Aku Mahu Popular
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
First and foremost, terima kasih kepada admin sebab approve confession saya ni.
Dulu, saya selalu jealous dengan seorang kawan saya ni, dia ramai followers dekat instagram, dapat banyak 'likes' dekat facebook. Sampai sekarang punlah dia selalu dapat banyak likes dekat facebook dengan instagram. Dia update status pasal dapat sepupu baru, tanpa gambar pun dapat sampai 100 likes, so, yang lain tu tak payah ceritalah kan. Tambah-tambah lagi gambar dia ambil ijazah. Kawan saya ni kira kawan baik sayalah sebenarnya, kami kawan baik dari sekolah menengah lagi. Tapi, saya sangat jealous dengan dia. Saya selalu tertanya, saya ni kurang kat mana? Saya rasa, ayat-ayat motivasi saya lagi deep, lagi berisi. Status dia selalunya macam sangat simple je, tapi boleh dapat banyak likes. Tapi, bila saya fikir balik, yalah, dia cantik, comel, putih. Saya ni, kalau tak pandai belajar, memang lostlah hidup saya time tu. Sampailah, saya 'berkenalan' dengan seorang lelaki ni, dia husband saya sekarang, saya kenal dengan dia sebab dia xpernah xlike status saya. Time tu saya belajar kat oversea, bila saya balik for good, saya kenalkan dia kat mak saya. Lepas tu saya tunjuk instagram saya kat mak saya, sebab nak tunjuk gambar dia, mak saya tengok instagram saya, mak saya tegur saya, mak saya kata, 'dik, adik post gambar-gambar macam ni, orang lelaki 'tertarik' ni dik.' Saya dulu belajar sekolah aliran agama, so bila mak saya cakap macam tu, memang sangat terkesan di hati. Mulai hari tu, saya buat keputusan untuk blok semua followers lelaki saya dekat instagram. Saya unfriend jugak mostly lelaki2 yang saya tak kenal dalam facebook. Saya dah mula tak post gambar sangat dalam facebook. Kalau ada pun, bukan gambar saya sendiri, sama ada dengan family atau dengan kawan-kawan.
Lepas kejadian tu, saya rasa popular tu tak ada harga apa-apa lagi dah.
Suami saya ni, dulu dia satu sekolah menengah dengan saya jugak. Lepas kahwin, dia cerita yang time sekolah dulu, dia pun beritahu secara jujurnya yang kawan saya yang saya cerita tadi, nama dia selalu disebut oleh orang lelaki. Terus saya rasa tersentap. Jealous macam mana pun saya dengan kawan saya ni, dia ni saya anggap best friend saya, sampai bila2. Saya pernah dengar ustazah saya cakap dahulu, 'sebaik-baik seorang wanita ialah seorang wanita yang namanya tak pernah meniti di bibir seorang lelaki.' Kawan saya ni baik, sangat baik, dia seorang kawan yang baik, anak yang baik, pekerja yang baik, dan saya xmau dia jadi xbaik sebab dia popular
Bila saya bagitau dia, dia xmau percaya dengan saya. Dia kata, mana ada orang kenal dia, orang lagi kenal saya. Kalau orang nak cakap, cakap pasal sayalah, cakap pasal dia nak buat apa. Saya xtau macam mana saya nak explain kat dia.
Kadang-kadang saya kecik hati dengan dia, bila dia bercerita dengan saya, dia akan cakap, dia dapat kerja senang, tempat best, tapi not worth it. Saya ni, pergi interview banyak benda, semua kena reject. Tapi, bila saya bsembang dengan husband saya, dia cakap dengan saya yang kawan saya ni mungkin ada rasa inferior dengan saya. Dia pun jealous dan inferior dengan saya sebab saya belajar degree oversea, dapat capai cita2 saya untuk sambung Master dalam bidang yang saya minat dan dekat IIUM, universiti yang saya cita-citakan sejak saya sekolah menengah lagi. Dia nak apa yang saya ada, dan saya nak apa yang dia ada. Kami sama-sama jadi manusia yang tak bersyukur.
Cumanya, saya harap, dia pun xrasa inferior dah dengan saya. Sebab saya pun dah xjealous dengan dia. Saya nak kami kekal jadi best friend sampai bila-bila. Walaupun jodoh dia lambat dari saya, saya doakan kebahagiaan dia berkali-kali ganda daripada saya. Insha-ALLAH.
Saya juga harap dengan sharing cerita saya ni, orang-orang kat luar sana dapat belajar dan mengajar diri masing2 utk xjealous dan xrasa inferior dengan orang lain. Rezeki masing-masing, dan insha-ALLAH, ALLAH dan susun cantik jalan kehidupan kita. Yakinlah pada ALLAH, insha-ALLAH bahagia.
– Sis H