Aku Kidal – 4:03 PM

Aku Kidal

Aku dilahirkan kidal. Orang cakap kidal punya personaliti ni macam macam. Yang sangat macam macam.

Orang barat menggambarkan kidal sebagai syaitan (pada aku manusia yang lupakan Allah ni semuanya setan)

Selebriti kidal pun ramai jugak macam Tom cruise, Brad Pitt, Angelina Jolie, Marilyn Monroe, Kurt Cobain, Leonardo daVinci, Leonardo de Caprio Barrack Obama, Hillary Clinton, Bruce Wilis and bla bla bla lagilah..

Bukan aku nak cerita siapa yang kidal cuma adakah orang kidal sifatnya macam aku iaitu..

Suka baca komik macam One Piece (816 episode) Naruto (700 + 10 episode : Tamat) Bleach (662 Episode) Assassination Classroom (175 episode) History Strongest Disciple Kenichi (583 Episode : Tamat) dan certain komik lagi.

Sampaikan aku suka sangat character Roronoa Zorro, Abarai Renji, Nara Shikamaru, Kosaka Shigure (aummmm ♡), Nagisa Shiota, Monkey D Luffy and so on.

Baca komik online ni dah setiap hari aku buat. Xde keje kat Office, Malam sebelum tido, Sebelum tengok wayang. Asalkan ada masa free aku akan baca komik macam sekarang (Baca One Piece Episode 816) Kadang kadang wife aku tanya, nape suka sangat hadap hp. Tapi tak adelah aku 24 7 baca komik.

Kedua aku suka main game. Kat rumah aku main game xbox. Assassin Creed, Farcry, MGS, COD dan game yang berplatformkan action adventure. Kalau wife aku tengok tv, aku akan main game dekat laptop @ Handphone.

Ketiga aku Movie mania. Tiap tiap minggu nak tengok movie. Aku punya movie mania tu sampai aku penah buat partime dekat TGV dgn GSC sebab nak tengok movie free. Time keje aku download link movie, sebelum balik office aku download movie dan aku simpan dalam USB On The Go. Bila free aku pasang movie tu kat Hp aku. (Malam ni tengok Deadpool)

Keempat aku suka music. Seriously bukan lagu melayu yang tangkap leleh tu. Aku kat gym, kat office, memasak, basuh baju mesti ada lagu (sekarang tengah dengar lagu So Far Away – Avenged Sevenfold). Hp aku beribu lagu disimpan. Tak termasuk dalam external hardisk lagi.

Kelima aku suka Hardware & Software. Memang la keje aku as network security, tapi addicted macam nak coding, cracking, exploit and so on tu selalu ada. Hp aku pun pakai Kali Linux okay.

Secara asasnya kalau aku repair pc atau laptop. Aku akan pasang lagu, pada masa yg sama aku pasang movie tanpa suara. Kat tangan aku mungkin komik online (via smartphone) Tak pun aku main game sementara nak tunggu hardware atau software berfungsi.

Tahun ni aku dah turn to 31. Mungkin aku macam ni sebab aku tak da zuriat lagi walau dah kahwin 3 tahun (korang doakan aku). Cuma itulah, sifat ni ada seiras dengan abg aku dan adik aku (kidal).

Kadang kadang orang cakap, baca komik macam budak budak. Main game macam budak budak. Aku pun tak tau, nak tinggal habbit ni macam susah giler.

Macam ni ke orang kidal? Ke aku sorang je yang macam ni.

Sape kidal?

– Cactus

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *