke beberapa buah negara Balkan yang lain dan eventually balik Malaysia.
Sampai sekarang, saya acknowledge itulah pengalaman terbaik dalam hidup saya walaupun tinggal di sana selama enam bulan. Bak kata science, our neurons bercambah and create more networks.
Kembali ke semester baru di Malaysia. Bila nampak F dalam kelas yang sama, saya dah tak rasa apa-apa perasaan. Tak rasa sedih, tak rasa marah. Cuma fikir, oh dia pernah jadi seseorang yang aku suka dulu.
Kami bertegur seperti biasa kalau terserempak di fakulti dan tiada perbualan yang panjang.
Sepanjang di Hungary tu pun, F takde mesej apa-apa. Saya rasa dia membantu untuk saya move on dan dia professional. Semua okey and all get fair square.
Pernah saya unblock sekejap K lepas saya balik Hungary, bila dia nampak whatsapp status saya, terus dia tanya saya dah ada kekasih ke belum? Saya jawab ada dah walhal sebenarnya saya tak ade pun. Saya tak terfikir nak tangkap muat aje.
Cerita benda dah lama. Sekarang saya baru habis master dan tengah berkenalan dengan orang lain, tahun depan nak kahwin. Tapi bukan orang melayu jugak. Bangsa Salman Khan, Shah Rukh Khonn. Pening mak guwe. Soalan yang sama, takde yang cerah sikit kaaa? Hahahaha.
Sometimes, K ada tengok whatsapp status dan tanya, “Dating ke tu?” “Laki tu orang mana?”
Just my stories. Nothing serious at all. Sekian.
– Si Nopal (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Semoga dipermudahkan urusan nk kahwin tahun depan sis Aamiin..
Doakan sy jgk ye hehe
Aamiin semoga dipermudahkan segala urusan kita semua.
kesian betul saya pada k. Bertahun2 try hard. Tak apa lah. Nama pun bukan jodoh. Kepada K, please move on. Huhu.
Barakallah TT. Tahniah akan berkahwin.