Hai assalamualaikum..
Bila baca memang ramai rupanya ada masalah keluarga, aku pun ingat aku sorang je ada masalah rupanya ramai lagi ada masalah mcm ni..aku rasa dugaan paling berat dlm dunia ni bila diduga atau diuji dgn masalah keluarga..
Aku? Aku anak sulung dari 4 org beradik semua perempuan..masalah aku? Hmm mungkin org kata masalah aku kecik tapi Allah je tahu betapa aku selalu tercari cari jalan cara utk sabar..aku cemburu bila baca dlm group whatsapp masing2 update gambar family..aku just tgk je gambar dorang sbb aku tak pernah bergambar satu family n solat jemaah jauh sekali..nampak family mcm ada agama tapi entah..
Aku tak faham dgn mak bapak aku ni..kdg aku benci dgn perangai mak bapak aku ni..benci sgt sgt sampai aku rasa mcm aku ni anak derhaka..kdg2 aku rasa nasib aku malang dpt family broken mcm ni..aku tak faham, knp kalau beraya rumah atau tetamu dtg rumah mesti mak aku buruk2kan aku tak pandai masaklah, panas baran lah..ya aku akui semua kelemahan tu tapi perlu ke sebut dpn sedara2 lain? Tapi mak aku suka puji melambung2 adik aku yg sorng ni..padahal adik aku ni berzina sampai lahirkan baby dan mak aku masih sygkan dia n puji melambung2 dia depan sedara sedara lain..tapi kalau aku buat salah dia tak ambil kisah langsung pasal aku,dok dalam rumah langsung xnak tegur aku.
kadang sampai tahap aku nak pulak burukkan mak aku depan dorang tak reti didik anak sampai anak berzina semua..masa hari raya ni sedara aku tanya siapa di antara adik beradik aku yang boleh wariskan syarikat ayah aku..mak aku cakap adik aku, lps tu siapa antara adik beradik aku yg hebat kemahiran dia jawab adik aku tu jugak padahl sedara mara aku xtau adik aku ni perangai teruk gila sampai lahirkan anak zina tengking mak buat mak mcm kuli bila kat rumah, belajar pun tak pandai kerja rumah tak pandai..dia kerja habis balik lepak dgn kwn2, kdg dgn laki dia kat luar, mak pulak terkontang kanting masak,kemas rumah, jaga anak dia semua..cuba kalau aku buat salah mcm tu? Tak ngaku anak agaknya oiii
Aku ni kakak sulung, aku agak panas baran bila aku dah hilang sabar dan aku marah selalu ada sebab lagi2 bila tgk adik kat rumah pemalas, tengking2 mak..tapi masalah aku ni bila tegur n marah adik2 aku ni jenis kuat melawan dan bila melawan aku naik angin so alih2 jadi gaduh besar dan aku jugak dipersalahkan..bila mak aku suruh aku berhenti gaduh dgn mak2 aku sekali aku mengamuk..aku kerja siang balik penat,kerja hadap perangai customer kat luar lagi balik hadap perangai family broken pulak..bila aku marah adik2 aku jadi gaduh besar bila da gaduh aku dipersalahkan pulak padahal aku ni nak tegur adik2 aku..tapi mmg aku akui cara aku salah sbb kasar tp dgn cara kasar ni je boleh dgn cara lembut mmg xjalan..cuba korang bygkan klu dapat adik beradik pemalas tahap gaban,main hp tgk korea je memangjang,kerja rumah tak buat masak tak pandai…kau tak skit ke mata tgk padahal umur dah 24 dan sorang habis sekolah dah..kerja pun tak,klu kerja selalu berhenti..belajar pun lembab..aku bukan nak kata aku bagus tapi aku ni sorg jela yang belajar sampai Universiti,kerja pun jawatan biasa tapi syarikat korporat besar kat negara ni..kiranya aku jela yg boleh diharap setakt ni..
Balik pasal adik aku yg berzina sampai lahirkan baby ni Aku tgk mak aku mcm kuli atau babu je kat rumah, dia jaga je baby tu tanpa upah apa semua..adik aku tu dia dah kawin dgn jantan yg rosakkan dia..so baby tu letak kat rumah kami..mak aku pulak sanggup jaga baby ni tanpa upah semua..part paling best, bila adik aku tengking mak aku ni dia buat bodoh je..even dia dah sampai berzina pun mak aku nangis2 marah marah gitu je..tapi kalau aku buat salah, dia halau aku keluar dari rumah..padahal salah aku apa? Salah aku sebab aku ni selalu mengamuk kat rumah, hempas barang pintu semua bila marah adik beradik aku..aku dah tahan sebenarnya weh dgn adik beradik aku..aku dah tak tahan tgk perangai pemalas dorang..
Mak ayah aku terlalu manjakan anak2 dia, sampai adik beradik aku naik lemak dan tak pandai berdikari..aku terfikir kalau ayah aku xde esok mcm mana nasib aku dan keluarga aku..aku prmpuan adik beradik aku semua perempuan, yang kerja aku sorang je yg adik aku ada baby tu pulak kerja pun mana pernah menghulur menyusahkan dgn baby dia lagi adalh..kdg sampai aku tak layan pun baby dia..
Aku ni pernah bertunang, tapi putus mungkin sbb tunang aku xtahan dgn perangai aku yg panas baran..aku tertekan,aku sgt tertekan sebenarnya sbb aku dari family yg kelam kabut, sedangkan dia dari family bonding yg kuat..dgn tuntutan kerja yg mmg mental hadap perngai customer kdg2 aku jadi kuat memendam dan panas baran..aku terfikir, kat luar nanti siapa jela yg sudi nak peristerikan aku yg ada masalah keluarga ni..siapa jela yg boleh tahan dgn perangai aku yg panas baran ni..kdg aku xnak kawin dah sejak putus tunang tp jauh disudut hati aku sunyi..umur pun dah 25,bila tgk adik beradik aku..aku nak je dorang kawin dlu lps tu baru aku kawin sbb esok lusa klu aku kawin siapa nak jaga mak ayah aku? Dbuatnya dpt suami yg control aku mcm mana aku nak tgk adik beradik aku..
Aku dah putus harap dgn soal jodoh..aku dah la tak lawa, ada masalah keluarga..entahlah..aku kalau nak cari calon lps ni aku perlukan lelaki yg mental dan iman yg kuat juga,yang boleh jadi contoh buat aku dan family aku..tapi siapa la aku ni?
Mmg aku kakak yg teruk sbb tak pandai jaga adik adik, memang aku benci adik adik aku,aku benci tgk muka adik2 aku tapi jauh disudut hati aku nak dorang selamat bahagia..aku kecew dgn mak ayah aku tapi apakan daya mereka ttap mak ayah aku, syurga aku terletak pada redha dorang..aku sakit, aku letih,aku penat dgn dunia ni..kdg aku nak je serah diri kat hospital bahagia atau pusat rawatan sakit jiwa sebab aku tertekan dgn family aku dan selepas aku putus tunang..aku letih..letih sangat..
– A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Hai..wasalam..utk pendapat,,kalau da tegur cara kasar pun x diterima,lastly tegur la dalam doa..hati manusia kan Allah yang pegang..
Saudari, pada pendapat saya, ibu saudari cba berlaku adil..cuma tak kena cara. Mgkn dia memikirkan adik saudari byk kekurangan jd kena melebihkan kasih sygnya. Tp utk saudari dia mgkn berfikir saudari sudah cukup segalanya dan juga saudari bleh berdikari. Demi mengelak adik saudari cemburu melampau berasa tdk adil kerana saudari ckp segalanya dia terpaksa mengurangkan perhatian terhadap saudari. Tp percaya lah mereka sayang akan saudari.