Aku Menyesal.. Sungguh Menyesal!

19 Mei 2016, genap sebulan pemergian sahabat aku ke rahmatullah. membayangkan sem depan aku terpaksa menerima orang baru sebagai roomate, tak sanggup rasanya. Tiga tahun aku dan arwah menjadi roomate. Tempoh yang cukup lama arwah bersabar dengan segala kerenah aku. Tempoh yang cukup lama arwah berkorban sehabis terbaik untuk menjadi sahabat disisi aku. Bukan mudah aku nak terima orang baru dalam hidup.

"Esok kelas aku pukul 9 tau, jangan lupa kejutkan." Sebingkas tu arwah terus capai handphone lepastu set alarm. Esok pagi, setiap 15 minit dia akan kejutkan aku, walaupun aku tahu tiada orang yang suka diganggu oleh bunyi alarm berkali-kali, tapi kerana dia sangat kenal sikap aku, dia sanggup korbankan masa tidurnya.

"Weyh, tolong jap masukkan laptop dalam beg sementara aku nak siap." Bergegas dia tolong masukkan laptop aku tanpa merungut.

Pulang je dari kelas, mulut kami masing-masing rancak bercerita apa yang terjadi dalam kelas. Rutin harian dan satu kelebihan sebab kami berlainan bidang. Semua nama kawan sekelasnya aku ingat, begitu juga aku. Kadang sampai jadi pertengkaran, gara-gara masing-masing nak bercerita kisah sendiri dahulu. So, siapa nak mendengar kan? hahahaha..

Tugasan aku kadang-kadang menyebabkan aku pulang lewat ke bilik kadang pukul 4am. Salah satu sikap aku adalah penakut, especially nak ke toilet pada waktu macam tu pulak. Arwah mudah je bangun bila aku kejutkan untuk temankan aku ke toilet pukul 4am, walaupun time tu dia tengah sedap tidur. Sorry awak.. hehehe..

Aku bukan seorang yang mudah sensitif, tapi bila bab makan memang cepat je aku nak mengamuk kalau ada yang tidak menepati selera aku. Kadang dia letih balik dari kelas tapi disebabkan kesiankan aku yang tidak cukup tidur, so dia keluar tapaukan makanan kat aku. Pernah sekali dua dia berpatah balik ke kedai kerana terlupa nak bungkuskan telur dadar.

Seminggu sebelum kau kembali kepada Pencipta Yang Maha Agung. Aku saksikan derita kau bertempur dengan ajal. Aku tak pernah salahkan orang yang menyebabkan kau terlantar koma selama beberapa hari atas katil hospital. Sekurang-kurangnya ada hikmah pada kejadian itu. Aku belajar untuk redha atas segala kemungkinan yang bakal terjadi pada kau sahabat. Aku miliki masa paling lama bersama engkau, bercerita pelbagai kisah walaupun mata kau terpejam lena, tapi aku takut kau sunyi dan terasa hati jika aku tidak berkongsi lagi kisah harian aku kepada kau. Menangis aku setiap kali selesai mendoakan kau agar kembali seperti dahulu walaupun aku tahu mustahil dengan keaddan kau ketika itu.

Tiga hari terakhir kau didunia ini, Allah berikan keajaiban. Kau sedar dari tidur yang lama. Ya Allah, aku bersyukur sangat-sangat sampaikan basah pipi aku dengan air mata kesyukuran.
"Aku rindu kau sangat!! Aku sayang kau! Jangan tidur lagi.." Sambil aku peluk dia erat. Cuma tuhan yang tahu perasaan aku ketika itu. Tiga hari terakhir itu, aku melihat kau dengan pandangan yang berbeza.
"Ya Allah.. sahabat yang aku sayang masih bernafas depan mata aku, Terima Kasih Ya Allah!" setiap saat ucapan itu muncul dalam hati aku. Setiap kali dia mengadu sakit, bergegas aku panggilkan nurse dan setiap kali itu air mata aku mengalir, terlintas dalam hati aku, "Aku masih belum bersedia sebenarnya Ya Allah, jangan kau ambil dia lagi Ya Allah". Malam sebelum kau meninggal, doktor maklumkan pada semua ahli keluarga berita yang paling sukar aku terima. Doktor maklumkan bahawa kadar denyutan jantung kau turun dengan mendadak. Selesai mendengar perkhabaran tersebut, kaki aku terus melangkah ke surau hospital. Aku teruskan bersujud di surau hospital sambil mengalirkan air mata. Terasa kabur pandangan ketika membacakan surah yasin yang sejujurnya aku tujukan untuk kau, setiap maksudnya aku tidak fahami tapi aku mengharapkan keajaiban dari Yang Esa untuk dirimu sahabat. Selesai hajat ku kepada Yang Esa, kaki kembali melangkah ke wad. Terasa seakan tidak berpijak ke lantai, bila dimaklumkan sahabat aku telah menghadap Ilahi disaat aku mengharapkan keajaiban setelah pulang dari surau. Pertama kali dalam hidupku kehilangan orang yang aku sayangi dan pertama kali juga aku tidak merasai tubuh aku sakit apabila jatuh kelantai dan aku tidak sedar bila air mata aku berhenti.

Harini, sehingga saat ini aku menyesal.. Menyesal sangat! aku jarang ucapkan terima kasih atas segala pengorbanan dia. Aku terlupa bahawa menjadi seorang yang 'sweet' bukan hanya untuk bf/gf sahaja, ni la masanya kau nak hargai pengorbanan sahabat kau dengan ucapan yang 'sweet'. Aku terlupa bila kau pernah terluka dengan aku, tapi aku tak pernah ucap kata maaf. Sahabat, sem depan aku pasti dan yakin yang aku akan membandingkan roomate baru aku dengan kau. Terima Kasih Ya Allah, Kau hadirkan sahabat yang terbaik walaupun untuk seketika. Rasa masih basah pipi ini dengan linangan air mata saat aku kucup dahi kau terakhir kali. Masih terasa lagi hangat tubuh kau bila aku peluk kau disaat-saat akhir hayat kau. Al-Fatihah sahabat.

– kawan

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

903 Comments

  1. Thank u roommates aka my tukang kejut setiap 5minit.. I truly love all of u! Sobssss

    Fatimah Zakaria Siti Noor Hasmiza Mamat Siti Hajar Abu Bakar Nur Syuhada

  2. Najwa AzrinNazqin AzmanNAdhirah ZakiNadhira BaharAin Shes thanks korg basuh muntah aku dulu waktu termuntah kat dpn bilik org carikan aku cool fever jaga aku waktu aku sakit gile dulu. Thanks2 muah lap u

  3. Shahmim So Terima kasih sentiasa sabar dengan kerenah saya. Saya selalu marah2, garang2, jerit2, nakal dengan awak. Terima kasih sentiasa ada dengan saya. Terima kasih selalu ingat kat saya, saya cukup makan ke tak. Terima kasih jaga saya masa saya sakit. Saya sayang sangat kat awak! Takde sesiapa boleh ganti awak dalam hidup saya. Terima kasih sebab memahami saya. Saya taknak awak pergi jauh tau dari saya.

  4. Shuhada Halim uwaaaaaa aku minta maaf shuuu kalau perangai pelik aku memelikkan kau dn seluruh kejadian alam. Terima kasih sudi bersama aku time jatuh bangun T.T. uwaaaa

    • So sweet jaaa. Ke kau puji aku sebab nak aku belanja bihun patayya asiah ? Hahahahahaha. Aku janji akan jadi kawan paling perasan cantik yang pernah kau ada. Terima kasih juga geng

  5. Suhaila Sumari kita tak pernah jadi roomate tapi aku nak tag kau jugak . Sebab aku paling sayang kat kau . Kau sangat kenal dan faham aku lebih dari diri aku sendiri . Thanks sebab sentiasa jujur . Aku suka sebenarnya bila dengar kau membebel aku makan tak habis , aku asyik sakit , and about my love life . You’re so sweet to handle , I love you to the eternity ❤❤❤

    • Ishh tau kan i sensitif benda2 mcm nii, cepat je mengalir ayaq mata ni haa ?? i love you moree ? sorry kalau aku tak pernah say sorry for all my wrongdoing, you’re the best ever babe, ilysm ❤❤❤

  6. Aida Ibrahim.. thank you for being patient.. teman sy pi toilet even baru pukul 9, dengar saya cerita psl biologi, dengar bed time stories mimi, trman mimi pi mkn… tq ya…muahh ..sorry for all my mistakes..

  7. Kasih Ilahi walaupun kite bkn roomate , tapi kehadiranmu begitu bermakna buatku ❤️ tq awk

    buat Nurul Syafiqah Fatin Syatirah terima kasih sudi terima kelemahan diri ini dr zaman berhingus hingga zaman tudung jadi ni ❤️❤️❤️ terima kasih sbb ade dgn ibah saat senang dan susah lebiyu awak

    • Terima kasih Nurul Fikriyah, Nurul Ashilah, Husna Ramzan, Mazs Mazlan….hadir dalam hidupku sepanjang perjalanan menyelesaikan misi menuntut ilmu…hehe rindu korang semua…

  8. Naimah Adzaman weh, mekasih na selalu ada ngn aku sepanjang 4 tahun ni. Macam2 ragam kita dua ni. Selalu kelaut perangai. I will gonna miss u alot. Hang salah satu makhluk tuhan yg paling paham aku. Hang antra org yg aku syg. Selalu ada dlm doa aku. Please next sem, jaga diri without aku. Klo ad benda nk story, whtsapl me.

  9. Mohd Zahir Mansor thanks sahabat..ats sgala pengorbanan kau utk aku ..terima kasih sbb setia mndgar sgla susah snng aku..bsabar dgn prangai annoyying aku.haha biarlah org nk ckp apa..asal kn aku tau kau lah shabat yg prnah susah snng bersama aku..i love u buddy.

  10. Fifi Fauzi SyaFiqa Aslam terima kasih jadi roomates aku hehe. Aku tau aku ego sikit hahahaha. Sabar laa lagi dua sem je nak kene tahan dgn aku ngeh ngeh

  11. To my lovely roomate Arni Sarnira Alwi dn jiran bilik Wannie Ye trm ksh sbb byk lyn krnh aq mse kte sama2 kt UiTM Segamt..trm ksh sbb bg pershbtn yg sgt indh…to mek arni, ko xlma kt segmt…tp kengn tue mash mnis…sorry ye kwn2 andai dulu aq de terksr bhasa…

    To Zuhairah Fatin Yusop…dr sem 3 smpi 5…ko lh kwn aq g mkn pas bs klas..klu ko xde plan…

    Trm ksh smua sbb bg i kenangan mans..n mntk maaf ye klu de terkaso bahasa

  12. Liza Yusoff time kasey jadi roomate paling baik dulu… time kasey banyak sabar ngan ai dulu.. mintak maaf kalau masih ada simpan terkecik ati ke apa ngan ai dulu.. huuu… :'(

  13. Terima kasih sahabat2 yg pernah jd roommate ery. Ery sayanggg semuaa Suhana SulongTengku Arina Nasuha Shah Hadirah Farhain Zaharani Shakirah Shoib @fasya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *