Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Aku seorang gadis, berusia 25 tahun. Masih lagi belajar dan bakal menjadi seorang yang miskin dan papa kedana satu hari nanti. Itu yang kawan-kawan aku cakaplah. Aku kadang-kadang dah boring nak keluaq lepak dengan kawan-kawan aku sebab apa yang diorang tahu, semuanya pasal duit, duit, duit.
Aku ni bukanlah tak suka duit, tapi berpada-padalah. Kena ukur baju pada badan sendiri. Tak salah berusaha untuk dapatkan duit, tapi aku rasa, kita kena bersyukur dulu dengan apa yang kita ada. Kalau kita tak pernah rasa cukup, kita akan senang hatiah kalau kita jadi jutawan pun.
Aku ada kawan, gaji dia RM2k sebulan. Dia bagitau aku duit dia xcukup. Nak makan lagi, sewa rumah, internet, shopping, balik kampung, bagi duit raya kat adik-adik etc. Aku fahamlah jugak. Lepas tu, dia tukar tempat kerja, gaji dia up jadi RM3.5k. Still tak cukup. Tapi, aku nampaklah yang dia dah pindah rumah sewa yang besar sikit, tukar phone mahal sikit, dah start pakai barang-barang branded. Kalau macam tu, sampai gaji kau RM10k pun takkan pernah cukup, babe!
Kalau gaji up, semua benda nak up, tak payahlah kau fikir nak jadi jutawan sangat. Memang duit kau tak akan cukup seumur hidup. Tiap-tiap bulan komplen duit tak cukup, memang tak akan pernah cukup, sebab kata-kata kita tu satu doa.
Aku pernah dengar Ustaz Don cakap kat TV dulu. Rezeki ni datang dalam pelbagai cara. Dan ada dua syarat rezeki yang ALLAH turunkan pada kita.
Yang pertama, rezeki tu ALLAH bagi kat semua orang.
Yang kedua, rezeki yang kita dapat tu bukan 100% milik kita. Ada hak orang lain yang perlu kita tunaikan dalam rezeki kita tu.
Ada jugak kawan-kawan aku yang bising cakap aku selalu sedekah kat masjid weh, tapi aku tak kaya-kaya pun. Itu namanya tak ikhlas. Kalau kau sedekah sebab kau nak jadi kaya, kau lupakanlah. Sedekah tu ikhlas, dengan niat nak tolong orang lain. Tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Sesungguhnya amalan kita tu bergantung pada niat.
Dan rezeki juga tak semestinya dalam bentuk duit. Kesihatan, kehidupan, family yang baik, kawan-kawan yang baik, keta tak pernah rosak, tak pernah fail exam. Semua tu rezeki apa. Tinggal kita ja nak bersyukur atau tak nak.
Kesimpulannya yang aku boleh buat kat sini, tak berguna pun jadi jutawan kalau kita tak pernah bersyukur dan rasa cukup dengan apa yang kita ada. Sedekahlah dengan ikhlas. Ganjaran dan janji ALLAH itu pasti. Bila dan di mana, kita tak tau. Cukuplah ALLAH tau dan kita yakin dan berserah sepenuhnya pada ALLAH. Niatkan yang satu hari nanti ALLAH akan balas perbuatan kita, kalau tak kat dunia, kat akhirat. Insha ALLAH.
– Mut-ara
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Duit leh buat seseorang tu happy – tapi bahagia tu lum pasti – kalau gaji 3.5k buat lah cara hidup seolah 2k saja – kalau makin besar periuk nak juga makin besar kerak – bak kata kompessor 10k pun tsk cukup