Assalamualaikum semua dan selamat hari raya. Harap admin sudi terbitkan pos ni sebab aku tertarik sgt dgn kisah budak gay yang berjihad lawan nafsu tu. Aku rasa benda ni memang perlu diperjelaskan kepada umum supaya masyarakat berubah daripada mentaliti menghukum kepada membantu. Sebelum tu aku ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang buka laman ni. Ramai manusia tertekan di luar sana yg perlukan sokongan tanpa menyerlahkan identiti dan membuka aib.
Aku perempuan dan pernah terjebak ngan dunia lesbian. Seingat aku, pendedahan pertama aku kepada perkara seksual ialah sebelum masuk sekolah lagi. Aku ada siblings yang dah besar2 dan aku bongsu. Diorang jenis layan porn dan tak rasa malu pun nak cover up dari pandangan org. Padahal zaman aku kecik tu kira sensitiviti kesopanan masih tinggi.
Pastu kat sekolah rendah, dalam darjah 2 gitu besfren aku pulak dah pandai memporno. Tah dia tengok video parents dia atau terang2 nampak mak pak dia buat, xtau la. Yang penting dia ajak aku buat kat toilet. Aku ingat lagi pala otak aku yg blur masa tu fikir, oh, camni ke orang beromen? Tak syok pun. Sakit ada la – sebab masa tu pinggang aku terlipat kat dinding. What’s the detail xyah citer la sbb aku bukan nak buat cerpen lucah kat sini. Naik darjah 5 besfren lagi sorang plak ‘mengajar.’ Padahal aku dah sekolah agama dah. Still xselamat dari perkara tu. Pendek citer nya aku jadi suka ngan benda tu. Naik menengah aku masuk asrama maahad. Aku start suka dgn perempuan terutamanya yg berpenampilan tomboy. Aku sniri pun walaupun rambut panjang tapi perangai cam tomboy. Dressed up cam jantan. Aku xde perasaan tengok budak laki tapi sgt berahi tengok pempuan. Cemana pun aku xsampai ml sesama pempuan sebab aku tau mende tu salah. Aku berusaha tahan naluri songsang aku di dalam, jadi rahsia aku dengan Allah je. Kadang2 miang aku datang membuak2, aku tulis la cerita lucah untuk puaskan diri sniri. Pastu bila rasional datang balik, aku koyak2 cerpen tu dan flush dalam jamban. Jauh dalam hati kecik, aku takmo terima naluri tu jadi sebahagian diri aku. Naluri tu SALAH! Cuma aku xdapat tahan bila tiba2 keinginan tu datang.
Time asrama aku meletup dengan kes lesbian dan 2-3 couple kene buang, aku tak termasuk dalam golongan tu. Alhamdulillah. Mungkin berkat aku menahan diri. Naik ipt aku masih dgn rahsia aku. But dah naik 1pangkat sebab aku mula masturbate dan layan website. Mana belajar? Aku tak belajar mana2. Satu hari masa keinginan aku dtg membuak2, dtg je ilham suh aku raba diri sniri. Sejak tu aku dah susah nak tinggalkan. Cam brader tu kata, don’t start. Allah kata la taqrabuz zina. Kalau dah rapat mesti terjebak. Aku tau zaman skarang ni org anggap benda tu biasa. Aku tetap kata salah walaupun aku sniri buat. Maksiat yg jadi mainstream tetap salah walaupun aku sniri hanyut!
Sebab apa, dari maksiat kecik yg jadi rahsia dalam selimut ni la akhirnya membawa perzinaan, liwat dan rogol. Penzina dan peliwat ni bila makin gila mula la suruh org iktiraf kegilaan diorang. Sebijik orang gila yang xngaku dia gila. Sorry kalau korang yg baca ni ada yg gay @ lesbian @ pengkid. Kita kena terima yang kita ni tak normal dan carilah bantuan. Benda ni serius bleh baik asalkan kita MAHU berubah. Takde istilah naluri semula jadi melainkan tuhan cipta kau dengan dua kelamin. Itu pun Allah tetap suruh pilih untuk hidup sebagai salah satu jantina. Memang la boleh nak turutkan nafsu tapi kau akan tanggung rasa bersalah sampai mati. Tak berbaloi langsung camtu. Hidup sengsara dah mati kene siksa.
Aku kan, bila mikir balik, kenapa la tuhan takdirkan aku terdedah ngan porn sejak kecik? Pada zaman yang adab susila masih tinggi, isu seksual masih terlalu tabu, aku jugak yg Allah pilih nak terjerumus ke lubang tu. Why??? So aku simpati dgn gay/lesbian yg terjebak disebabkan didikan @ penganiayaan keluarga. Didikan tu maksudnya parents teringin nak baby girl so dorg groom their boy jadi girl or vice versa. Dah besar anak tu celaru identiti. Mmg parents lahanat.
So cemana aku fight benda ni, start at the very core iaitu porn addiction aku. Jauhi benda2 yg boleh trigger keinginan tu. Bukan setakat imej, makanan yang boleh up libido pun aku boikot padahal itu la feveret aku :’( Takpe la bagi aku kembali ke jalan lurus tu lebih penting dari segalanya. 2nd sibukkan diri ngan aktiviti luar. Kasi banyak terdedah kepada matahari. Matahari memang bantu naikkan semangat positif, hendaknya yang cahaya waktu duha tu. Tak caye try buat. 3rd, tukar environment. Tukar suasana rumah/bilik. Tukar friendlist. Jauhi kawan2 yg xmembantu. Xkira la kawan tu straight atau senget. Kecuali kalau ada kawan yg sama nak berubah, bawak dia sekali. 4th banyakkan istighfar dan zikir supaya otak sibuk dari mikir benda xsenonoh. 5th pergi masjid sekerap mungkin. Kalau ada masa lapang duduk la iktikaf saje pun dapat pahala. Tunjukkan pada Allah yang kau serius nak berubah. Banyakkan doa dan minta ampun. Percaya la Allah sayang kita lebih dari kita sayang diri sniri. Memang dalam hati rasa kotor, rasa xlayak, telan je diam2. Kalau layan perasaan tu yg syaitan hasut kau jangan berubah. Yang penting masa gi masjid tu jangan la ko buat penampilan gay/maknyah. Kang kene halau pulak ngan tok siak.
The last one yang terpenting, dapatkan rawatan di pusat rawatan Islam. Sebab kita fight syaitan sebenarnya. Syaitan yg nak kita ni rosak dan kufur kepada Allah cam dia. Serius banyak member yg aku tengok terjebak dalam hal ni ialah org2 yg ada saka keluarga. Ada special gift yang akhirnya menjahanamkan diri. Aku sniri pun ada. Haha. Terima kasih tok nenek yang wariskan mende ni :’) Antara tanda org yg ‘ditumpang’ jin ni ialah dia ketagih ngan maksiat. Aku la tu sampai tahap aku sniri xpaham mana datang perasaan miang tu xkira masa.
Banyak step lagi sebenarnya sebab aku cuba cemacam cara untuk sembuh. Pernah terfikir nak beli rotan dan pukul diri sniri bila naik miang. Tapi xbuat sebab takut tinggal parut kat badan. Kang future husband tanya xkan aku nak bukak pekung plak. Apapun semangat nak berubah kene kuat. Mana nak datang semangat tu, bergaul la dgn org2 baik supaya timbul rasa nak jadi baik. Bro, kalau kau mati muda pun biar la mati sebagai fighter, jangan mati sebagai loser ok. Allah beri pahala atas perjuangan kau.
Kepada masyarakat, jangan la mudah2 nak bash golongan camni. Korang xtahu cemana diorang jadi camtu. Memang ada yg silap sniri. Ada yg silap org lain. Open ur heart and offer ur help. Kalau diorang tegar sangat sampai tahap merosakkan org lain, menyiarkan maksiat tu dengan bangga, baru la korang langgar ngan bulldozer. Ambik contoh dakwah Nabi Lut yang selalu cuba rasionalkan kaum baginda. Sentiasa mengajak berubah, bukan kutuk sampai lunyai pastu blah.
Maaf pos aku panjang. Sekali lagi terima kasih pada admin kalau sudi siarkan. Aku doakan brader sista semua diberi hidayah to become a better muslim, a better person. Amin.
– Eija
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Awak yg tulis confession ni boleh pm saya tak. Saya mmg susah nak tnggalkan dunia lesbian ni. Dkt u saya ada 2 3 org mcm ni dan kami x brhnti smpai skrng. Tlong pm kami xtau nak buat mcm mne
Jgn buka aib, Allah dah tutup sis
Sis dosa besar buka aib sendiri, mohon delete comment…in case ada mnusia prob hati karang di viral kannya
yes please delete..
Aku check fb dia. Gender dia male -_-
Tengok dilwale
Mcm faked akaun ja.hahaha
Aku check email fb dia, ahmad kasyaf nama dia?…asal desperete sngat hang ni bhai
Dekat uni aku, kumpulan gay mempertahankan golongan dan hak diorang. Katanya perempuan zaman skrg semua tak boleh pakai, lebih baik suka lelaki. Jenis gay macam ni mmg patut kena langgar dgn bulldozer kannnn haha
Habis tu mak diaorg takleh pakai juga la? Hahahaha.
okay.. golongan lelaki pun tak leh pakai jugak lah kalo camtuh… sama je~
Dah tu nnt sape nk basuh pinggan time raya?