Aku seorang remaja yang kejam dengan diriku. Kenapa aku cakap aku kejam. Sebab aku banyak rosakkan diri aku sendiri. Ini kisah benar dan aku harap korang amek pengajaran and bantu juga aku.
Benda ni terjadi masa sekolah menengah dahulu. Hanya kerana kepercayaan dan pujuk rayu, aku hilang kenikmatan digelar seorang anak dara. Sejujurnya aku menyesal dengan tindakan aku sehingga kini. Sehingga harini. dan bila aku hilang dara aku baru lah aku percaya kenapa Allah larang umat dia berzina
Seriously susah nak hilangkan nafsu tu. Susah sangat nak berubah. Dan makin kuat kau nk berubah nk buang nafsu tu makin kuat dia datang. Aku dah rasa kehilangan kawan-kawan aku saat terkantoi yang aku takde dara. Terkantoi semua ni terjadi atas sebab dengki. Aku dicerca dimaki diperli dibuang. Allah je tahu remuk kecewanya aku saat tu. Pernah juga aku terniat nak bunuh diri tapi aku fikir mak ayah aku.
Aku fikir, aku da malukan dorang dengan berzina takkan aku nak tambah lg dengan bunuh diri. Aku nekad aku kuatkan diri aku hadapi semua tu. Orang benci aku orang cuba ambil kesempatan dekat aku. aku kuatkan and lawan. Dan aku bersyukur ada seorang bestfriend yang terima aku and kuatkan aku even mak dia larang kawan dengan aku. Sampai satu masa aku buat keputusan utk belajar betul2 and pindah sekolah.
Alhamdulillah aku happy dekat sekolah baru aku. dan aku syukur ada hamba Allah yang masih jaga aib aku even tahu kisah aku. Terima Kasih sahabat. Namun happy aku tu tak kekal lama bila salah sorang geng aku sendiri tanya aku personal “betul ke kau xde dara sbb aku ada kawan yg bagitahu aku. kawan tu …..” aku nafikan dan aku cakap tu semua penipuan and aku buat report polis. Aku nanges seorang2 sebab aku teringat kisah silam yg aku cuba lupakan tu.
Even bf aku pon tahu kisah ni bila ada orang bercerita pada dia. And saat tu bf aku yg dlu tak pernah sentuh aku, start pegang aku and aku terlanjur dengan dia. Lama-lama hubungan kiteorg makin tegang dengan dia pon kaki perempuan akhirnya putus. Dan aku makin risau “ada ke lelaki nk terima aku”
Aku sambung belajar ke matrik. Aku jaga batas aku dengan lelaki, aku belajar betul2, nak keluar berdua dengan lelaki pon tak ada. Alhamdulillah aku nampak peluang aku utk berubah. Aku da start solat penuh. Baca al-Quran. Aku happy dengan life aku. aku kenal dengan sorang laki ni. Minat sangat dengan dia tapi kerana masih takut dengan kisah lama aku, aku jauhkan diri walaupun dia cuba dekati aku. aku takut kecewakan dia bila dia tahu aku tak ada dara dan aku pon rasa diri aku sangat tak layak utk dia sebab dia dari keluarga yg kuat agama. Sedangkan aku? hmm
Setelah beberapa bulan habis matrik, skrg aku di zaman universiti. Tapi aku rebah balik aku kembali semula dengan zina. Dan aku sentiasa dlm situasi bangkit untuk berubah kemudian jatuh semula. Impian aku tinggi nak berubah, nak Berjaya nak kahwin nak ada family ttbe rapuh. Aku bingung dengan diri aku. sampai satu hari ni aku jumpa seorang lelaki yang aku suka keperibadian dia. Tapi aku perasaan takut tu masih wujud lagi. apa aku patut buat? Hari-hari aku doa minta Allah berikan aku jodoh yang bole maafkan aku and terima kekurangan aku. aku harap sangat doa aku termakbul.
Semalam aku ada baca entry confession kt sini, seorang brader ni cerita pasal peluang kedua. Aku harap sangat ada lelaki yang dapat terima aku macam mana brader tu terima tunang dia. Aku nak berubah jadi baik aku nak sangat lupakan kisah silam aku. tapi aku memang takkan bole lupakan. Kalau diberi peluang, aku nak patah balik masa dlu and sedarkan diri aku zina tu bahaya.
Doakan aku untuk berubah ye korang. Aku masih dlm selubungi takut and nafsu sentiasa datang. Aku kadang menangis merintih sebab teringat kisah lama aku. aku harap sangat suatu hari nanti andai betul aku dijodohkan dengan seseorang, orang tu dapat terima aku dan bimbing aku bukan buang aku.
Buat semua orang kat luar sana, aku mohon sangat janganlah buat macam mana kawan-kawan aku and orang sekeliling buat dekat aku. cerca orang yang takde dara, buang dia. Kadang-kadang kesilapan tu terjadi untuk menyedarkan dia. Semua orang berhak untuk berubah dan diberi peluang. Kalau terus dicerca, hina , dibuang, mana semangat untuk dia berubah? Aku da rasa, aku down teruk kadang give up.
Untuk kaum Adam, tolonglah hormati seorang wanita itu seperti mana kau hormati mak kau. Kau bayangkan la perempuan yang kau ajak berzina tu mak atau kakak kau. Kau sanggup ke ?
– Insan berdosa
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Nurul Najihah
Kalau manusia x sanggup terima kita, tapi pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk kita. perbuatan tu memang berdosa. Tapi x perlu la sesama manusia kita menghina kn.