Salam.
aku pun macam rosnina.Aku suka seorang lelaki ni. Dia baik.aku suka dia pon sebab kawan aku pernah cerita yang abang dia pergi masjid jalan kaki waktu subuh.lelaki ni bawa kereta dan berhenti untuk tumpangkan kawan abang aku.aku tahu dia selalu solat dimasjid.
aku tahu memang susah nak cari lelaki yang baik.jadi aku pun mulakan langkah.
cumanya kisah aku.aku gunakan orang tengah perempuan kemudian orang tengah perempuan sampaikan kepada orang tengah lelaki. Kemudian lelaki yang aku suka ni setuju untuk perkenalan kami. Pada awalnya hanya perkenalan sahaja kerana kononnya si lelaki ni kata ada ramai yang nak kenal dengan dia.jadi aku pon tak menaruh harapan. Satu hari dia tanya aku.aku serius lagi ke dengan dia. Bila aku kata ya. Dia terus bawa jumpa mak dia. Untuk mendapatkan restu. Alhamdulillah awal pertemuan mak dia terima aku.
Aku masih tak menaruh harapan sebab dia belum lagi serius betul2 ajak aku kahwin.perkenalan kami hanya sekadar berwasap. Dan kadang2 dia belikan aku hadiah.
Sampai satu saat tu dia ajak aku kahwin. Aku mula buka pintu hati aku sepenuhnya untuk dia.
Family aku semua suka dia.nak2 mak aku.mak aku siap nak sponsor semua kenduri aku nanti.
Lelaki tu kata tunggu mak dia call untuk discussion yang seterusnya. Aku pun tunggu. Aku tanya dia tentang mak dia.adakah mak dia ok dengan plan dia nak kahwin dengan aku.dia kata mak dia ok je dengan plan dia.
Bila cuti dia balik rumah untuk discuss further dengan mak dia. Aku pun tunggu.
Tapi…..Aku perasan lepas tu dia jarang wasap aku.bila aku wasap dia pulak dia baca tapi reply lepas sehari dua macam tu. Lepas beberapa minggu kemudian aku balik rumah. Kakak aku kata lupakan lelaki macam tu. Mak dia dah call family aku. Mak dia cakap hubungan kami tak dapat diteruskan.atas sebab yang tertentu.bagi aku alasan tu tak munasabah.
Aku cukup terluka.mak dia siap cakap dengan mak aku. Kalau ada jodoh adalah. Lagipon ramai lagi perempuan lain yang nak kan anak dia.
Aku rasa tertipu sangat.mak dia bagi alasan yang aku tak dapat terima. Dia patut terus terang je dari awal dulu kalau mak dia dah bagitahu keputusan sebenar.. Aku amik masa lama jugak untuk lupakan dia..dia kata dia perlu undur diri.dia utamakan keputusan keluarga dia. Ya bagi aku dia dah bagi harapan dekat aku..patutnya dari awal lagi mak dia patut bagitahu jika tak setuju dan bukannya membiarkan anak dia kenal aku sampai satu tahap dah serius untuk kahwin barulah dibantah.
lelaki tu? Dia suruh aku kahwin dulu.dia kata dia undur diri. Rupanya dia hanya hadir sementara dalam hidup aku.aku cukup terluka.sebab dia adalah lelaki yang pertama aku kenal dan aku sayang.tapi dia begitu mudah tinggalkan aku.aku tahu ada hikmahnya..kalau lah mak dia tetap terima aku dalam diam tidak.sudah pasti susah untuk aku hidup bersama mertua yang tak merestui hubungan kami dalam diam…alhamdulillah aku tahu ada hikmahnya. Satu hari nanti pasti Allah akan tunjuk.
– ros