Aku, Masters dan Depression

Salam. Saya ingin mohon pendapat dan nasihat. Saya baru sambung masters awal Februari yang lepas. Nak dijadikan cerita saya mengalami depression yang sangat teruk, dan hampir setiap hari saya menangis. Sampaikan satu tahap saya mohon Allah jemput saya, sebab saya dah tak tahan menanggung kemurungan ni. Rasa tak best, dan saya mula hilang minat belajar. Saya merasa kesunyian yang amat sangat dan rasa menyesal ambil keputusan berhenti kerja dan sambung belajar (tempat saya bekerja di area rumah dan jauh untuk berulang).Saya banyak tidur dan menyendiri. Saya ada berjumpa kaunselor tapi tak banyak membantu dan tak memahami apa yang saya rasa. saya takut untuk beritahu mak dan ayah saya, sebelum ni pernah cerita pada mak tapi respon mak tak suka saya berhenti belajar, ayah saya agak garang dan saya tak cerita pada dia.

Saya tekad untuk berhenti belajar bulan lepas, tapi saya tangguhkan dulu untuk ambil final exam dan tengok macam mana nanti. Lepas result keluar, saya harapkan saya dismiss sebab saya tak buat yang sebaiknya exam yang lepas dan ada satu paper saya failed sebab saya tinggalkan kosong tak berjawab. saya nekad nak cari kerja.

Banyak kerja yang saya mohon tapi tak dapat, ada je masalah yang timbul. saya selalu berdoa agar Allah tunjukkan saya yang terbaik, berhenti atau teruskan. Bila result keluar, saya tengok, saya dapat 2 subjek A-, dan satu failed. saya dapat 1st probation. Saya terkedu sangat sebab saya memang tak expect langsung boleh dapat A sebab ada kerja yang saya tak submit dan saya cuma baca ala kadar sebab saya dah nekad nak berhenti. Saya rasa ini jawapan istikharah dan doa saya. dan hikmah saya langsung tak dapat kerja. sebab Allah nak saya teruskan sambung belajar.

Bulan puasa ni saya cuba untuk banyak dekatkan diri pada Allah dan mohon Allah tunjuk dan lorongkan saya ke jalan terbaik yang Dia suka. Saya dah buat temujanji untuk jumpa pakar psikiatri dan kaunselor. Saya ikhtiar mana yang boleh. Saya harap saya boleh sembuh dan lawan depression ni.

saya mohon doa kawan-kawan dan sesiapa yang membaca. serius saya rasa lemah dan tak tahan nak lawan setiap hari. hanya yang merasa boleh faham. kawan-kawan juga support untuk teruskan, jangan berhenti.

agak-agak saya boleh naikkan balik pointer saya tak untuk reach 3? sebab minimum masters kena pointer 3, disebabkan saya failed satu paper, saya dapat 1st probation. sekarang pointer 2.6.

Terima Kasih

– Fathiah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

19 Comments

  1. Fhm! Ambik master mmg sgt mencabar, sbb sy pn slh seorg stdnt master. Bukan semua org nak buat master, kwn2 plak bkn kwn2 mse degree dlu, blok plak lain, mmg privasi smpai kdg2 tu, ad org ke x kt blok ni, smgt blaja bkn mcm mse degree dlu, ad psg surut, lg menyedihkan bila tgk kwn2 seangkatan kita dlu semua dh keje gah2, beranak- pinak, perghh, sgt mencabar…smpai kite fikir, kenapa aku masih di sini? Aku ni jadi apa nanti? Haaa gitu….

    Sis, semua student master akan rasa mcm tu. Sis pn dh boleh terima kenyataan kan. Tindakan dkt kn diri dgn Allah tu adalah lgkh yg paling baik, bersyukurlah, sekurang2nya kita lebih dkt dgn Allah. Tetapkan matlamat anda semula, walaupun rasa mcm samar2, tp x pe lah, teruskan berdoa. In Shaa Allah akan ad sesuatu yg baik sdg menanti nnti.

    Tntg pointer, yes, awk ad dua pilihan kan, sama ada nak replace sbjek or repeat sbjek. Replace tu awk gantikan dgn sbjek lain (kalo x silaplah sbb ad kwn pnh ckp) or awk repeat sbjek tu (masuk kelas, n amik exam smule). Papehal awk kne discuss dgn pihak postgraduate dlu tntg sbjek awk. Oh lupa sy bercakap ni kalau awk student uia (mcm sy). System u lain saya kurang pasti mcm mna. :)

    Tu je. Selamat berusaha, doakan sy juga sbb sy pn rasa mcm awk jgk. Semoga berjaya.

  2. Kuatkan semangat sis. InshaAllah Allah permudahkan.. kerja ada dugaan, belajar pun ada dugaannya.. Apa yg kite boleh buat, banyak kan berdoa ☺ selamat berusaha. Jgn putus asa

  3. Sis Fathiah, banyakkan bersabar dan mengadu dekat Allah. Dia je yang faham kita macam mana. Menangis je jika itu yang boleh buat hati tenang.

    Sambung master ni memang sangat mencabar sebab workload bertambah. Tidur tak menentu, nak keluar tengok dunia luar pun tak sempat. Memang akan ada masa kita persoal pilihan kita untuk sambung belajar dan ini saya bercakap berdasarkan pengalaman. Alhamdulillah saya boleh habiskan master dalam tempoh yang ditetapkan. Bertahanlah selagi mampu. Pohon pada Allah agar diberikan kekuatan untuk berjuang.

    Tentang pointer tu, sis boleh repeat/replace subjek. Repeat subjek kalau sis yakin boleh bawa subjek tu. Replace kalau sis rasa ada subjek yang lebih senang untuk sis bawa. Boleh bincang dengan academic advisor. Rancang subjek yang bakal diambil sem depan beserta gred dan CGPA yang diingini. Kalau boleh, buat perancangan subjek yang perlu diambil setiap semester sampai habis master. Boleh guna kemudahan online ataupun apps untuk kira target CGPA. Selepas ada target, boleh gandakan usaha & doa.

    Moga Allah bantu dalam urusan sis untuk menuntut ilmu.

    • Akk, klau amek master mmg syaratnya pointer ats 3.00 baru lulus?
      *cita² sy nk amek master. Mohon kongsi bersama :)

    • Yup. CGPA 3.00 atas baru lulus & boleh grad. Kalau bawah daripada tu, kena probation. Bila dapat 1st probation, make sure sem depan dapat pointer atas 3. Kalau tak, dapat 2nd probation. Boleh refer website Center for Postgraduate Studies IIUM untuk info lagi.

      Markah lulus utk setiap subjek B = 70. Kalau kurang daripada tu boleh tapi asalkan CGPA atas 3.00. Rasanya tu je yang pasal pointer ni. :)

  4. kalau xtahan depression jgn paksa diri,adakala kita berundur utk jadi lebih kuat..minta extend kalau dah teruk,saya penah tgok org depression sampai schizo dan bipolar masa smbung master..bila mcm tu mmg xboleh buat ape2 dah..

  5. Kekuatan doa xleh disangkal. Berdoa byk2 disamping usaha. doa lah jauhkan dr hati y keluh kesah. Jgn duk sorang2 klau boleh bergaul sokmo dgn kawan2 .kalau bab exam mmg sy cuak sikit laa lps je exam kene doa sguh2 sb tahu ad careless n tkut pointer drop. Alhamdulillah sguh2 mtk Allah gnti result kita y kte rasa pointer xsmpai 3 pun jadi terlebih. Huhu. Mmg slalu brpgg pd doa. InsyAllah Allah makbulkan y pntg sguh2. Huhu. Pgalaman je kak.

  6. Wsalam.
    In sya Allah kamu boleh.
    I percaya kamu boleh.
    Cuma I tak berapa faham apa yg menyebabkan kamu depress. Mesti ada sesuatu yg kamu pendam. Try to find the cause and talk to yourself about it. Sometimes depression ni hikmat dia sangat besar, this is the time where you gotta build your own strong support system. In sya Allah, if you can tap into your inner self, nanti lepas ni kalau ada cabaran lagi dalam hidup, you know how to survive then.

    Another tips: Try to give yourself 10mins motivational talk every morning. Mula2 mcm pelik tapi nanti kamu akan nampak positive effect dia. In sya Allah.

  7. kalau tanya pendapat saya.. saya akan cakap, ni semua dunia semata-mata.. tak perlu kita nak serabutkan diri kita dengan hal duniawi ni ha.. kalau dah susah2 sangat, tinggalkan.. banyak lagi option life lain yang masih ada.. yang penting dalam hidup ni adalah untuk mencari kebahagiaan.. tak kira level mana pun hidup kita, kalau ia membawa kebahagiaan, why not, isn’t it.. hehe.. that’s all.. senyum sokmo semoga tenang2 selalu

  8. Fathiah kuat.. Fathiah kuat..Fathiah kuat.. Fathiah kuat.. Fathiah kuat..Fathiah kuat.. Fathiah kuat.. Fathiah kuat.. Fathiah kuat..Fathiah kuat..Fathiah kuat.. Fathiah kuat.. Fathiah kuat.. Fathiah kuat..Fathiah kuat.. Fathiah kuat.. Fathiah kuat..Fathiah kuat.. Fathiah kuat.. Fathiah kuat..
    Fathiah boleh buat.. Fathiah boleh buat.. Fathiah boleh buat.. Fathiah boleh buat.. Fathiah boleh buat..Fathiah boleh buat.. Fathiah boleh buat.. Fathiah boleh buat.. Fathiah boleh buat..Fathiah boleh buat.. Fathiah boleh buat.. Fathiah boleh buat.. Fathiah boleh buat..Fathiah boleh buat.. Fathiah boleh buat.. Fathiah boleh buat..

  9. Cuba fikir balik apa tujuan awk ambil master…kalau awk jelas dgn tujuan tu, awk akan cri jalan utk selesaikan masalah…sama ada sentiasa berdamping dgn org yg mempunyai tujuan yg sama atau keluarga sbg pembakar semangat.
    Tapi kalau awk rasa matlamat awk x jelas, awk lagi bahagia kalau bekerja, ada income…tak salah awk cri kje n berhenti master ….mmg lumrah kalau apply kerja susah nk dpt….perlukan masa…jgn terburu2….rezeki ada di mana2
    Kita ada pilihan…mana yg membuatkn kita bahagia, rsa happy dan blh terima keadaan, itu yg utama..pedulikan kata2 org….awk yg mencorakkan hdup dan msa dpn….bncg dgn keluarga…ok…hrp awk sihat selalu. Itu yg pntg.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *